• Promosi Raya 2019

    Alhamdulillah, raya sudah. Maaf KakMah lambat pula update apa promosi bulan ni. Hehe. Busy sikit, disebabkan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidup kami. Kehilangan Ayah tersayang pada hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan, 31 Mei 2019. Sangat terkesan kehilangan itu. Al-Fatihah untuk arwah Ayah. Ok, tak nak cerita panjang. Sebab uolls mesti dah tak sabar nak tahu apa promosi sepanjang bulan Jun ni kan. Bulan kelahiran KakMah tau. Hehe. Selain promosi sepanjang bulan, promosi Flash Sales pun ada. Hanya untuk 8 hari sahaja, bermula 19 Jun sehingga 26 Jun. So, wajib grab ni sebab sangat murah. Promosi Omega Guard & Zinc Plus Bila dah raya ni, confirm lah semua pun…

  • Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki

    Menurut kajian, 1 daripada 10 pasangan mengalami masalah kesuburan. Namun, masalah ini bukan sahaja berpunca daripada masalah kesuburan wanita. Malah, 4 daripada 10 masalah tersebut boleh disebabkan oleh faktor tahap kesuburan lelaki. Mungkin ramai tidak menyedari akan hakikat ini dan tidak bertindak dengan sepatutnya selepas sekian lama berkahwin dengan pasangan mereka. Pasangan yang telah bernikah lebih dari 12 bulan, digalakkan untuk melakukan pemeriksaan selanjutnya bersama dengan pakar. Pemeriksaan ini perlulah dilakukan bersama, iaitu suami dan isteri. Dari pemeriksaan ini, pakar boleh mencadangkan rawatan yang terbaik untuk membantu anda meningkatkan kebarangkalian untuk hamil. Tahap kesuburan lelaki terdiri daripada 3 kategori: Bilangan sperma sangat rendah berbanding normal Pergerakan sperma yang perlahan Bentuk…

  • Ambil Tahu: Rheumatoid Arthritis (RA)

    Pernah dengar tentang Rheumatoid Arthritis atau perkataan singkatnya ialah RA? Ia merupakan salah satu kondisi sistem imun iaitu “autoimmune disorder”, dimana terjadinya keradangan pada lapisan sendi. RA juga boleh menjejaskan kesihatan kulit, mata, paru-paru, jantung, darah, dan juga saraf. Simptom RA ada kalanya terjadi dan tidak, namun jika tidak dirawat dengan cepat dan pantas, ia boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan seseorang itu. Simptom RA Keradangan sendi yang berpunca daripada RA, menyebabkan seseorang itu mengalami rasa sakit, hangat, dan bengkak pada bahagian sendi. Keradangan yang bersifat simetri, iaitu berlaku pada kedua-dua bahagian pada masa yang sama seperti pergelangan tangan, lutut, atau tangan. Sendi kaku terutama pada waktu pagi atau selepas beberapa…

  • Punca Anda Sesak Nafas

    Perasan tak, ada masanya, tiba-tiba kita rasa bagaikan sukar untuk bernafas. Seakan seperti tercungap atau sangat memerlukan oksigen ketika itu. Padahal waktu itu, mungkin kita sedang bekerja, sedang berehat. Apatah lagi jika kita sedang melakukan senaman. Tidak kiralah samada jogging ke, melompat ke, atau berjalan laju sekalipun. Kebiasaannya mungkin tiada masalah, tapi ada satu masa dimana kita rasa bagaikan ingin merayu untuk menarik nafas. Kenapa agaknya? Jangan abaikan masalah ini kerana ia boleh berkaitan dengan saluran darah dalaman kita, dimana oksigen tidak dapat sampai dengan secukupnya ke bahagian penting. 1. Asma Mungkin disebabkan faktor luaran, habuk, asap, sedang bersenam, udara sejuk, stress menyebabkan anda diserang asma. 2. Alergik Apabila anda…

  • Sakit Sendi Berkurang dengan Omega 3

    Pernahkah anda mengalami masalah sakit pinggang, sakit lutut sehingga sukar nak berjalan? Tambahan pula apabila usia semakin meningkat, semakin sukar dan terbatas pergerakan anda. Ini kerana sendi yang membantu membolehkan pergerakan anda ini, berdepan dengan masalah. Pastinya anda ingin kekal aktif, sungguhpun usia semakin meningkat. Betul? Namun, pergerakan anda terbatas membuatkan anda tidak lagi dapat melakukan aktiviti yang anda suka lakukan. Seperti bercucuk tanam, jalan-jalan, berlari. Berita baik untuk anda agar anda dapat mengurangkan risiko masalah sendi ini iaitu dengan pengambilan nutrisi Omega-3 dalam diet harian anda. Omega-3 sangat dikenali dapat memberikan manfaat kesihatan dan kebaikannya untuk sendi yang sihat. Oleh itu, anda perlu memastikan anda mengamalkan dan memastikan nutrisi…