-
Rahsia Kulit Muka Breakout Kembali Cantik
Di pasaran tempatan sekarang, begitu banyak jenama skincare dihasilkan. Especially produk local, dihasilkan (atau dijenamakan) oleh orang Malaysia sendiri. Namun, kita sendiri tidak pasti samada skincare tersebut ada kajian dan selamat digunakan, atau sebaliknya. Dilambakkan dengan pelbagai “testimoni”, maka ramai tergoda untuk mencuba produk tersebut, tanpa berfikir samada adakah skincare ini tidak mengandungi bahan kimia? Adakah skincare ini sesuai dengan jenis kulit anda? Kulit kita ni ada pelbagai jenis. Ada yang kulit berminyak, berjerawat, ada juga yang mempunyai masalah kombinasi kulit. Jadi, penting untuk kita tahu jenis kulit muka kita supaya kita dapat memilih skincare yang bersesuaian. Pernah tak anda mengalami masalah kulit muka breakout akibat salah penggunaan skincare? Kulit…
-
5 Steps Untuk Kenal Jenis Kulit Wajah
Ada kalanya, bila kita nak cari skincare ataupun supplement yang sangat sesuai dengan kulit kita, kita tak tahu macam mana nak beritahu pada consultant atau distributor atau salesgirl tentang masalah kulit yang kita alami. Kulit wajah kita ni ada pelbagai kategori / jenis kulit. Penting untuk kita tahu sendiri jenis kulit kita supaya mudah untuk kita mencari produk bersesuaian. Paling biasa kita dengar ialah kulit kering, kulit berminyak, atau pun kombinasi kulit kering+berminyak. Bagaimana kita nak tahu jenis kulit kita ni macam mana? KakMah nak share dengan anda 5 steps untuk anda kenal pasti jenis kulit wajah anda. Step ini anda boleh buat di rumah, senang sahaja. Step 1: Cuci…
-
Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering
Ramai di antara kita mengalami masalah kulit kering, terutamanya jika sentiasa berada dalam persekitaran yang sejuk seperti bilik penghawa dingin, tahap kelembapan tinggi. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Ada beberapa tips boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Antaranya ialah minum banyak air, pakai masker, jaga pemakanan, dan pemilihan skincare yang betul. Bila sebut tentang skincare ni, KakMah harap, anda semua tidak terpedaya untuk membeli regimen skincare di pasaran hanya kerana iklan da-bomb. Tapi pastikan skincare yang anda gunakan adalah semulajadi dan selamat daripada bahan kimia berbahaya. