
Ketahui Info Tentang Pneumonia
Pernah dengar tak tentang Pneumonia? Pneumonia ialah jangkitan pada paru-paru yang boleh menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa dan sakit. Bermula dengan batuk, demam, dan pernafasan yang sukar. Pneumonia ini biasa kita dengar terjadi di kalangan bayi, kanak-kanak. Namun dewasa juga boleh mengalami masalah Pneumonia.
Pneumonia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria ke dalam paru-paru. Kebiasaannya, kita lebih cenderung terkena jangkitan kuman ini selepas kita mengalami masalah selsema. Selsema menyebabkan diri kita sukar untuk melawan jangkitan kuman. Justeru, lebih cenderung untuk mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia juga boleh berlaku sekiranya anda juga merupakan pesakit kronik seperti asma, penyakit jantung, kanser, kencing manis.
Apakah simptom Pneumonia?
- Batuk. Berkemungkinan batuk berkahak, yang mungkin berwarna kehijauan atau disertai darah.
- Demam.
- Pernafasan yang laju atau sukar untuk bernafas.
- Menggigil.
- Sakit dada, terutamanya bila batuk atau menarik nafas.
- Degupan jantung yang laju.
- Rasa amat letih dan lemah.
- Pening dan muntah.
- Diarrhea.
Namun begitu, simptom ini juga bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada seseorang. Ia mungkin tidak sama untuk sesetengah mereka.
Jika anak atau anda sendiri mengalami simptom Pneumonia ini, jangan tangguh lama, segera berjumpa dengan doktor anda. Sekurang-kurangnya, doktor akan memberikan anda antibiotic untuk melawan semula jangkitan kuman dan bakteria, penyebab Pneumonia itu. Jika keadaan anda bertambah teruk, anda perlu dimasukkan ke wad untuk pemantauan rapi dan pemeriksaan selanjutnya.
Bagaimana untuk mencegah dari Pneumonia?
- Dapatkan imunisasi secukupnya untuk kanak-kanak dan dewasa (vaksin pneumococcal).
- Dapatkan imunisasi influenza untuk mengelak daripada selsema.
- Jauhkan diri daripada mereka yang mengalami masalah selsema, measles, chicken pox.
- Kerap basuh tangan untuk hindari daripada jangkitan kuman.
- Amalkan pengambilan makanan yang sihat dan juga supplement.
- Nutriferon membantu meningkatkan fungsi interferon yang menghalang daripada jangkitan kuman dan bakteria.
- Garlic complex memberikan khasiat bawang putih, iaitu antibiotic semulajadi untuk sistem tubuh badan.
- Vitamin C mengandungi khasiat yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.
- Omega Guard mengandungi omega-3 yang juga dapat membantu mencairkan kahak, mengurangkan masalah selsema.
- Vita-Lea for Children adalah multivitamin yang lengkap untuk tumbesaran kanak-kanak.
- Meal Shakes juga adalah multivitamin yang membantu memberikan tenaga dan tumbesaran kanak-kanak.
Hubungi KakMah jika anda ingin mendapatkan supplement Shaklee untuk keluarga anda.
info daripada WebMD.

