Breastfeeding,  Diet,  Ibu Menyusu,  Kurang Berat Badan,  Kurus Cara Sihat,  Set Kurus,  Set Menyusu

7 Tips Kurus Lepas Bersalin

Benda pertama yang ibu risau sangat adalah kenaikan berat badan semasa hamil, dan bagaimana nak turunkan badan semula selepas bersalin. Sekurang-kurangnya hingga mencapai berat badan asal atau dapat berat badan yang lebih ideal (means lagi kurus daripada sebelum hamil).

Memang menjadi idaman setiap ibu yang ingin kelihatan kurus dan maintain, walaupun dah beranak-pinak. Nak jaga body, kata orang tu. Selain daripada untuk kelihatan lebih confident, cantik, maintain, sebenarnya memang penting untuk kita jaga/kawal berat badan kita selepas bersalin. Sebab, kita perlukan badan kita sihat untuk jalani rutin harian sebagai seorang ibu atau wanita bekerjaya.

Bila berat badan naik, ia boleh menyebabkan kita cepat penat, letih. Emosi kita juga mudah terganggu dan sangat sensitif. Setuju?

So, macam mana kita nak pastikan kita boleh kurus selepas bersalin? Apa boleh kita lakukan untuk mendapatkan berat badan ideal selepas kita selamat bersalin?

KakMah nak share dengan anda, 7 tips mudah yang anda boleh amalkan untuk bantu anda menurunkan berat badan anda dengan cepat selepas bersalin.

Tips 1: Breastfeeding

  • Tahukah anda, setiap kali ibu menyusukan anda, kalori dalam badan dibakar sehingga 500 kalori setiap sesi. Jika anda perasan, selepas bayi menyusu, kita rasa lapar. Itu menandakan kalori dalam badan kita dah dibakar. So, keep on breastfeeding. Ia bukan hanya baik untuk anda, tapi juga baik untuk perkembangan bayi.
  • Selepas breastfeeding, untuk elakkan anda makan banyak sebab rasa lapar, makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayuran.

Tips 2: Urus keperluan bayi

  • Sounds cliche kan, tapi benda ni sebenarnya juga boleh bantu kita mengurangkan berat badan. Especially ibu bekerja, time weekend tu, pulun jaga anak betul-betul. Start daripada anak bangun, mandikan dia, susukan dia, gantikan lampin. Nampak simple je, tapi ini pun adalah senaman mudah untuk anda.

Tips 3: Kerap turun naik tangga

  • Rasanya semua ibu pun tahu turun naik tangga ni adalah salah satu bentuk senaman mudah yang dapat bantu membakar kalori dalam badan kita. So, jika anda tinggal di rumah 2 tingkat atau di pangsapuri/kondominium ke, cuba anda jadikan rutin untuk turun naik ke rumah anda dengan menggunakan tangga, bukan lif.
  • Tak pun semasa anda di pejabat, pasti ada tangga kan? Gunakan tangga tersebut setiap hari. Ini cara paling mudah untuk anda buat senaman.

Tips 4: Bersenam dengan bayi

  • Jangan jadikan alasan ada bayi, menyebabkan anda tidak boleh melakukan senaman. Anda boleh continue buat aerobic, zumba, atau apa jua bentuk senaman mudah di rumah bersama dengan bayi anda. Anda boleh gunakan konsep baby wearing, supaya bayi anda sentiasa bersama dengan anda semasa anda bersenam.

Tips 5: Menguruskan rumah

  • Rutin wajib seorang isteri adalah menguruskan dan mengemaskan rumah setiap hari. Paling simple pun, mengemaskan tempat tidur, sapu dapur. Ini juga adalah salah satu senaman mudah yang anda boleh lakukan setiap hari.
  • Bila hujung minggu, anda boleh mop lantai, vacuum carpet, buat aktiviti berat sikit supaya lebih banyak kalori dibakar.

Tips 6: Buat senaman

  • Ada ibu malas nak buat senaman sebab risau baby bangun, risau bising. Apa ibu boleh buat ialah buat senaman semasa baby tidur. Biasanya baby tidur lama kan. Ambil kesempatan itu untuk buat senaman seperti tekan tubi, lari setempat. Buat senaman ikut kesesuaian diri anda. Jangan paksa sangat.

Tips 7: Banyakkan minum air

  • Ramai ibu, terutama ketika berpantang, sangat takut nak minum air banyak. Katanya nanti perut kembung. Tapi, badan kita ni, 70% adalah air. Anda perlukan air mencukupi setiap hari supaya sel dalam badan anda boleh bekerja dengan baik. Sebab itu, walaupun anda berpantang, anda perlu minum air secukupnya.
  • The best is, anda amalkan air suam. Bukan air sejuk atau bergula. Amalkan 8 gelas air suam setiap hari tau.

Semoga perkongsian KakMah kali ini dapat membantu ibu-ibu untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Paling penting adalah continue breastfeeding journey sebab ia adalah faktor paling membantu ibu untuk menurunkan berat badan.

Semasa kehamilan pertama, KakMah naik 10kg. Selepas bersalin, KakMah dapat menurunkan berat badan sehingga 20kg! 10kg lebih kurang daripada berat badan asal sebelum hamil. Seronok sangat. KakMah amalkan tips ini, juga mengamalkan pengambilan supplement Shaklee.

KakMah, 2015

Anda juga boleh mendapatkan supplement Shaklee ini untuk membantu memberikan tenaga pada anda, membantu mengawal emosi anda, membantu membakar lemak dengan lebih efficient, membantu detoks dengan lebih mudah, dan juga membantu anda untuk lebih sihat.

Selain nutrisi ini untuk anda sendiri, bayi juga mendapat khasiat yang sama untuk perkembangan diri mereka. Untuk tulang, minda, juga untuk kesihatan mereka.

Hubungi KakMah untuk mendapatkan supplement ini.

*Disclaimer*

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *