• Sakit Tumit, Kejang Kaki, Lenguh-lenguh Berkurangan dengan Shaklee

    Pernah tak mengalami masalah kaki sakit, terutama di bahagian tumit? Dalam masa yang sama, kaki selalu rasa kejang, lenguh-lenguh. Simptom ni sebenarnya adalah sangat normal di kalangan wanita berusia. Tapi jika nutrisi kalsium di dalam badan tidak mencukupi, seawal usia 30-an pun dah boleh mula rasa dah. Bergantung pada tahap kesihatan seseorang. Sebab itu pentingnya pengambilan nutrisi yang betul seawal usia remaja. Supaya tulang, sendi, otot kita sihat dan kuat. Kaki kita sebenarnya sangat kompleks dan ianya adalah sangat penting untuk membolehkan kita berdiri, berjalan, berlari, melompat. Ia adalah merupakan satu struktur daripada tulang, sendi, otot, dan tisu lembut. Ada banyak masalah yang berkaitan dengan masalah kaki kita, terutama bahagian…

  • 15 Makanan Bantu Tingkatkan Sistem Ketahanan Badan

    Ada orang yang sangat mudah untuk jatuh sakit. Apabila terlalu penat, stress, mulalah rasa nak demam, selsema pun mula wujud. Ini mungkin merupakan salah satu simptom bahawa sistem ketahanan badan (imunisasi) anda tidak kuat. Sistem imunisasi merupakan sistem semulajadi dalam badan kita untuk melawan segala jenis bakteria, virus, kuman, parasit, yang boleh menyebabkan kita lemah dan jatuh sakit. Sistem imunisasi yang kuat membantu menjadi penghalang utama yang menghalang “penceroboh” ini daripada memasuki badan kita. Jika sistem imunisasi lemah, maka senanglah untuk berjangkit atau terkena penyakit seperti demam, selsema, batuk. Penting untuk kita menjaga tahap kesihatan kita. Kita perlukan badan yang sihat, kuat untuk meneruskan rutin harian seperti biasa. Jika kita…

  • Selsema Berlarutan Jangan Dibiarkan

    Baru-baru ini, anak sulung KakMah, Aisy, dimasukkan ke wad kerana demam panas. Sebenarnya dah hampir sebulan lebih Aisy selsema. Dan selsemanya tak kebah mana pun. Pernah surut sebab ambil antibiotic Augmentin, tapi bertahan seminggu aje. Lepas tu, Aisy selsema semula. Selepas balik dari Ipoh, Aisy mula demam semula. Kali ni, panas sungguh badannya. Dah makan ubat demam, tapi tak kebah sangat pun. Lantas, KakMah pun bawa Aisy berjumpa panel dan minta reference letter untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Swasta. Suhu badan Aisy masa ni 39.0°C. Sampai di hospital, doktor dengar paru-paru, takde pula kahak atau abnormal yang lain. Tapi disebabkan Aisy dah pernah ambil antibiotic, doktor pun minta Aisy…

  • Ketahui Info Tentang Pneumonia

    Pernah dengar tak tentang Pneumonia? Pneumonia ialah jangkitan pada paru-paru yang boleh menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa dan sakit. Bermula dengan batuk, demam, dan pernafasan yang sukar. Pneumonia ini biasa kita dengar terjadi di kalangan bayi, kanak-kanak. Namun dewasa juga boleh mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria ke dalam paru-paru. Kebiasaannya, kita lebih cenderung terkena jangkitan kuman ini selepas kita mengalami masalah selsema. Selsema menyebabkan diri kita sukar untuk melawan jangkitan kuman. Justeru, lebih cenderung untuk mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia juga boleh berlaku sekiranya anda juga merupakan pesakit kronik seperti asma, penyakit jantung, kanser, kencing manis. Apakah simptom Pneumonia? Batuk. Berkemungkinan batuk berkahak, yang…

  • Keputihan Semasa Hamil – Mungkin GBS

    Keputihan bukan hanya berlaku pada wanita bujang, anak dara. Keputihan juga boleh berlaku sekiranya anda sedang hamil. Seperti sebelumnya, ibu perlu perhatikan jenis keputihan yang ibu alami. Sekiranya keputihan tersebut putih, tidak likat, hanya berbau sedikit sahaja, itu dipanggil Leukorrhea, dan ia adalah normal. Sekiranya keputihan yang ibu alami adalah pekat, berwarna sedikit kehijauan atau kekuningan, berbau sangat tidak menyenangkan, ini adalah sesuatu yang tidak normal. Namun begitu, untuk setiap jenis keputihan yang ibu alami, jangan rahsiakan daripada doktor. Adalah penting untuk beritahu doktor atau jururawat yang merawat, agar rawatan atau ujian susulan boleh dilakukan. Pernah dengar tentang GBS? GBS ialah “Group B Streptococcus”, iaitu sejenis bakteria yang tinggal di…