• 5 Masalah Biasa Dihadapi Wanita Hamil

    Wanita hamil sering berdepan dengan masalah kesihatan, sekiranya tidak menjaga pemakanannya serta tahap kesihatannya setiap hari. Boleh dikatakan, masalah-masalah ini adalah masalah yang seringkali kita dengar terjadi di kalangan wanita hamil. Di antara masalah ini, ada juga yang tidak kurang bahayanya. Pelbagai komplikasi kesihatan boleh berlaku bukan sahaja pada ibu, malah juga pada bayi dalam kandungan. Antara risiko sering kita dengar ialah kelahiran pra-matang, iaitu kelahiran awal sebelum tempoh 37 minggu. Hal ini sangat merisaukan kerana penjagaan bayi pra-matang adalah tidak sama dengan bayi lain. Mereka sangat fragile, tahap sistem imunisasi mereka sangat lemah berbanding bayi yang dilahirkan selepas 37 minggu. Oleh itu, ibu perlu jaga kesihatan mereka dan juga…

  • Nutrisi Lengkap untuk Ibu Hamil

    Setiap ibu yang hamil memerlukan nutrisi sihat dan seimbang sepanjang kehamilan. Dan sebenarnya, wanita yang ingin hamil perlu memulakan diet sihat ini beberapa bulan sebelum merancang kehamilan. Ini untuk memastikan ibu telah benar-benar bersedia untuk kehadiran janin di dalam rahim mereka. Nutrisi sihat ini bukan hanya untuk kebaikan ibu. Malah, ia juga membantu dalam tumbesaran bayi di dalam kandungan. Seringkali kita dengar, bayi mendapatkan “makanan”nya daripada ibu, melalui tali pusat. Oleh itu, ibu perlu pastikan pemakanan hariannya adalah sihat supaya bayi juga sihat dan membesar dengan baik. Banyak risiko boleh berlaku sekiranya kekurangan nutrisi. Antaranya ialah risiko kelahiran pramatang, bacaan hemoglobin yang rendah, tekanan darah yang tidak stabil, risiko bayi…

  • 8 Tanda Awal Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu

    Kehamilan adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh pasangan baru berkahwin, terutamanya. Setiap perubahan dalam diri wanita, menjadi persoalan, adakah ini tanda-tanda hamil? Bila period lewat sikit, tertanya-tanya, hamilkah aku? Betul tak? Well, it happened to me too, masa tengah TTC dulu. But, bila datang period je, terus frust. Hehe. Cepat-cepat istighfar sebab itu semua emosi negatif yang tak patut ada dalam diri KakMah. Sebab nak pregnant, kita kena sentiasa kekal positif. Sebagai pasangan suami isteri, penting untuk bekerjasama dan sentiasa memberikan sokongan pada pasangan kita. Kita tak boleh berputus asa, kena sentiasa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan rezeki mendapat zuriat. In Shaa Allah, apabila Allah tahu kita telah bersedia, rezeki…

  • 8 Sebab Kesuburan Suami Isteri Boleh Terganggu

    Pasangan berkahwin ni ada masanya dikurniakan rezeki zuriat awal, ada yang lewat. Tapi kita sebagai manusia, perlu ikhtiar bersungguh-sungguh untuk capai sesuatu. Selain daripada doa, tawakal pada Allah. Bab zuriat ni, bergantung juga pada tahap kesuburan kita. Ada pasangan yang tiada masalah. Sebab tu rezeki mereka, dapat zuriat awal. Namun ada juga di antara pasangan yang diuji dengan masalah kesuburan. Dan ini menyebabkan isteri sukar untuk hamil. Masalah kesuburan bukan hanya pada wanita. Lelaki juga ada tahap kesuburan mereka. Malah, kesuburan lelaki adalah sangat penting sebab sperma mereka berjuang untuk sampai ke ovum isteri dan bersatu. Jika sperma suami lemah, kuantiti tidak mencukupi, maka kebarangkalian untuk isteri hamil juga tipis.…

  • Apa Nutrisi Diperlukan Oleh Ibu Hamil?

    Tahniah! Anda hamil. Alhamdulillah. Berita ni adalah sesuatu yang sangat mengujakan dan menggembirakan untuk semua wanita yang bergelar isteri. Betul tak? Bila lambat datang haid, emosi ting tong, mudah letih, itu petanda anda mungkin hamil. Lepas tu dengan rasa teruja, anda pergi ke farmasi, beli pregnancy test kit dan buat ujian sendiri. Khennn? Ini normal untuk semua. Bukan anda je, so jangan rasa malu atau pelik. Hehe. Kehamilan memang best. Banyak manfaat seorang ibu yang sedang hamil. Berjuang selama 9 bulan 10 hari untuk memastikan bayi di dalam kandungan sihat, membesar dengan baik, dan selamat dilahirkan di dunia ini. Dan dalam tempoh kehamilan inilah si ibu perlu memastikan pemakanan sehariannya…