Perlunya Kalsium Untuk Ibu Hamil

Ibu hamil sebenarnya sangat memerlukan kalsium. In fact, semua golongan masyarakat juga perlukan kalsium. Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi yang kuat. Ibu hamil berkongsi nutrisi dalam badan dengan bayi dalam kandungan. Zat besi, Vitamin C, Asid Folic, Protein. Dan paling penting, Kalsium. Jika nutrisi ini tidak di top-up melalui pemakanan samada dari bahan semulajadi atau supplement, badan anda mungkin tidak sihat seperti dulu.

Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 mg kalsium setiap hari. Kalsium yang mencukupi bukan hanya membantu perkembangan tulang, gigi, gusi baby yang sihat. Malah, kalsium mencukupi juga membantu ibu untuk tidur lebih lena, bantu mengelakkan masalah sembelit, dan membantu mengurangkan masalah cramp kaki. Sering kita dengar, masalah paling utama ibu hamil adalah cramp kaki di waktu malam. Tidur terganggu akibat rasa tidak selesa, sukar nak membuang hingga boleh menyebabkan masalah sembelit atau buasir.

Cuba amalkan pengambilan kalsium mencukupi setiap hari. Pastikan produk yang anda pilih lengkap dengan magnesium dan vitamin D. Kerana dua nutrisi ini bantu penyerapan lebih maksima dalam badan. Shaklee menghasilkan Ostematrix yang lengkap dengan nutrisi yang diperlukan tulang ibu dan bayi. Ramai ibu-ibu berpuas hati dengan ostematrix shaklee ni. Tak percaya?

Tidur lena dan melawaskan perut. Tiada lagi masalah Sembelit.

 

Masalah kaki cramp tiada lagi. Usus pun dicuci bersih.

 

Tulang belakang tidak sakit lagi

 

Kebanyakan ibu hamil memang dah “declare” best friend dengan ostematrix ni. Sebab amat membantu.

Apa lagi yang Kalsium boleh berikan pada ibu yang sedang hamil?

Jadi, ibu-ibu masih fikir-fikir lagi samada nak amalkan minum susu atau ambil aje 4 biji ostematrix setiap malam? Jangan fikir lama. Nak mudah, sihat, semulajadi, no chemicals, tak mahal? Ostematrix jawapannya.

Roger Kak Mah untuk order okeh.

*Disclaimer*

Promosi Shaklee Bulan Februari 2017

Apa khabar Sahabat semua? Bagaimana permulaan tahun 2017 uolls? Adakah masih on track? Kalau ya, Alhamdulillah. Keep up the momentum. Kalau belum, jangan putus asa dan teruskan usaha, berdoa.

Nak tahu apa promosi bulan Februari 2017 ni? Sesuai sangat untuk semua golongan masyarakat. Dari untuk anak-anak, hinggalah dewasa. Ibu-ibu menyusu, bapa-bapa yang nak diet, anak-anak remaja yang masih belajar, dan ramai lagi.

Promosi Februari 2017

 

  • OSTEMATRIX
    • Beli 6 Percuma 1 – RM 366
    • Beli 2 Less 5% – RM 115.90
  • VITALEA FOR CHILDREN
    • Beli 3 Percuma 1 – RM 333
  • ALFALFA COMPLEX (S) 
    • Beli 1 Percuma 1 – RM 54 
    • Expiry Date: Ogos 2017
  • ALFALFA COMPLEX (L)
    • Beli 1 Percuma 1 – RM 98
    • Expiry Date: Jun 2017
  • LECITHIN
    • Beli 1 Percuma 1 – RM 53
    • Expiry Date: April 2017

Risau expiry date kejap sangat? Boleh ke makan lagi?

Boleh je. In fact, kalau uolls betul-betul consistent, tak culas makan, sebenarnya cukup dan sempat habis sebelum expiry date. Pengambilan alfalfa dalam 30-60 hari, lecithin pengambilan 30 hari. Sangat sempat. Tapi kalau culas, ada skip, memang sampai la expiry date.

Sebenarnya, supplement bukan macam makanan. Bila dah expired, tak boleh makan. Supplement bukan macam tu. Pengeluar supplement perlu meletakkan expiry date sebagai penanda aras ia tak boleh dijual lagi. Tapi masih boleh consume up to setahun dari tarikh luput. Selagi bau, warna, dan rasa tidak rosak. Tambah pula supplement Shaklee ni semulajadi, in shaa Allah, selamat dimakan.

Berminat nak grab promosi yang menjimatkan ni? Roger Kak Mah okeh.

Pengalaman Gugur Kandungan Pertama

MISCARRY, CONCEIVE, PREGNANT

Tahu tak Kak Mah pernah gugur?
Di awal pernikahan, Kak Mah disahkan hamil apabila masuk bulan kedua bernikah. Perasaan masa tu, gembira sangat. Dalam masa yang sama risau sebab unexpected. Kak Mah jaga kandungan dengan baik masa tu. And Kak Mah langsung takde morning sickness. Not even muntah waktu pagi. Memang totally nothing. Masa tu, syukur, sebab tak alami morning sickness macam ibu lain. Tambahan pula masa tu, Kak Mah dan suami adalah Pasangan Jarak Jauh (PJJ).

