Tentang Kami

Kami adalah insan biasa yang ingin mengorak langkah dalam bisnes Shaklee. Buat masa ini, bisnes Shaklee dijalankan secara part-time kerana kami masih lagi terikat dengan pekerjaan hakiki. Kak Mah seorang jurutera di salah sebuah kilang perindustrian di sekitar Senawang, manakala suami Kak Mah adalah seorang arkitek di salah sebuah firma arkitek di Kuala Lumpur. Kami memiliki dua orang cahaya mata setelah 5 tahun bernikah.

KakMah mula mengenali Shaklee apabila sedang usaha untuk hamil. Sahabat baik KakMah menyarankan KakMah untuk mencuba. Bila dah cuba, rasa kesan positif walaupun masa tu belum hamil lagi. Justeru, bercadang untuk memulakan bisnes Shaklee ini kerana dengan bisnes Shaklee, memang boleh pergi jauh. Dan boleh diturunkan kepada anak cucu kita nanti.

Kak Mah kini berada di rank Supervisor. Dan Kak Mah sedang mencari dan groom kan 1-3 orang SID yang register di bawah Kak Mah agar turut menjadi seorang leader dan berpendapatan melebih 4 angka sebulan.

Impian Kak Mah adalah untuk menjadi WAHM sebelum anak-anak KakMah mula bersekolah. Disamping memperoleh pendapatan melebihi 5 angka sebulan. Bagi mereka yang membaca post Kak Mah ni, jangan lupa doakan untuk Kak Mah ya.

Alhamdulillah. Syukur, atas segala nikmat, rahmat, rezeki, kebahagiaan yang Allah kurniakan untuk kami berempat dan seluruh ahli keluarga kami. Semoga anda juga dirahmati Allah.

Ameen.