• 10 Tips Ayah “Bonding” dengan Anak

    Pastinya seorang ayah ingin ada ikatan rapat dengan anak, terutama anak baru lahir. Orang “MatSalleh” kata, “Bonding”. Selalunya seorang ayah risau, sebab anak yang baru dilahirkan sudah semestinya sentiasa bersama dengan ibu. Tambahan pula jika menyusu badan. Memang setiap masa anak adalah dengan ibu. Adakah itu bermakna, ayah tidak boleh untuk ada “bonding” dengan anak? Seperti jarang ada peluang untuk ayah “berduaan” dengan baby kan. Sebenarnya, banyak benda ayah boleh buat untuk create “bonding” dengan anak, terutama bayi baru lahir. Ketika ini, anak bukan sahaja ingin kenal dengan ibunya. Tapi dia juga ingin kenal dan mengetahui siapa ayahnya, sifat dan keperibadian ayahnya. KakMah ingin kongsikan dengan anda, tips menarik yang…

  • Berjaya Hamil Selepas 4 Tahun Menanti

    Menjadi idaman dan impian setiap pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata. Tak semua pasangan bernasib baik, dikurniakan zuriat seawal pernikahan. Ada perlu menanti setahun, 3 tahun, 5 tahun, bah kan lebih 10 tahun pun ada. Namun, jika Allah telah mengizinkan, maka tiada siapa dapat menyangkalnya. Setuju? Kita sebagai manusia tak boleh mudah berputus asa. Apatah lagi untuk mempertikaikan bila Allah nak beri rezeki, bila Allah nak izinkan saya hamil? Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Ada pelbagai cara dan ikhtiar kita boleh lakukan sebagai usaha untuk hamil. Antaranya ialah perbanyakkan sedekah (terutama hari Jumaat), makan buah zuriat, sedekah pada anak-anak yatim, mendoakan pasangan lain, dan macam-macam lagi. Mengamalkan pemakanan…

  • Promosi Shaklee Oktober 2018

    Dah ready nak tahu promosi Shaklee untuk bulan Oktober ni? Pastinya, selain daripada promosi, Shaklee melancarkan 2 produk terbaru iaitu YOUTH™ Restoring Eye Treatment dan juga Zinc Plus. Dulu Shaklee ada Zinc Complex dan memang menjadi kegemaran ramai orang. Dan kini, Shaklee kembalikan produk nutrisi zinc dengan formulasi terbaru iaitu Zinc Plus. Walaupun Shaklee baru sahaja melancarkan 2 produk ini, tetapi Shaklee juga ada buat offer khas untuk anda semua tau. Info Tentang YOUTH™ Restoring Eye Treatment Mengandungi campuran peptida yang sangat unik, dimana melalui kajian klinikal ia dapat membantu mengurangkan penampilan garis halus, kedutan, dan garisan pada bahagian bawah mata seawal 7 hari (berdasarkan klinikal study selama 28 hari,…

  • Supplement Untuk Dibawa Semasa Umrah

    Alhamdulillah, ramai yang baru selesai menunaikan ibadah Haji baru-baru ini. Dan sekarang, ramai juga yang berlumba-lumba ingin ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Sudah semestinya, menjadi salah satu impian untuk dijemput ke rumah Allah kan? Di situlah kita boleh menunaikan ibadah sebaiknya dan lebih mendekatkan diri pada Allah. Namun kadang-kadang perubahan cuaca, persekitaran, buat kita “gagal” melawan jangkitan. Justeru mulalah rasa nak demam, selsema, batuk. Hal ini sedikit sebanyak boleh mengganggu kita untuk khusyuk dalam beribadah. Sebab itu, sebolehnya kita ingin sihat, bertenaga sepanjang berada di sana. In Shaa Allah, semua dengan izin Allah jua. Ramai yang buat macam-macam persediaan untuk ke Mekah. Jangan lupa untuk turut sama buat bekalan…

  • Tips Galakkan Suami Sokong Breastfeeding

    Seorang ibu yang ingin menyusukan anaknya perlukan sokongan, dorongan, dan semangat daripada orang di sekelilingnya, terutama suami. Ya, suami amat memainkan peranan penting untuk memastikan ibu berjaya dalam penyusuan susu ibu (breastfeeding). Ramai ibu cepat mengalah, putus asa, penat sebab orang sekeliling asyik kata, “susu tak cukup tu, bagilah susu botol”, bila tengok baby selalu menangis. Dan si suami yang tak faham konsep breastfeeding pun, mulalah sokong kata-kata tu, dan belikan susu formula. Suami memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu isteri berjaya menyusukan anaknya, sehingga sekurang-kurangnya usia anak ialah 6 bulan. Paling digalakkan ialah sehingga usianya 2 tahun. Penyusuan susu ibu ini pasti berjaya jika ada sokongan suami. Bagaimana…