Orang kata dan Kak Mah pernah terbaca, kalau tak alami morning sickness langsung, tu tanda kandungan tak kuat. Wallahu’alam. Tak pasti betul ke tak benda tu atau apa berlaku pada Kak Mah ni ialaah satu kebetulan.

Di usia kandungan 7-8 minggu, Kak Mah ada discharge sikit (keluar lendir keputihan). Time tu kat office. Memandangkan ni kandungan pertama, terus ke Klinik Wanita berdekatan dengan office (tak perlulah sebut nama). Time tu scan, tengok heartbeat dah ada (dan masih ada). Happy sangat time tu, bersyukur cause everything seems fine. Alhamdulillah. Doktor bagi ubat kuatkan rahim. Kak Mah amalkan and never skip sampai habis.

Then, 11 minggu kandungan, bleeding pula. Again, kat office time tu. Perasan sebab masa buang air, ada tompok darah kat bowl. Masa ni dah buka buku merah, so terus pergi Klinik Kesihatan (KK). Kat KK, tak berapa check sangat. Tak scan, nothing. Cuma nurse and doktor pesan, kalau teruk sangat lagi, terus g GH. So, balik office dalam keadaan masih risau dan kerja macam biasa. But, bila menjelang tengahari (after lunch hour, selesai solat), darah makin banyak keluar. Risau sangat time ni. Terus ke Columbia Hospital.

Sampai sana, disebabkan tak pernah register, so kena tunggu giliran. Kak Mah yang last sekali. Time tu sementara menunggu, zikir dan doa, moga takde pape yang serius. Siap bergelak ketawa lagi dengan mak. Cuba untuk tidak berfikir negatif. Tapi mak sebenarnya dah risau. Naluri seorang ibu kan?

Masuk bilik Doktor, scan, and figured out baby got no heartbeat. Surprisingly, ukuran janin masa tu tak seperti 11 minggu. Ukuran seperti 7-8 minggu sahaja. Bermakna janin tak membesar since waktu discharge tu. Allah. Sedih sangat time tu. Allah je yang tahu. Meraung Kak Mah dalam bilik doktor. Rasa nak tercabut nyawa. Siap suruh doktor ulang, apa yang dia kata. Siap minta second opinion, memang no heartbeat. Diagnosed as miscarriage. Doktor sarankan untuk cuci. Sebab janin boleh dikatakan hampir hancur. Bimbang ada infection lain. Masa tu suami kerja kat KL. Kak Mah kata dengan doktor, nak discuss dulu then call balik. Masuk kereta, called husband and cried again. Suami advise untuk cuci keesokannya. Jangan tunggu lama-lama. After DnC, memang janin dah tak terbentuk, hancur. Kak Mah tak sempat tengok rupa janin. Dah dicuci dan dibungkus dengan baik.

TRY-TO-CONCEIVE

After keguguran pertama ni, every month kami usaha. Tapi tak berhasil. Setiap bulan datang period. Pernah nangis bila lewat 2,3 hari then period. Sedih. Dah lah pernah someone beritahu Kak Mah, kalau pernah gugur, lambat nak pregnant balik. Lagilah Kak Mah down. But, never give up. Alhamdulillah, suami pun tak pernah mendesak dan sentiasa berikan semangat, menyokong Kak Mah. Sampailah usia pernikahan hampir mencecah 3 tahun, kami decide untuk buat check up. Check kalau Kak Mah atau suami ada sebarang masalah.

Masa check up, doktor sarankan suami untuk amalkan vitamin E dan zinc. Sebab 2 supplement ni amat membantu menyihatkan sperma. Dan untuk Kak Mah, doktor suruh amalkan protein dan asid folic. Protein tu membantu menguatkan rahim.

Sebelum check up ni Kak Mah memang dah ambil Shaklee, tapi tak consistent. Culas sangat makan. Bila doktor kata gitu, kami tekad dan makan dengan consistent. Tak skip langsung selama 3 bulan. Dan akhirnya, Kak Mah disahkan hamil sekali lagi. Alhamdulillah. Kandungan kali ni ada morning sickness. Dan Kak Mah sanggup lalui morning sickness ni. Sepanjang kehamilan Kak Mah amalkan supplement shaklee 100%, tak ambil vitamin KK or Columbia. Alhamdulillah, both doctors takde masalah. Dan Kak Mah pun takde masalah kesihatan. Hb ok, BP ok, kenaikan berat badan ok, GDM free.

And in 2015, lahirlah putera kami yang sulung, Muhammad Syafi Aisy. Alhamdulillah. Syukur sangat kami masa ni. Sampai sekarang tak sangka, kami bukan hanya dikurniakan seorang cahaya mata, tapi kami dikurniakan 2 cahaya mata di usia pernikahan kami 5 tahun ni. Sepasang. Alhamdulillah, syukur sangat.

Anak-anak Kak Mah

Pesanan Kak Mah pada pasangan yang sudah lama bernikah tapi belum ada rezeki, jangan putus asa. Allah tak suka kita putus asa. Ikhtiar selagi boleh, selagi mampu. Berdoa dan terus berdoa. Setiap kali berdoa, perlu yakin. in shaa Allah, Allah kurniakan zuriat apabila Dia tahu kita benar-benar bersedia.

So, jangan bersedih.
In shaa Allah, ada rezeki kalian nanti.
Kak Mah doakan.

6 Sebab Ibu Hamil Jangan Abaikan Supplement Semasa Hamil

Bila disahkan hamil oleh pakar perubatan, kebiasaannya perkara pertama yang dinasihatkan oleh pakar adalah makan vitamin (supplement). Macam-macam bekalan supplement yang diberikan oleh pakar, dengan tujuan untuk membantu dan menyokong kesihatan kandungan sepanjang kehamilan. Tapi……. masih ramai lagi yang masih culas dan tak mahu makan supplement. Tahu tak betapa pentingnya pengambilan supplement ni?

Well, kalau anda yakin pemakanan anda tu lengkap (read: sangat lengkap) dan dijamin bersih, tiada bahan kimia, semulajadi, then anda mungkin boleh skip supplement (highly not recommended). Ada 6 sebab utama kenapa anda tak boleh abaikan pengambilan supplement ketika hamil.

  1. Membantu mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
  2. Membantu mengurangkan risiko kecacatan bayi ketika hamil
  3. Membantu memberi tenaga dan kekuatan pada ibu sepanjang kehamilan
  4. Membantu mengurangkan risiko kekurangan berat ketika bayi dilahirkan
  5. Membantu ibu kekal sihat sepanjang kehamilan
  6. Membantu mengurangkan risiko kekurangan khasiat yang diperlukan oleh ibu dan juga bayi dalam kandungan seperti kalsium

Antara supplement (nutrisi) yang diperlukan sepanjang kehamilan ialah zat besi, kalsium, folic acid, omega-3, dan protein.

Shaklee ada kesemua supplement untuk membantu memberikan nutrisi secukupnya yang diperlukan oleh ibu hamil dan bayi.

Set Kehamilan Lengkap

 

Apa ada di dalam set ini?

  • ESP – membekalkan khasiat protein, kalsium untuk ibu yang membantu meningkatkan bekalan darah, membantu menguatkan rahim.
  • VITALEA – multivitamin yang lengkap dengan khasiat zat besi yang membantu menstabilkan jumlah dan kepekatan darah (hemoglobin).
  • SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS – memberikan khasiat 500mg vitamin c dalam satu tablet yang membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi.
  • B COMPLEX – lengkap dengan asid folic yang membantu mengurangkan risiko kecacatan neural tube dan membantu menstabilkan emosi ibu.
  • OSTEMATRIX – supplement kalsium lengkap dengan vitamin D dan magnesium yang membantu membina tulang dan tunas gigi bayi, serta bantu mengurangkan risiko ibu mengalami masalah kaki cramp.
  • OMEGA GUARD – supplement minyak ikan yang kaya dengan omega-3, EPA, DHA untuk membantu perkembangan minda bayi serta bantu mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil.

Berminat untuk mencuba set kehamilan optimum ini? Roger ummi ya.

*Disclaimer*

Apa Itu Resveratrol?

Pernah dengar tentang resveratrol? Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan Resveratrol?

RESVERATROL

Tahu tak dalam vivix terdapat khasiat komponen resveratrol yang 10 kali lebih berkesan daripada resveratrol biasa kerana digabungkan dengan polifenol untuk membantu menghasilkan sel yang sihat sehingga ke peringkat DNA.

Resveratrol merupakan sejenis sebatian polifenol yang yang mengandungi anti oksidan yang sangat tinggi. Resveratrol adalah bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan untuk melindungi diri dari jangkitan kuman, kulat, tekanan, sinar UV, dan banyak lagi. Polifenol adalah daripada kumpulan phytonutrien yang juga terdapat secara semulajadi dalam tumbuhan. Polifenol juga kaya dengan anti oksidan dan melindungi sel daripada rosak secara efektif.

Antara tumbuhan yang mengandungi resveratrol yang tinggi adalah anggur muscadine, raspberi. Resveratrol telah dibuktikan dalam pelbagai kajian, dapat membantu melindungi sel, menyihatkan sel, awet muda, dan banyak lagi.

jadi, kenapa VIVIX?

Vivix dihasilkan daripada anggur muscadine, japanese knotweed, elderberry, dan purple carrot. Disebabkan itu,  vivix supplement anti oksidan yang sangat hebat. Tahukah anda, 1 sudu vivix bersamaan dengan khasiat resveratrol dalam 100 gelas wine.

Hebat kan?

Jom sama-sama amalkan 1 sudu vivix setiap hari untuk kesihatan yang lebih baik.

roger ummi untuk order vivix anda hari ini juga.