Kesihatan Tulang,  Omega Guard,  Panduan Kesihatan

Ambil Tahu: Rheumatoid Arthritis (RA)

Pernah dengar tentang Rheumatoid Arthritis atau perkataan singkatnya ialah RA? Ia merupakan salah satu kondisi sistem imun iaitu “autoimmune disorder”, dimana terjadinya keradangan pada lapisan sendi. RA juga boleh menjejaskan kesihatan kulit, mata, paru-paru, jantung, darah, dan juga saraf.

Simptom RA ada kalanya terjadi dan tidak, namun jika tidak dirawat dengan cepat dan pantas, ia boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan seseorang itu.

Simptom RA

  • Keradangan sendi yang berpunca daripada RA, menyebabkan seseorang itu mengalami rasa sakit, hangat, dan bengkak pada bahagian sendi.
  • Keradangan yang bersifat simetri, iaitu berlaku pada kedua-dua bahagian pada masa yang sama seperti pergelangan tangan, lutut, atau tangan.
  • Sendi kaku terutama pada waktu pagi atau selepas beberapa tempoh anda tidak aktif.
  • Keletihan berterusan.
  • Demam tapi pada suhu rendah.

Simptom ini ada kalanya terjadi secara beransur-ansur selama bertahun-tahun, tapi ada juga yang datang dengan cepat.

Biasanya RA menyerang mereka yang berada di lingkungan umur 30-60 tahun, tapi tak bermakna mereka yang luar dari usia ini tidak boleh mengalaminya. Menurut kajian, wanita lebih cenderung untuk mengalami masalah RA ini. Dan, jika anda ada sejarah ahli keluarga atau seorang perokok, anda juga berisiko mengalami masalah RA.

Kesan Kepada Anggota Badan Lain

  • Keradangan pada lapisan sendi boleh memusnahkan tulang rawan dan tulang, sehingga menyebabkan sendi terjejas.
  • Semakin lama RA menyerang, bahagian sendi akan rasa sangat sakit dan mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik.
  • Rheumatoid Nodules, dimana terjadinya benjolan di bahagian kulit dan juga organ dalaman.
  • Sjogren’s Syndrome, iaitu keradangan dan kerosakan pada bahagian kelenjar mata dan mulut atau pada bahagian badan lain.
  • Pleuritis iaitu keradangan pada lapisan paru-paru.
  • Pericarditis iaitu keradangan pada lapisan yang mengelilingi jantung.
  • Anemia iaitu sel darah merah tidak mencukupi.
  • Felty Syndrome iaitu sel darah putih tidak mencukupi, juga dikaitkan dengan limpa yang membesar.
  • Vasculitis iaitu keradangan salur darah yang boleh menghalang bekalan darah untuk sampai ke bahagian tisu.
Contoh Rheumatoid Nodules

Omega Guard Bantu Kurangkan Keradangan

Omega Guard kaya dengan khasiat Omega-3 yang dapat membantu mengurangkan masalah keradangan pada sendi.

Bagaimana Omega-3 memberi manfaat pada sendi?

 

  • Melambatkan kemerosotan tulang rawan, dan terlibat dalam proses penyelenggaraan tulang rawan.
  • Meningkatkan peredaran darah ke bahagian sendi, serta membekalkan nutrisi pada otot-otot sendi.
  • Mengurangkan tahap bahan-bahan yang boleh menyebabkan inflamasi

 

Kenapa Anda Harus Memilih Omega Guard?

Omega Guard kaya dengan khasiat Omega-3 yang sebenar dan ia lengkap dengan keperluan Omega-3 yang badan kita perlukan seharian.

Dapatkan Omega Guard daripada KakMah hari ini juga.

Inginkan penjimatan sehingga 10-20% untuk setiap produk Shaklee? Jangan lupa untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee di bawah team WeGF, kelolaan KakMah, dengan hanya RM75 sahaja sebagai yuran pendaftaran.

Nak free membership? Boleh! Ada caranya. Hubungi KakMah untuk keterangan lanjut.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *