Ibu Hamil,  Kehamilan

Coklat dan Ibu Hamil – Boleh atau Tidak?

Coklat dah tentu menjadi makanan favorite kanak-kanak. Dan tak lupa, yang dewasa pun gemarkan coklat. Tetapi pengambilan coklat perlulah dikawal, kalau tidak nanti berat badan pun meningkat. Betul? Lain pula ceritanya dengan ibu hamil. Bolehkah ibu hamil makan coklat? Apa kebaikan coklat untuk ibu yang sedang hamil? Kami ingin kongsikan dengan anda.
 Kandungan theobromine dalam koko, terutama di dalam coklat pahit (dark chocolate) dapat mengelakkan pre-eklampsia semasa hamil
Kandungan theobromine itu juga membantu meluaskan pembuluh darah dan dapat membantu melancarkan pengaliran darah ibu yang sedang hamil
Kajian membuktikan bahawa ibu yang gemar memakan coklat sepanjang kehamilan melahirkan bayi yang lebih sihat dan ceria
Coklat mengandungi flavanoid yang mengandungi anti-oksidan yang boleh menguatkan sistem imunisasi bayi dan juga ibu
Coklat pahit mengandungi anti-oksidan yang membantu menjaga kesihatan jantung ibu dan juga bayi
Oleh itu, jangan khuatir untuk makan coklat. Tetapi carilah coklat pahit (dark chocolate) yang ada pelbagai kebaikan. Selamat menempuh alam kehamilan dengan penuh kegembiraan!
Jom like page kami untuk lebih info kesihatan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *