• Promosi Raya 2019

    Alhamdulillah, raya sudah. Maaf KakMah lambat pula update apa promosi bulan ni. Hehe. Busy sikit, disebabkan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidup kami. Kehilangan Ayah tersayang pada hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan, 31 Mei 2019. Sangat terkesan kehilangan itu. Al-Fatihah untuk arwah Ayah. Ok, tak nak cerita panjang. Sebab uolls mesti dah tak sabar nak tahu apa promosi sepanjang bulan Jun ni kan. Bulan kelahiran KakMah tau. Hehe. Selain promosi sepanjang bulan, promosi Flash Sales pun ada. Hanya untuk 8 hari sahaja, bermula 19 Jun sehingga 26 Jun. So, wajib grab ni sebab sangat murah. Promosi Omega Guard & Zinc Plus Bila dah raya ni, confirm lah semua pun…

  • Tips Hilangkan HFMD Dengan Cepat

    HFMD kembali menyerang. Angka pesakit semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh, taska, tadika, sekolah, dah pastinya risau akan cepatnya merebak virus HFMD ni kan. Sebab once anak dah disahkan mengalami HFMD, anak kena kuarantin. Tidak boleh bercampur dengan kanak-kanak lain di luar untuk mengelakkan daripada mudah terjangkit pada orang lain. HFMD adalah disebabkan oleh Enterovirus iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71)*. HFMD sangat mudah merebak dari individu ke individu yang lain. Dengan hanya bersentuhan dengan persekitaran yang telah pun dijangkiti virus tersebut seperti lelehan hingus, air liur, najis, serta cecair lepuh daripada mereka yang telah pun dijangkiti. Jika anak…

  • 15 Makanan Bantu Tingkatkan Sistem Ketahanan Badan

    Ada orang yang sangat mudah untuk jatuh sakit. Apabila terlalu penat, stress, mulalah rasa nak demam, selsema pun mula wujud. Ini mungkin merupakan salah satu simptom bahawa sistem ketahanan badan (imunisasi) anda tidak kuat. Sistem imunisasi merupakan sistem semulajadi dalam badan kita untuk melawan segala jenis bakteria, virus, kuman, parasit, yang boleh menyebabkan kita lemah dan jatuh sakit. Sistem imunisasi yang kuat membantu menjadi penghalang utama yang menghalang “penceroboh” ini daripada memasuki badan kita. Jika sistem imunisasi lemah, maka senanglah untuk berjangkit atau terkena penyakit seperti demam, selsema, batuk. Penting untuk kita menjaga tahap kesihatan kita. Kita perlukan badan yang sihat, kuat untuk meneruskan rutin harian seperti biasa. Jika kita…

  • Selsema Berlarutan Jangan Dibiarkan

    Baru-baru ini, anak sulung KakMah, Aisy, dimasukkan ke wad kerana demam panas. Sebenarnya dah hampir sebulan lebih Aisy selsema. Dan selsemanya tak kebah mana pun. Pernah surut sebab ambil antibiotic Augmentin, tapi bertahan seminggu aje. Lepas tu, Aisy selsema semula. Selepas balik dari Ipoh, Aisy mula demam semula. Kali ni, panas sungguh badannya. Dah makan ubat demam, tapi tak kebah sangat pun. Lantas, KakMah pun bawa Aisy berjumpa panel dan minta reference letter untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Swasta. Suhu badan Aisy masa ni 39.0°C. Sampai di hospital, doktor dengar paru-paru, takde pula kahak atau abnormal yang lain. Tapi disebabkan Aisy dah pernah ambil antibiotic, doktor pun minta Aisy…

  • Ketahui Info Tentang Pneumonia

    Pernah dengar tak tentang Pneumonia? Pneumonia ialah jangkitan pada paru-paru yang boleh menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa dan sakit. Bermula dengan batuk, demam, dan pernafasan yang sukar. Pneumonia ini biasa kita dengar terjadi di kalangan bayi, kanak-kanak. Namun dewasa juga boleh mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria ke dalam paru-paru. Kebiasaannya, kita lebih cenderung terkena jangkitan kuman ini selepas kita mengalami masalah selsema. Selsema menyebabkan diri kita sukar untuk melawan jangkitan kuman. Justeru, lebih cenderung untuk mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia juga boleh berlaku sekiranya anda juga merupakan pesakit kronik seperti asma, penyakit jantung, kanser, kencing manis. Apakah simptom Pneumonia? Batuk. Berkemungkinan batuk berkahak, yang…