-
7 Tips Kurus Lepas Bersalin
Benda pertama yang ibu risau sangat adalah kenaikan berat badan semasa hamil, dan bagaimana nak turunkan badan semula selepas bersalin. Sekurang-kurangnya hingga mencapai berat badan asal atau dapat berat badan yang lebih ideal (means lagi kurus daripada sebelum hamil). Memang menjadi idaman setiap ibu yang ingin kelihatan kurus dan maintain, walaupun dah beranak-pinak. Nak jaga body, kata orang tu. Selain daripada untuk kelihatan lebih confident, cantik, maintain, sebenarnya memang penting untuk kita jaga/kawal berat badan kita selepas bersalin. Sebab, kita perlukan badan kita sihat untuk jalani rutin harian sebagai seorang ibu atau wanita bekerjaya. Bila berat badan naik, ia boleh menyebabkan kita cepat penat, letih. Emosi kita juga mudah terganggu…
-
12 Tips Mudah Untuk Tambah Susu Ketika Pam
Menjadi kerunsingan ibu-ibu apabila melihat jumlah susu yang dipam tidak banyak. Paling sedih dan membimbangkan apabila dari sehari ke sehari, jumlah susu semakin sedikit, tapi anak memang bergantung pada susu ibu sahaja. Tidak kiralah samada anda seorang ibu yang memang 100% pam (exclusive pumper), ibu bekerja yang pam setiap hari di ofis, atau apa sahaja lah. Jika pam susu ni memang menjadi rutin anda, anda pasti ingin pastikan hasil pam anda sentiasa consistent dan mencukupi untuk anak. Setuju tak? KakMah juga kadang-kadang mengalami masalah yang sama. Susu drop, terutama bila datang period. Dan ada kalanya pun, bila stress, letih pun boleh membuatkan susu drop. KakMah ada jumpa 12 tips mudah…
-
Tips Breastfeeding: Susu Drop Semasa Datang Haid
Berapa ramai ibu menyusu yang mempunyai masalah yang sama seperti ini? Di awal selepas bersalin tu, Alhamdulillah, susu sangat meriah. Berbulan-bulan meriah, consistent je setiap kali pam. But one day, bila ibu mula datang haid (period), tiba-tiba je, susu drop. Ada yang nampak ketara sangat beza apabila sedang haid. Kalau sebelum ni boleh dapat 8 oz setiap kali pam, tapi bila haid, susu boleh drop ke 5-6 oz. Kenapa jadi macam tu? Normal ke tidak? Bermula daripada saat ovulasi (iaitu pertengahan period cycle) sehingga ke hari pertama atau kedua next period cycle, sesetengah ibu akan mula mengalami masalah susu berkurangan (drop). Ini ada kaitan dengan pengurangan kalsium di dalam badan…
-
Tanda Awal Bayi Memerlukan Susu
Ibu perlu tahu bila baby perlukan susu. Sebab bila baby dah menangis kuat dan teresak-esak, baby seakan merajuk dan susah nak minum susu lepas tu. Ibu kena cool down kan baby, tunggu dia berhenti menangis, tenangkan baby, barulah boleh menyusukan anak dengan tenang. Sebab tu penting untuk ibu tahu tanda awal baby perlukan susu. Semasa dalam pantang, ibu sebenarnya perlu fokus dengan baby. Lihat pola tidurnya, pola menyusunya. Setiap pergerakan baby, pasti ada sebab dan dari pergerakan tu la ibu boleh tahu bila sebenarnya waktu yang tepat untuk menyusukan anak. Ini dipanggil “Watch the Baby, not the Clock!”. Jangan set kan masa untuk susukan baby. Baby sendiri akan bagi hint…
-
Tips Susu Meriah Semasa Pam / Perah Susu
Antara dilema atau kesukaran ibu yang bekerja dan menyusukan anak adalah semasa pam susu di tempat kerja. Semakin lama ibu bekerja, hasil perahan susu semakin berkurangan. Sehinggakan ibu risau dan menjadi stress sebab susu berkurangan dan tak banyak seperti sebelumnya. Betul kan? KakMah nak share tips macam mana untuk bantu ibu yang pam atau perah di tempat kerja, untuk mendapat hasil yang meriah. Mudah-mudahan, Allah mengizinkan dan mempermudahkan urusan ibu-ibu. Tips / Faktor Berjaya Pam Susu Waktu terbaik untuk pam susu adalah awal pagi, sebelum subuh. Ini kerana hormon prolaktin adalah tinggi dan dapat membantu menghasilkan lebih banyak susu. Adalah penting untuk ibu stress-free semasa pam. Ibu yang berada dalam…