-
Perokok Tegar Akhirnya Berjaya Berhenti Merokok
Tahu tak merokok ni membahayakan kesihatan? Bukan sahaja untuk anda, si perokok aktif. Tapi juga sangat berbahaya untuk perokok pasif, iaitu orang di sekeliling perokok yang hanya menghidu asap rokok anda itu. Dan tahu tak lagi, perokok pasif berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan berbanding perokok itu sendiri. Kesiankan? Terutama bayi yang masih kecil, isteri tersayang, anak-anak yang semakin membesar, parents. Mereka tak bersalah pun, malah mereka “redha” dan terima je suami merokok, tapi akibatnya, mereka lebih berisiko. Ops! Tapi sekarang, perempuan pun ada yang merokok kan? Allahuakbar. Ini lagi membimbangkan, terutama jika mereka dah kahwin, ingin/sedang hamil. Kesan Akibat Merokok (Perokok Aktif) Boleh mengakibatkan mati pucuk Hubungan seks…
-
Hyperthyroid Semakin Stabil Dengan Vivix
Thyroid terletak di antara tulang selangka dan bahagian bawah leher kita. Ia merupakan kelenjar yang berbentuk seperti kupu-kupu yang mengawal kepantasan jantung anda berdegup dan betapa cepat badan kita membakar kalori. Thyroid juga mengeluarkan hormon untuk membantu mengawal kadar metabolisma anda. Jika anda mengalami masalah hyperthyroid, itu bermakna thyroid anda bertindak terlalu aktif dan mengeluarkan terlalu banyak hormon dipanggil thyroxine. Hal ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda semakin tinggi dan ini boleh menyebabkan beberapa simptom kesihatan yang kurang menyenangkan. Bagaimana untuk tahu samada anda mungkin mengalami masalah hyperthyroid? Rasa cemas, cepat marah Mengalami perubahan mood mendadak Rasa sangat letih dan lemah Terlalu peka kepada haba Hilang berat badan dengan tiba-tiba…
-
Tips Hilangkan HFMD Dengan Cepat
HFMD kembali menyerang. Angka pesakit semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh, taska, tadika, sekolah, dah pastinya risau akan cepatnya merebak virus HFMD ni kan. Sebab once anak dah disahkan mengalami HFMD, anak kena kuarantin. Tidak boleh bercampur dengan kanak-kanak lain di luar untuk mengelakkan daripada mudah terjangkit pada orang lain. HFMD adalah disebabkan oleh Enterovirus iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71)*. HFMD sangat mudah merebak dari individu ke individu yang lain. Dengan hanya bersentuhan dengan persekitaran yang telah pun dijangkiti virus tersebut seperti lelehan hingus, air liur, najis, serta cecair lepuh daripada mereka yang telah pun dijangkiti. Jika anak…
-
Masalah Eczema – Simptom dan Tips Mengurangkan
Selalu kan dengar tentang masalah eczema ni? Eczema adalah masalah berkaitan dengan kulit, dimana kulit keradangan dan iritasi. Kulit menjadi kering, kemerahan, gatal-gatal, ada juga yang seakan kulit pecah. Masalah eczema ni boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Ada beberapa jenis eczema tapi yang paling biasa terjadi ialah atopic dermatitis atau atopic eczema. Atopic bermaksud penyakit yang boleh diwarisi dan boleh mencetuskan alahan lain seperti asma, demam. Ada beberapa situasi yang boleh trigger eczema ni untuk terjadi seperti stress, panas, berpeluh, kulit kering, terlalu sejuk, atau mungkin terdedah kepada persekitaran yang boleh mengakibatkan iritasi seperti kayu, kain synthetic, sabun. Ketahui Simptom Eczema Kulit kering, gatal, kelihatan seperti kulit tebal dan…
-
Ambil Tahu Tentang Migraine
Ramai orang salah faham antara migraine dan juga masalah sakit kepala yang biasa terjadi. Sakit kepala ni ada pelbagai jenis. Dan migraine ni juga adalah salah satu jenis sakit kepala, dimana pesakit rasa sakit berdenyut di satu bahagian kepala sahaja. Rasa sakit yang dialami adalah lebih lama dari biasa. Jika tidak dirawat, sakit migraine boleh berlarutan selama 4 jam sehingga 3 hari. Rutin harian juga boleh terganggu apabila migraine menyerang. Antara simptom pesakit migraine ialah sakit di bahagian kepala berhampiran dengan dahi, mata. Apabila migraine menyerang, seseorang itu boleh menjadi terlalu sensitif terhadap cahaya, bunyi, atau aktiviti ringan seperti menaiki tangga. Ada juga yang mengalami loya, muntah, atau masalah penglihatan.…