Kekeluargaan,  Parenthood,  Pembesaran Anak-Anak,  Perkembangan Bayi

Tips Didik Anak Untuk Rajin Solat

Salah satu impian dan doa ibu ayah adalah memiliki anak yang soleh/solehah, yang rajin menunaikan solat (terutama solat 5 waktu), rajin mengaji Al-Quran. Didikan ibu ayah itu penting sejak dari anak kecil lagi. Bak kata orang, anak yang baru dilahirkan ibarat kain putih kosong yang tiada corak, kita sebagai ibu bapa (atau penjaga) yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anak-anak kita sendiri. Susah ke untuk mendidik anak untuk rajin solat? In shaa Allah, ia akan mudah jika dididik sejak dari kecil. Jom ikut tips ni.

Tips Didik Anak Rajin Solat

  1. Dengari azan pada anak
    • Laungan azan perlulah dihormati. Didik anak untuk senyap dan dengar azan dengan tenang sejak dari anak kecil lagi (seusia bayi dilahirkan). Bila azan berkumandang, berhenti bercakap dan beri tumpuan kepada azan (samada dari masjid atau tv).
  2. Didik anak berdoa selepas azan berkumandang
    • Kebanyakan stesen tv mempunyai doa selepas azan. Didik anak untuk sama-sama berdoa selepas azan berkumandang. Anak kecil amat mudah untuk mengingati sesuatu perkara. Jadi, rajin-rajinlah membaca doa selepas azan.
  3. Didik anak mengambil wudhu’
    • Wudhu’ kan merupakan perkara pertama dalam melakukan solat. Oleh itu, didik anak untuk mengambil wudhu’. Kalau anak ikut kita ambil wudhu’, biarkan sahaja. Mereka akan mengamati dan melihat gerak geri kita semasa mengambil wudhu’. In shaa Allah, mereka akan ingat setiap steps.
  4. Dengarkan anak bacaan dalam solat
    • Bacaan dalam solat sebenarnya ada doa tersendiri, maksud tersendiri. Bila anda tengah solat tu, anak ada berdekatan anda, apa kata anda membaca bacaan dalam solat tu kuat sedikit agar boleh didengari anak. Di luar waktu solat pun boleh juga bacakan untuk anak. In shaa Allah, anak anda akan mudah menghafal bacaan dalam solat.
  5. Ajak anak solat secara berjemaah
    • Solat berjemaah bukan hanya pahalanya 7 kali ganda dari solat berseorangan. Malah ia juga merupakan salah satu petua untuk mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan. Jadi, ajaklah isteri dan anak-anak anda untuk solat berjemaah dengan anda. Ia akan menjadi satu kebiasaan kepada anak-anak untuk mengerjakan solat secara berjemaah terutama anak lelaki.
  6. Didik anak berwirid / berzikir
    • Wirid/zikir lah selalu terutama selepas solat. Bila anak kita mendengar kita berwirid/berzikir/bertasbih/bertahmid, otak mereka akan cuba mengingati bacaan-bacaan tersebut. Lama kelamaan, mereka juga akan bersama anda berwirid atau berzikir.
  7. Berikan pujian kepada anak
    • Bila anak berkelakuan baik, ikut kita solat, rajin mengaji dan berdoa, berikanlah pujian kepada mereka. Anak-anak suka dipuji. Bila dipuji, ia bagaikan memberi suntikan semangat pada anak, sekaligus “memberitahu” anak bahawa ini adalah amalan yang baik.
  8. Tegur kesilapan yang dilakukan anak ketika solat
    • Pujian diberi bila anak melakukan solat yang betul. Tetapi jika ada kesilapan dalam solat anak, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menegur mereka. Selesai solat, tegur mereka secara lembut, berhemah. Selitkan pujian dalam teguran. In shaa Allah, anak anda akan menerima dengan baik dan memperbaiki kesilapan mereka.
  9. Berdoa untuk anak
    • Senjata ibu bapa adalah dengan berdoa untuk anak. Setiap kali selepas solat, sebut nama penuh anak dan mohon kepada Allah agar anak menjadi anak yang soleh/solehah, bijak, pandai, rajin belajar, rajin menolong orang, taat kepada ibu bapa.
  10. Amalkan surah Ibrahim, ayat 40
    • Setiap kali selepas solat dan sebelum tidur, amalkan membaca surah Ibrahim, ayat 40. Mohon kepada Allah agar menjadikan diri kita dan anak-anak kita sebagai hamba yang tidak pernah lupa mengerjakan solat.
    • surah ibrahim

Semoga perkongsian kami ini sedikit sebanyak memberikan idea dan membantu anda dalam mendidik anak-anak mendirikan solat dan rajin solat. In shaa Allah, peringatan ini bukan hanya untuk anda, tapi juga untuk ummi dan suami. In shaa Allah.

signature 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *