Kecantikan,  Panduan Kesihatan,  Penjagaan Kulit

Apa Itu Paraben? Bahaya ke?

Paraben.. Orang selalu sebut tentang paraben.. Selalunya terdapat dalam kosmetik, barangan kecantikan. Tujuannya untuk mengekalkan tahap kualiti kosmetik tu, dan untuk mengelakkan daripada pelbagai microorganisma. Dalam erti kata lain, untuk mengelakkan daripada cepat rosak.

Bahaya Paraben

Paraben ni adalah satu terms chemical yang merupakan bahan pengawet yang membantu mengekalkan bahan tersebut daripada tercemar oleh micro-organisma. Kebiasaannya, beberapa jenis paraben akan dicampur dan dimasukkan ke dalam sesuatu produk.

Antara produk kosmetik yang terdapat paraben ni ialah makeup, toner, moisturizer, barangan penjagaan rambut. Kalau tengok kt ingredients (bahan-bahan) tu, nanti ada la methylparaben, propylparaben, butylparaben, atau benzylparaben.. Haa.. kan dah keluar bahasa kimia.. Hehe.

Bahaya atau tak paraben ni, masih belum dapat ditentukan. Sumber dari website FDA, penyelidikan terakhir pada tahun 2004, menunjukkan adanya paraben dalam kanser payudara. Ini kerana adanya paraben yang bersifat seakan-akan estrogen (tetapi lemah), dan ini mempengaruhi estrogen pada kanser payudara. Namun begitu, kajian ini masih belum dapat disimpulkan bahawa paraben itu penyebab kanser.

Jadi, sehingga ke hari ini, menurut FDA, paraben tu masih selamat digunakan asalkan peratusan paraben dalam bahan kosmetik itu tidak tinggi. FDA masih lagi meneruskan pemerhatian dan menyelidik kesan paraben pada badan manusia.

sumber: FDA website

Food and Drugs Association

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *