Boleh ke Kurus Selepas Bersalin? – Video Sharing

Ramai mengeluh, risau. Bimbang berat badan semakin bertambah selepas melahirkan anak. Betul tak? Masa KakMah mula-mula disahkan hamil anak pertama dulu, KakMah tak risau sangat benda ni. Tak sedar diri sebelum ni punyalah gemuk KakMah ni. Sungguh. Boleh tengok post KakMah sebelum ni. Beza semasa belum hamil, dan selepas melahirkan 2 orang anak.

Namun Alhamdulillah. KakMah dapat menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas melahirkan anak pertama. 10kg lebih kurang berbanding semasa awal kehamilan. Sebab tu, kelihatan perbezaan yang sangat ketara. KakMah mula-mula tak perasan pun. Tak timbang pun berat badan KakMah berapa. Tapi bila masuk kerja, kebanyakannya tegur kata KakMah dah kurus. Bila timbang, pastu compare dengan berat asal (check dalam buku pink), baru perasan turun 20kg. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Rezeki KakMah? Mungkin. Alhamdulillah, KakMah berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin.

Tapi sebenarnya ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin tau. Jom kita dengar tips daripada Puan Salwa ni. Tak banyak pun tips yang Puan Salwa ni kongsikan. Ada 4 tips penting.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Dah faham?

Tips pertama: Susukan anak sepenuhnya.
Tips kedua: Amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi.
Tips ketiga: Kawal pengambilan kalori.
Tips Keempat: Jaga pemakanan, pengambilan nutrisi mencukupi. Supaya makanan dalam badan dapat ditukarkan kepada tenaga, dan bukan lemak.

Nak cuba Set Berpantang, Set Kurus, atau pun Set Kecantikan Shaklee? Boleh hubungi KakMah untuk info lanjut.

*Disclaimer*

Berat Naik Lepas Bersalin?

Ramai ibu yang runsing dan risau akan kenaikan berat badan semasa hamil. Ada yang naik 10kg, ada yang naik 20kg. Tapi, boleh ke berat tu turun semula ke berat asal selepas bersalin nanti? Wanita sememangnya sangat menjaga berat badan. Kalau boleh, tak mahu makin berat selepas bersalin. Nak maintain macam anak dara or better than that kan?

Betul ke Berat Susah Turun Lepas Bersalin?

Sebenarnya, salah satu tips untuk mudah turun berat badan selepas bersalin adalah dengan menyusukan baby. Sebab setiap kali anda menyusukan baby, samada direct feeding atau pam, anda sebenarnya membakar sangat banyak kalori. Sebab tu kalau anda perasan, masa menyusu, kita rasa mengantuk sangat. Macam ada setan yang kuat sangat kat mata ni, paksa kita untuk tidur kan? Sebenarnya kalori kita sedang dibakar masa menyusu, dan sebab itulah kita rasa sangat penat.

Itulah antara sebab kenapa KakMah sangat menggalakkan ibu untuk menyusukan baby. Berusahalah agar anda dapat menyusukan baby anda sehingga sekurang-kurangnya usia baby 6 bulan, dan sebaiknya sehingga berusia 2 tahun. Ini juga tertulis dalam Al-Quran, kerana sememangnya menyusukan baby bukan hanya memberi manfaat pada ibu, malah juga sangat memberi manfaat pada baby.

Antara perkara yang menyebabkan berat naik selepas bersalin ialah:

  • Jarang bersenam
  • Pemakanan tak seimbang
  • Kurang rehat
  • Emosi yang turun naik / stress

Maka, kalau nak berat turun atau terkawal selepas bersalin, jangan jadikan alasan “BABY” sebagai sebab anda tak boleh nak kawal 4 perkara asas tu. Sebab baby sebenarnya boleh jadi dorongan dan galakan untuk anda kawal 4 perkara tu.

Pengalaman KakMah

Ini KakMah. Sebelum KakMah hamil, memang berat KakMah tak terkawal. Mana tak nya, masa kerja ada 3 kali time break. Selera makan lak boleh tahan time tu. Hehe. Masa hamil anak pertama, KakMah naik 10kg. Alhamdulillah, tak banyak sangat naik. Mungkin asbab pengambilan Omega Guard semasa hamil, jadi berat badan KakMah terkawal semasa hamil.

Selepas bersalinkan anak pertama, habis berpantang, KakMah turun 20kg. Ya, 10kg kurang daripada berat sebelum hamil. Antara sebab KakMah turun banyak masa ni ialah penjagaan pemakanan semasa berpantang. Kalau ingat dalam post KakMah sebelum ni, KakMah alami masalah gastric yang sangat kuat. Sampai tahap nak bangun/berdiri/duduk pun tak boleh. Apatah lagi nak menyusukan baby, Allah je yang tahu KakMah tak mampu sangat time tu. Disebabkan tu, masa berpantang tu, KakMah kawal pemakanan. KakMah tak makan makanan berminyak, tak ambil garam. KakMah amalkan ni selama hampir sebulan. Alhamdulillah, lepas habis berpantang, turun mendadak sampai 20kg.

Masuk balik kerja, ramai tegur KakMah dah kurus sangat. Kurus berbanding sebelum hamil. Syukur, dengan izin Allah. Berat KakMah maintain sampailah masa KakMah hamil sekali lagi. Masa kehamilan kedua, KakMah naik 15kg. Dan syukur, lepas bersalin, juga turun ke berat asal. Tak turun sangat lagi dah. Hehe. Still, ada ramai tegur kata KakMah nampak kurus. Padahal KakMah rasa banyak gak makan.

Alhamdulillah, KakMah rasa, atas asbab pengambilan supplement Shaklee sepanjang kehamilan, berpantang, dan sepanjang menyusukan baby ni sangat membantu KakMah untuk kawal 4 perkara yang menyumbang kepada kenaikan berat badan lepas bersalin. Emosi terkawal, senang membuang, pemakanan terjaga.

Antara tips lain untuk kekal maintain berat badan lepas bersalin ialah:

  • Jaga pemakanan (kurangkan pengambilan minyak dan garam).
  • Jangan ambil gula. Banyakkan minum air masak (suam sebaiknya).
  • Jangan malas. Banyakkan exercise walaupun yang ringan-ringan seperti jalan kaki ke, naik turun tangga ke.
  • Teruskan breastfeeding – ni KEY dia.
  • Amalkan pemakanan sihat, dan amalkan supplement seperti Shaklee.

 

Supplement Shaklee Yang Semulajadi dan Selamat Diamalkan

 

Untuk info lanjut, boleh hubungi KakMah.

*Disclaimer*

10 Punca Penyusuan Susu Ibu Boleh Gagal

Menjadi keinginan seorang ibu yang baru melahirkan anak, terutama anak pertama, ingin menyusukan bayinya 100% tanpa campur dengan susu formula (FM). Mungkin ramai tidak tahu, pemberian FM pada peringkat awal kelahiran bayi boleh memberi risiko kepada bayi. Sebenarnya, setiap ibu telahpun ditentukan rezeki susu untuk anaknya. Definisi banyak atau kurang, bergantung kepada pemikiran ibu itu sendiri. Secara jujur, berapa pun jumlah susu yang kita hasilkan, adalah sebenarnya mencukupi untuk keperluan anak. Oleh itu, ibu-ibu tak perlu risau dan cemas, hingga mengambil keputusan untuk memberikan FM kepada bayi. Benar, menyusukan bayi adalah tidak semudah disangka. Perlukan azam dan semangat yang kuat untuk jayakannya.

Kita lihat apakah antara 10 sebab atau punca yang boleh menyebabkan proses penyusuan susu ibu itu gagal sama sekali.

Punca Penyusuan Susu Ibu Gagal

  1. Pemikiran bahawa “Susu Tiada”
    • Sesetengah ibu berpendapat, lahir aje bayi, susu melimpah ruah keluarnya. Bila realitinya tak sebanyak disangka, maka lahirlah pemikiran “susu aku tiada”. Ini sama sekali salah. Di awal kelahiran bayi, sememangnya susu tak begitu banyak. Malah yang keluar, cuma beberapa titisan cecair kuning. Tahukah ibu bahawa itu adalah kolostrum yang amat penting untuk perkembangan bayi. Dan perut bayi di awal kelahiran pun amatlah kecil, sebesar buah ceri je. Sebab tu, Allah hasilkan susu badan yang cukup untuk keperluan bayi. Jadi, ibu tolong jangan runsing jika bayi kerap menangis dan beranggapan susu tak cukup. Ada sebab lain di sebalik tangisan si kecil tu.
  2. Mula memberikan anak air masak
    • Tahu tak kandungan air dalam susu ibu adalah sebanyak 80%. Bayi di bawah usia 6 bulan tidak memerlukan air tambahan atau makanan lain selain daripada susu ibu sendiri. Banyak risiko boleh terjadi sekiranya bayi diberikan air masak sebelum bayi mencecah usia 6 bulan. Antaranya ialah meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi. Susu ibu adalah sumber makanan utama pada bayi baru lahir hingga ke usia 6 bulan. Pemberian air masak ini boleh tingkatkan risiko kegagalan penyusuan kerana kurang rangsangan hisapan oleh bayi.
  3. Orang di sekeliling tidak memahami
    • Ahli keluarga terutamanya, mungkin kurang pendedahan terhadap kebaikan dan info tentang penyusuan susu bayi. Bila dilihatnya bayi kerap menangis, bayi macam selalu lapar, maka tanggapan mereka susu kita tidak cukup. Lantas memberikan nasihat untuk memberi FM. Ibu perlu kuat dan yakin dengan pilihan anda. Nasihatkan mereka yang menyuruh anda untuk campur FM, berikan penjelasan pada mereka supaya mereka faham. In Shaa Allah, anda boleh atasi pandangan dan nasihat negatif seperti ini.
  4. Salah diberi maklumat
    • Ada orang beranggapan, kerap menyusu boleh mengurangkan penghasilan susu. Ini adalah salah sama sekali. Penyusuan yang kerap boleh merangsangkan lagi penghasilan susu ibu. Oleh itu, ibu harus kuat dan teruskan usaha untuk menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin.
  5. Kerap cuci puting payudara
    • Puting payudara tidak perlu dicuci sekerap mungkin. Ini kerana terdapat sebum yang mengeluarkan anti bakteria yang melindungi bayi dari sebarang kekotoran. Oleh itu, ibu tidak perlu risau untuk menyusukan anda walaupun di luar kerana khuatir macam mana nak cuci.
  6. Tunggu bengkak baru usaha nak pam
    • Fenomena ini adalah salah. Jika anda tunggu bengkak, baru nak pam, ia sebenarnya boleh mengganggu penghasilan susu baru. Biar kerap pam, terutama apabila bayi tidak menyusu atau sejurus selepas bayi menyusu. Kerap mengosongkan payudara sebenarnya membantu penghasilan susu baru dan bukannya menghentikan.
  7. Kuantiti susu tak seperti dijangka bila pam
    • Kuantiti susu setiap kali pam tak semestinya sama. Kadang-kadang banyak, kadang-kadang sedikit. Bergantung kepada tahap kesihatan kita, emosi kita di waktu itu. Oleh itu, jangan sesekali membuat perbandingan jumlah kuantiti susu dihasilkan setiap kali anda pam. Tak salah meletakkan target, tapi jangan bila tak capai target, anda risau dan stress.
  8. Kerap membuat perbandingan
    • Ini terjadi terutamanya pada ibu bekerja. Jangan sesekali anda membuat perbandingan dengan ibu lain yang turut sama mengepam di pejabat. Ingat, lain ibu, lain rezekinya. Penghasilan susu ibu adalah selari dengan keperluan bayi itu sendiri. Bila anda kerap membuat perbandingan, emosi anda akan mula terganggu.
  9. Stok susu berkurangan
    • Macam roda, proses penyusuan susu ibu juga ada ups and downs. Ada masanya, stok susu mungkin berkurangan. Jangan risau, jangan runsing. Kuatkan semangat, kerapkan doa, cari alternatif untuk bantu meningkatkan semula penghasilan susu anda. Mungkin badan anda rasa letih, emosi terganggu. Maka, cuba fikirkan apa yang mungkin menyebabkan penghasilan susu drop dan cuba atasi secepat mungkin. Jangan lupa berdoa pada Tuhan, agar diberikan kekuatan dan rezeki susu yang mencukupi.
  10. Emosi ibu terganggu
    • Stress, risau boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Oleh itu, anda perlu mengawal emosi anda. Cuba cari jalan untuk keluar daripada stress. Pada Muslimah, perbanyakkan bacaan Al-Quran atau zikir. Pada non-Muslim, mungkin boleh mendengar lagu-lagu romantic untuk menstabilkan semula emosi anda. Salah satu cara lagi, tatap gambar anak agar anda lebih bersemangat untuk menyusukan bayi anda.

Semoga perkongsian kali ini membantu ibu agar mengatasi 10 masalah ini. Anda boleh lakukan. Semangat dan ilmu itu penting. Oleh itu, jangan berhenti untuk mempelajari ilmu penyusuan susu ibu, walaupun ini mungkin bukan anak pertama anda.

Jika inginkan supplement Shaklee yang boleh membantu memberikan nutrisi, memberikan tenaga, membantu mengurangkan stress, dan sekaligus membantu menggalakkan penghasilan susu, boleh hubungi Ummi untuk maklumat lanjut.

Testimoni: Susu Drop Tanpa ESP

Testimoni hangat sungguh ni sebab fresh lagi, baru keluar dari ladang. Hehe. Al-kisahnya, customer ni pada permulaan memang ambil supplement Shaklee untuk bantu berikan dia tenaga, tambahkan susu sepanjang journey penyusuan susu ibu ni. Dan, ada satu minggu ni dia buat eksperimen. Tak minum ESP selama seminggu.

Ish… ish… hehe…

Tengok apa dia kata…

SUSU DROP IBU MENYUSU

Sabar je la… Sanggup buat eksperimen.. hehe…

Bila perasan susu dah drop, dia pun cepat-cepat lah minum semula ESP. dan Alhamdulillah, susu kembali meriah seperti sebelum ni. Haaa, kan dah kata, in shaa Allah, ESP membantu dalam perjalanan kita sebagai seorang ibu yang ingin menyusukan anak sehingga umur 2 tahun ni. Sebab, ESP ada khasiat protein. Selain tu, dihasilkan daripada soya yang BUKAN GMO. Seperti yang sedia maklum, soya kan milk booster.

Nak dapatkan Set Menyusu Shaklee, boleh hubungi ummi atau beli secara online melalui link di bawah.

Shop Now

Supplement Shaklee Untuk Ibu Menyusu Yang Ingin Kurangkan Berat Badan

Ibu menyusu sebenarnya mudah untuk kembalikan berat badan ke berat asal seperti sebelum hamil. Ini kerana setiap kali ibu menyusukan bayinya, sekurang-kurangnya 500 kalori dibakar. Namun begitu, oleh kerana tabiat pemakanan yang tidak seimbang, penurunan berat badan tidak menjadi dan mungkin tidak terkawal. Supplement Shaklee 2 dalam 1 ini memberikan khasiat kepada ibu menyusu yang ingin mengurangkan berat badan dan dalam masa yang sama membantu memberikan nutrisi kepada mereka dan bayi sepanjang tempoh penyusuan susu ibu. 
Antara faktor kenaikan berat badan ialah:
☕ Pengambilan kalori berlebihan iaitu melebihi apa yang diperlukan
☕ Pengambilan makanan berlebihan yang menukarkan makanan kepada lemak, bukan tenaga
☕ Anda makan dgn kuantiti yang banyak selepas menyusu kerana kalori telah dibakar
☕ Lemak terkumpul tidak dapat dinyahkan kerana mempunyai sistem penghadaman yang lemah
Untuk itu, supplement ini membantu mengatasi masalah anda. Setiap supplement mempunyai fungsi dan khasiat tertentu yang membantu sistem badan anda berfungsi dengan baik. In shaa Allah, anda boleh mendapat 2 kebaikan iaitu susu badan yang dihasilkan lebih berkhasiat dan banyak, serta bonusnya berat badan anda berkurangan!
Hubungi kami untuk dapatkan supplement ini dan kami akan bantu anda dengan memberikan konsultasi percuma kepada anda. In shaa Allah.
———————————————————
Puan Shima (SID # 885670)
msg/whatsapp: 0196972866
pm fb: http://bit.ly/PM_Kami
Pengedar Shaklee di Seremban / Damansara
———————————————————

**Disclaimer**