Anti-Oksidan,  Autoimmune Disease,  CarotoMax,  ESP,  Panduan Kesihatan,  Tenaga,  Vita-E Complex,  Vitamin,  Vitamin C,  Vivix

Ambil Tahu: Alopecia Areata

Pernah tak dengar tentang masalah tompokan pada bahagian rambut? Mungkin pada mulanya kita rasa ianya adalah sesuatu masalah yang tidak serius, tapi sebenarnya anda perlu ambil perhatian sangat penting sekiranya anda menyedari ada tompokan pada rambut, iaitu botak di sesetengah bahagian rambut sahaja, dan kelihatan seperti separa botak.

Simptom ini menunjukkan anda mungkin mengalami masalah Alopecia Areata.

Contoh Alopecia Areata

Apa Itu Alopecia Areata?

Ia merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keguguran rambut dalam bentuk tompokan kecil, yang mungkin ada kalanya kita tidak sedar atau tidak dapat dikesan. Namun, semakin lama tompokan ini akan kelihatan semakin ketara sebab ia boleh “bersambung”. Penyakit ini berlaku disebabkan sistem imun dalam badan kita menyerang folikel rambut dan mengakibatkan masalah keguguran rambut seperti ini.

Punca Berlakunya Alopecia Areata.

Ia berkaitan dengan autoimmune disease. Autoimmune disease terjadi apabila sistem pertahanan badan kita menyerang sel sihat dalam badan kita sendiri, kerana disangkakan ianya adalah benda asing yang perlu disingkirkan. Sistem imun seharusnya berfungsi untuk mempertahankan tubuh badan kita daripada virus, bakteria, dan bukannya sel sihat kita.

Mereka yang mengalami Alopecia Areata ini mengalami masalah dimana sistem imunisasi badan menyerang sel folikel rambut. Folikel adalah struktur dimana rambut tumbuh. Dalam keadaan ini, folikel rambut menjadi semakin kecil dan berhenti mengeluarkan rambut, lantas menyebabkan masalah rambut gugur.

Masalah ini sering berlaku sekiranya anda ada ahli keluarga yang menghidap masalah autoimmune disease yang lain seperti Diabetes Type 1 atau Rheumatoid Arthritis. Dan, ada juga yang mengalami masalah ini apabila sentiasa berdepan dengan “stress”, iaitu radikal bebas yang boleh menyerang sel dalaman kita.

Simptom Alopecia Areata.

Simptom paling ketara ialah keguguran rambut, iaitu kelihatan seperti tompokan kecil pada kulit kepala. Anda mungkin mengalami masalah keguguran rambut pada kulit kepala, atau dalam sesetengah kes di bahagian alis mata, bulu mata, muka, atau bahagian lain.

Mungkin pada waktu pagi apabila anda bangun tidur, anda menyedari ada gumpalan rambut pada bantal anda. Dan jika terdapat tompokan yang ketara pada kepala anda, teman serumah atau orang disekeliling anda mungkin boleh menyedarinya.

Dalam sesetengah kes, ia menyebabkan masalah keguguran rambut pada seluruh badan, iaitu alopecia universalis, dan ia boleh menghalang rambut daripada tumbuh kembali. Jika tumbuh pun, ada kemungkinan untuk gugur semula. Dan tahap keguguran atau pertumbuhan rambut adalah berbeza mengikut individu.

Ada juga kes, alopecia totalis, dimana masalah keguguran rambutnya hanya pada bahagian kulit kepala sahaja.

Bagaimana Ingin Merawatnya.

Ada beberapa rawatan yang boleh dibuat untuk mengurangkan sistem keguguran rambut atau membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut semula.

  • Dalam sesetengah kes, anda mungkin perlu mengambil beberapa jenis ubat-ubatan untuk menguatkan sistem pertahanan badan anda semula supaya “bekerja” seperti yang sepatutnya.
  • Menggunakan “Topical Agents” untuk membantu menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
  • Suntikan steroid pada bahagian yang mengalami masalah keguguran rambut untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang baru.
  • Terapi cahaya iaitu “Photochemotherapy” atau “Phototherapy”. Rawatan radioterapi yang menggunakan kombinasi oral medication (psoralens) dan cahaya UV.
  • Rawatan alternatif seperti aromatherapy, acupuncture, probiotics, essential oils (seperti tea tree, rosemary, lavender, peppermint), serta pengambilan supplements untuk lengkapkan nutrisi dalam badan.

Supplement Shaklee Untuk Alopecia Areata?

Sekiranya anda mengalami simptom Alopecia Areata ini, anda boleh mengamalkan supplement yang bantu meningkatkan nutrisi dalam badan anda agar sistem imunisasi badan anda dapat bekerja dengan baik dan seperti sepatutnya.

Supplement anti oksidan seperti Vivix, Carotomax (Vitamin A), Sustained Release Vita-C Plus, Vita-E Complex dapat membantu mengaktifkan sel dalaman anda, serta membantu menghalang sel daripada rosak akibat radikal bebas seperti stress serta persekitaran yang tidak sihat.

Pengambilan Zinc Plus juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan serta menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat serta kuat. Ia juga dapat menggalakkan sistem sel imun dalam badan kita.

Protein iaitu ESP membantu menggantikan sel yang rosak dan memperbaharui sel menjadi lebih sihat.

Ingin mendapatkan Produk Shaklee?

Hubungi KakMah untuk dapatkan produk Shaklee anda.

Penjimatan sehingga 10-20% apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanyalah RM75 sahaja.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *