
15 Makanan Bantu Tingkatkan Sistem Ketahanan Badan
Ada orang yang sangat mudah untuk jatuh sakit. Apabila terlalu penat, stress, mulalah rasa nak demam, selsema pun mula wujud. Ini mungkin merupakan salah satu simptom bahawa sistem ketahanan badan (imunisasi) anda tidak kuat. Sistem imunisasi merupakan sistem semulajadi dalam badan kita untuk melawan segala jenis bakteria, virus, kuman, parasit, yang boleh menyebabkan kita lemah dan jatuh sakit.
Sistem imunisasi yang kuat membantu menjadi penghalang utama yang menghalang “penceroboh” ini daripada memasuki badan kita. Jika sistem imunisasi lemah, maka senanglah untuk berjangkit atau terkena penyakit seperti demam, selsema, batuk.
Penting untuk kita menjaga tahap kesihatan kita. Kita perlukan badan yang sihat, kuat untuk meneruskan rutin harian seperti biasa. Jika kita mudah jatuh sakit, bagaimana kita ingin bekerja atau belajar atau melakukan kerja rumah? Rutin harian tergendala dan banyak perkara boleh tertangguh.
KakMah nak share 15 makanan yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan kita ini secara semulajadi. Makanan yang sangat mudah didapati dan diamalkan.
- Elderberry
- Dipercayai daripada zaman dahulu untuk mengawal masalah selsema.
- Merupakan buah yang kaya dengan nutrisi anti oksidan dan mempunyai keupayaan untuk melawan keradangan.
- Cendawan Butang
- Mengandungi selenium mineral dan anti-oksidan yang membantu mengurangkan risiko selsema menjadi lebih teruk.
- Mengandungi vitamin B riboflavin dan niasin yang membantu mengekalkan sistem imunisasi yang sihat.
- Membantu memberi kesan anti virus, anti bakteria, dan anti tumor.
- Acai Berry
- Kaya dengan anti oksidan yang juga dikenali sebagai anthocyanins.
- Membantu melawan proses penuaan, serta membantu meningkatkan sistem imunisasi.
- Tiram
- Mengandungi zinc yang bertindak sebagai immune booster.
- Khasiat zinc membantu menjalankan sistem imunisasi dengan baik serta membantu penyembuhan luka dengan cepat.
- Tembikai
- Juga mempunyai khasiat anti oksidan, serta glutathione (berhampiran dengan kulit).
- Membantu melawan penyakit dan jangkitan.
- Kobis
- Merupakan sumber immune-strengthening glutamine.
- Badam
- 1/4 cawan badam memberikan lebih kurang 50% khasiat vitamin E yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi.
- Mengandungi riboflavin, niasin, vitamin B yang membantu menangani stress.
- Grapefruit
- Mempunyai kandungan vitamin C yang banyak, namun mungkin tidak mencukupi untuk keperluan harian kita.
- Germa Gandum
- Kaya dengan khasiat zinc, anti-oksidan, dan vitamin B.
- Juga kaya dengan serat, protein, serta lemak yang baik.
- Yogurt Rendah Lemak
- Satu cawan setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko dijangkiti penyakit.
- Mengandungi vitamin D yang tinggi untuk mengurangkan risiko demam dan selsema.
- Bawang Putih
- Sangat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, kerana kaya dengan anti oksidan.
- Perlu dimasak di dalam minyak selama 15-20 minit untuk menaktifkan enzim yang merangsang sistem imunisasi badan kita.
- Bayam
- Kaya dengan nutrien, folate yang membantu menghasilkan sel-sel baru dan pembaikan DNA.
- Mempunyai serat, anti-oksidan seperti vitamin C.
- Teh
- Sarat dengan polyphenols dan flavonoids.
- Juga mengandungi anti oksidan yang akan mencari dan memusnahkan sel radikal bebas yang merosakkan.
- Sweet Potato
- Mengandungi anti oksidan beta carotene, untuk membantu membersihkan radikal bebas yang merosakkan.
- Mengandungi vitamin A yang dikaitkan dengan membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko kanser.
- Brocolli
- Asas makanan untuk immune-boosting.
- Penuh dengan nutrisi yang melindungi badan kita.
- Juga mengandungi vitamin A, C, dan gluthatione.
Mudahkan? Kebanyakannya ialah buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika disediakan dengan cara yang betul, anda pasti boleh mendapat khasiat yang diperlukan untuk menguatkan sistem ketahanan badan anda. So, pastikan anda mengetahui cara penyediaan yang betul untuk memastikan anda mendapat nutrisi yang mencukupi.
Jika anda rasa susah sangat nak mengamalkan pemakanan sebegini, anda boleh ikhtiar dengan mengamalkan supplement Shaklee yang membantu menguatkan sistem ketahanan badan kita. Dengan pengambilan yang consistent, anda pasti mendapat kesan positif.
Untuk makluman lanjut, anda boleh menghubungi KakMah. Juga untuk mendapatkan supplement ini.

