-
10 Tips Ayah “Bonding” dengan Anak
Pastinya seorang ayah ingin ada ikatan rapat dengan anak, terutama anak baru lahir. Orang “MatSalleh” kata, “Bonding”. Selalunya seorang ayah risau, sebab anak yang baru dilahirkan sudah semestinya sentiasa bersama dengan ibu. Tambahan pula jika menyusu badan. Memang setiap masa anak adalah dengan ibu. Adakah itu bermakna, ayah tidak boleh untuk ada “bonding” dengan anak? Seperti jarang ada peluang untuk ayah “berduaan” dengan baby kan. Sebenarnya, banyak benda ayah boleh buat untuk create “bonding” dengan anak, terutama bayi baru lahir. Ketika ini, anak bukan sahaja ingin kenal dengan ibunya. Tapi dia juga ingin kenal dan mengetahui siapa ayahnya, sifat dan keperibadian ayahnya. KakMah ingin kongsikan dengan anda, tips menarik yang…
-
5 Masalah Biasa Dihadapi Wanita Hamil
Wanita hamil sering berdepan dengan masalah kesihatan, sekiranya tidak menjaga pemakanannya serta tahap kesihatannya setiap hari. Boleh dikatakan, masalah-masalah ini adalah masalah yang seringkali kita dengar terjadi di kalangan wanita hamil. Di antara masalah ini, ada juga yang tidak kurang bahayanya. Pelbagai komplikasi kesihatan boleh berlaku bukan sahaja pada ibu, malah juga pada bayi dalam kandungan. Antara risiko sering kita dengar ialah kelahiran pra-matang, iaitu kelahiran awal sebelum tempoh 37 minggu. Hal ini sangat merisaukan kerana penjagaan bayi pra-matang adalah tidak sama dengan bayi lain. Mereka sangat fragile, tahap sistem imunisasi mereka sangat lemah berbanding bayi yang dilahirkan selepas 37 minggu. Oleh itu, ibu perlu jaga kesihatan mereka dan juga…
-
Perkembangan Tulang Bayi dalam Kandungan
Anda hamil? Tahniah! Mesti rasa tak sabar kan untuk menunggu kelahiran bayi anda. Apatah lagi jika ianya bayi pertama untuk anda dan suami? Excited kan? Sama macam KakMah dulu. Rasa teruja sangat nak tunggu kelahiran anak pertama. Memang jaga sangat kandungan sebab KakMah pernah alami keguguran sebelum tu. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dan asbab mengamalkan diet seimbang serta nutrisi yang mencukupi, KakMah selamat melahirkan anak dengan selamat. Bila berbicara tentang nutrisi dan diet seimbang, ramai ibu yang masih kurang mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya pengambilan nutrisi mencukupi semasa hamil. Nutrisi ini bukan hanya sekadar untuk kesihatan ibu, malah ianya sangat penting untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Bayi menyerap nutrisi…
-
Perlu ke Protein Semasa Hamil?
Bila KakMah cadangkan ESP pada mereka yang sedang hamil, ramai ragu-ragu. Boleh ke minum ESP semasa hamil? Haih. Kenapa tak boleh pula, dik? ESP ni kan sumber protein daripada soya. Protein merupakan salah satu nutrisi yang diperlukan semasa hamil. Malah, ada sukatan yang perlu dicapai setiap hari untuk mencukupkan nutrisi protein dalam badan kita seharian. So, ESP adalah salah satu ikhtiar kita untuk mendapatkan nutrisi mencukupi semasa hamil. Tapi sebenarnya KakMah nak cerita sikit kenapa protein ni sangat berguna, penting, banyak khasiat untuk ibu-ibu yang sedang hamil. Kenapa Perlu Protein Semasa Hamil? Amino acid yang membentuk protein di dalam badan kita adalah untuk membentuk blok tumbesaran dalam sel badan anda…
-
Tips Galakkan Suami Sokong Breastfeeding
Seorang ibu yang ingin menyusukan anaknya perlukan sokongan, dorongan, dan semangat daripada orang di sekelilingnya, terutama suami. Ya, suami amat memainkan peranan penting untuk memastikan ibu berjaya dalam penyusuan susu ibu (breastfeeding). Ramai ibu cepat mengalah, putus asa, penat sebab orang sekeliling asyik kata, “susu tak cukup tu, bagilah susu botol”, bila tengok baby selalu menangis. Dan si suami yang tak faham konsep breastfeeding pun, mulalah sokong kata-kata tu, dan belikan susu formula. Suami memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu isteri berjaya menyusukan anaknya, sehingga sekurang-kurangnya usia anak ialah 6 bulan. Paling digalakkan ialah sehingga usianya 2 tahun. Penyusuan susu ibu ini pasti berjaya jika ada sokongan suami. Bagaimana…