Kekeluargaan,  Muhasabah Diri

8 Sebab Kenapa Impian Sukar Untuk Dicapai

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita. In fact, dari kecil lagi kita dah ditanya, “Dah besar nak jadi apa?”. So, kita yang masa tu kecil lagi pun berfikir, “nak jadi apa eh?”. Mulalah pasang impian, angan-angan, cita-cita. Ada nak jadi doktor, cikgu, polis. Common pekerjaan yang biasa kita dengar kan? Hehe. Tapi sebenarnya, banyak sangat impian yang kita boleh impikan dan ia sebenarnya boleh menjadi kenyataan. Cuma, ada beberapa perkara yang buat kita tak rasa susah sangat nak capai impian tu. Nak tahu apa?

Tahu tak yang setiap kita ni dilahirkan untuk menjadi JUARA. Setiap hari kita diseru “Hayya Alal Falah” sebanyak 15 kali. Apa ertinya? Iaitu “Marilah Menuju Kejayaan”. Sebelum kita ni dilahirkan lagi, kita dah dilatih untuk jadi si juara. Tak percaya? Tahu kan dalam 120 juta sperma yang ayah kita pancarkan, hanya 1 (SATU) sahaja yang berjaya disenyawakan dengan ovum ibu kita. Kalau perkara tu tak berjaya, kita pun tak wujud. Betul tak? Itu bermakna kita ni memang dah ditakdirkan untuk berjaya dan menang.

Sebab itu, kita perlu yakin pada diri sendiri. Jangan rasa was-was. Sebab rasa ragu, was-was tu sebenarnya datang dari SYAITAN yang tak mahu lihat kita berjaya. Syaitan ni memang sejak azalinya tak nak tengok manusia ni berjaya. Sebab tu syaitan ni buat kita malas nak buat kerja, kerja pun sambil lewa, takde target. Bisikan syaitan ni sangat halus. Kadang kita tak perasan pun itu kerja syaitan.

Jadi, macam mana kita nak kenal pasti itu bisikan syaitan? Perkongsian ini dikongsikan oleh upline dan mentor KakMah. Dan KakMah nak kongsikan dengan pembaca blog KakMah pula. Semoga kita semua sentiasa beringat, kenal, nilai, dan kena LAWAN bisikan syaitan ni.

  1. Melemahkan jiwa untuk melangkah
    • Syaitan buat kita rasa takut, was-was, ragu-ragu, risau, dan segala macam perasaan negatif  untuk membuat keputusan dan untuk bertindak sebab takut apa kita lakukan tu adalah salah. Kita takut nak buat sebab takut tak jadi, kita takut nak mulakan sebab takut/risau dengan apa orang kata. Kita kata “tunggu masa sesuai”, “tunggu pandai”, “tunggu cukup modal”, dan banyak lagi sehingga akhirnya, kita tak buat apa pun. Itulah bisikan syaitan yang tak nak kita berjaya dan mereput je di takuk lama.
  2. Membuat kita beralih/teralih fokus
    • Kadang tu kita memang elok dah plan apa nak buat hari ini, minggu ni. Siap ada checklist lagi. Tapi tiba-tiba kita rasa, “ah. kejap lagi lah”, “banyak masa lagi ni”, “lepak la lu”, “rilek la, buat pe kalut”, “lambat lagi nak mati”. Kita pun dok bertangguh, dan akhirnya kita tak sedar masa berlalu. Dah tak sempat atau dah terlambat nak buat.
    • Sebab tu lah Rasulullah SAW suruh kita untuk selalu INGAT MATI. Cuba fikir, “Kalau aku MATI kejap lagi, apa akan JADI PADA ANAK-ANAK??”. Ingat, mati bukan setakat seksa kubur, api neraka. Tapi juga amanah yang kita tinggalkan di dunia. Sebab tu kita perlu sentiasa ingat yang kita mati bila-bila masa je. Supaya kita sentiasa bersemangat, buat kerja sunguh-sungguh, fokus, buat sampai jadi. Sebab tak nak bila kita mati nanti, kita SUSAHKAN ORANG LAIN yang tinggal. Kita kena prepare untuk mati. Prepare ni maksudnya bukan kena solat, mengaji, zikir tak henti-henti. Tapi prepare supaya kita tak susahkan orang.
    • Dan kita kena ingat, MAK AYAH kita yang semakin menginjak usia. Tak lama dah usia mereka tu. Bersediakah kita? Dah cukup sumbangan kita pada mereka tatkala mereka masih hidup ni? Allahu.
  3. Membataskan kemampuan diri
    • Kita dihidupkan untuk menjadi seorang yang berjaya, seorang juara. Tapi ada aje bisikan yang kata “aku tak pandai”, “aku tak cukup ilmu lagi nak buat”, “aku belum mampu lagi”, “aku tak boleh buat”. Akhirnya, kata “hidup biasa-biasa dan simple sudeh”.
    • Betul, hidup biasa-biasa, biar low profile. Tapi biarlah kita CUKUP APA YANG ADA sehingga kita tidak susahkan orang lain dan mengharapkan bantuan orang lain. Self-sufficient, tak perlu harapkan bantuan orang lain. Ada tabungan untuk masa depan, tak perlu bergantung pada orang lain. Itu baru “cukup apa yang ada”. Kalau sekadar cukup makan, takde simpanan, itu TAK CUKUP sebenarnya.
  4. Merendah-rendahkan diri sendiri
    • Memang jadi cita-cita syaitan dan iblis ni, tak nak manusia ni lebih dari dia. Diorg ni sebolehnya nak kita level lagi rendah dari dia tu. Sebab dia ni tahu, kita ni sebagai manusia dah memang tentu juara dan lebih bagus dari dia. Kan masa Allah suruh sujud pada Nabi Adam AS, iblis tak endah langsung. Sebab tu lah, sampai sekarang ni syaitan dan iblis suka bila kita merendah-rendahkan diri sendiri. Dia suka kita takde impian, takde target, mudah putus asa. So, kita kena bangkit. Jangan biarkan perasaan dalam diri kita ni dipengaruhi oleh syaitan dan iblis. Diri kita ni milik Allah. Jangan dihina ciptaan-Nya. Kita perlu jadi juara, pemenang.
  5. Membuatkan kita tidak bersyukur
    • Apa yang kita faham tentang bersyukur? Adakah dengan hanya mengucapkan “syukur, Alhamdulillah”, dah cukup menunjukkan kita dah bersyukur? Selain daripada kata-kata, kita perlu menggunakan anggota badan kita yang dikurniakan Allah ni dengan cara terbaik sekali. Tetapi, syaitan iblis ni suka buat kita ni malas nak bagi kita guna anggota badan kita ke arah kebaikan. Tangan yang boleh bekerja sebaiknya, kita gunakan untuk main game kat handphone, tekan remote tv. Telinga yang boleh mendengar pula, kita hanya gunakan untuk dengar lagu-lagu. Otak pun jadi malas nak berfikir dengan baik. Orang yang berjaya adalah orang yang menggunakan anggota badannya untuk sesuatu yang dapat memberikan faedah berganda. Seperti mendengar ceramah ilmu, mencari prospek (jika berniaga), dan sebagainya.
  6. Menangguh-nangguh masa
    • Satu benda yang sangat berharga dalam hidup kita ni adalah MASA. Masa ni cepat sangat berlalu. Syaitan ni suka buat kita mensia-siakan masa yang ada. Kita suka tangguhkan masa. Bila sedar dah terlewat, baru nak menyesal. Hat ni lah yang syaitan suka sangat. Cuba fikir, berapa lama dah kita hidup di dunia ni? Berapa banyak masa sebenarnya yang kita dah buang begitu sahaja? Allah.
  7. Lari dari tanggungjawab dan suka menyalahkan orang lain
    • Rasanya benda ni selalu berlaku, terutama bila kita tak dapat capai apa kita nak. “Aku jadi macam ni sebab mak bapak aku tak didik aku elok-elok”, “Aku jadi macam ni sebab dulu cikgu tak suka aku, suka marah-marah aku”, “Aku jadi macam ni sebab majikan aku berat sebelah”, “Aku jadi macam ni sebab upline aku tak coaching aku betul-betul, abaikan aku”. Sampai bila kita asyik nak menyalahkan orang lain, sedangkan sebenarnya setiap apa yang berlaku adalah kerana kelemahan diri kita sendiri. Allah dah beri sebaiknya dah pada kita. Allah dah beri akal fikiran untuk kita fikir mana yang baik, mana yang tidak. Jadi, kenapa kita nak salahkan orang? Cari kesalahan dalam diri kita dulu, kemudian perbaiki sepatutnya.
  8. Memberi keyakinan dan harapan palsu
    • Faham apa maksud memberi keyakinan atau harapan palsu ni? Maksudnya, kita dah siap sedia dah nak buat sesuatu di luar jangkaan, luar daripada apa kita biasa buat sebelum ni. Tapi, tiba-tiba kita jadi takut, lepas tu fikir “ish. takde pengalamanlah”, “tak cukup ilmu lagi ni”, macam-macamlah. Perlu ke semua benda kena ada pengalaman dan ilmu dulu. Cuba fikir, time awak nak kahwin dulu, ada tak fikir tentang pengalaman, ilmu. Time nak beranak, ada fikir gitu? Takde kan? Jadi, kenapa bab lain, kena ada pengalaman dan ilmu dulu. Pengalaman perlu dicari, takkan datang bergolek sendiri. Tak mulakan, macam mana nak dapat pengalaman?

Jadi, kita perlu lebih bijak daripada syaitan iblis ni. In fact, memang kita lebih bijak daripada diorg. Jadi, kenapa dengar sangat bisikan syaitan ni? Bila timbul rasa macam tu dalam diri, cepat-cepatlah istighfar dan lawan. Ada masanya, syaitan ni pandai masuk unsur agama gak tau. Jangan terpedaya. “Buat apa kau nak cari duit lebih macam ni, bukan boleh bawa mati pun. Biasa-biasa je lah, asalkan masuk syurga”. Pandai kan syaitan iblis ni. So, kita yang bijak ni kena lagak bijak.

Ingat, kita diciptakan untuk BERJAYA. Layakkah kita untuk lawan Pencipta kita? Dunia ini terlalu banyak nikmat dan semua ini adalah untuk kita, manusia. Allah ciptakan tumbuhan, haiwan, mineral, minyak, angin, air, dan sebagainya untuk kita, manusia. Allah berikan semua tu untuk kita guna dengan baik. Al-Quran juga diturunkan untuk semua umat.

Sekarang, tanya pada diri sendiri.

  • Adakah aku telah tunjukkan pada Allah, Penciptaku bahawa aku adalah seorang juara?
  • Adakah aku telah menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan ini?
  • Adakah aku telah melakukan sesuatu yang dapat memberikan faedah yang besar kepada umat manusia?

atau……

  • Adakah aku memberikan hasil yang biasa-biasa sahaja atau tak pernah hasilkan apa-apa?
  • Adakah aku menjadi beban kepada orang lain?
  • Adakah aku hidup untuk lunaskan bil, hutang dan kemudian mati sahaja?

Naudzubilllah. Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan di bawah tu.

Maka, beringatlah. Jangan kita kecewakan Allah. Jangan rasa was-was, ragu-ragu untuk berjaya. Kita memang dilahirkan untuk berjaya. Maka, usahalah sebaiknya. Lawan bisikan syaitan iblis yang tak mahu lihat kita berjaya. Kerana bisikan itulah yang menghancurkan impian kita.

Jom bersama menuju kejayaan.

Dipersilakan share jika bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *