• 5 Masalah Biasa Dihadapi Wanita Hamil

    Wanita hamil sering berdepan dengan masalah kesihatan, sekiranya tidak menjaga pemakanannya serta tahap kesihatannya setiap hari. Boleh dikatakan, masalah-masalah ini adalah masalah yang seringkali kita dengar terjadi di kalangan wanita hamil. Di antara masalah ini, ada juga yang tidak kurang bahayanya. Pelbagai komplikasi kesihatan boleh berlaku bukan sahaja pada ibu, malah juga pada bayi dalam kandungan. Antara risiko sering kita dengar ialah kelahiran pra-matang, iaitu kelahiran awal sebelum tempoh 37 minggu. Hal ini sangat merisaukan kerana penjagaan bayi pra-matang adalah tidak sama dengan bayi lain. Mereka sangat fragile, tahap sistem imunisasi mereka sangat lemah berbanding bayi yang dilahirkan selepas 37 minggu. Oleh itu, ibu perlu jaga kesihatan mereka dan juga…

  • Berat Turun Semasa Hamil?

    Kebiasaannya yang kita dengar ialah kenaikan berat badan secara consistent atau mendadak semasa kehamilan. Ada yang beratnya naik mengikut peringkat/kadar yang betul, ada yang naik berkilo-kilo dalam masa beberapa minggu. Tak kurang juga, ada kes, dimana berat badan semakin berkurangan semasa hamil. Dua kes sebegini adalah amat dikhuatiri iaitu berat naik mendadak dan berat turun. Sebab itu, jika ibu mengalami masalah seperti ini, jangan biarkan berlanjutan. Dapatkan nasihat segera daripada doktor. Pengambilan nutrisi secukupnya adalah sangat penting semasa hamil. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan berat badan tidak dapat dikawal dengan baik. Sebab itu semasa hamil, ibu diwajibkan mengamalkan vitamin yang membantu melengkapkan nutrisi seimbang pada ibu dan juga bayi di dalam…

  • Kawal Bacaan Hemoglobin (Hb) Semasa Hamil

    Ramai wanita teruja apabila disahkan hamil. Terutamanya jika itu adalah kehamilan pertama selepas baru bernikah. Dan, orang kata bunting pelamin pula kan? Tak pun, dah tunggu lama, akhirnya Allah beri rezeki untuk hamil. Tapi, cuba ibu check, dah cukupkah persediaan ibu? Tahu tentang HEMOGLOBIN? Perasan tak semasa check-up, terutamanya jika check-up di Klinik Kesihatan Kerajaan, setiap bulan kena ambil darah, urine. Dalam result darah tu ada HGB kan? Itulah dia hemoglobin. Ia adalah kandungan protein di dalam sel darah merah yang membantu membekalkan oksigen ke dalam sel-sel badan kita. Perasan tak, semakin usia kandungan meningkat, bacaan Hb juga turut terpengaruh dan mula menurun. Jika tak cukup pemakanan dan nutrisi seharian,…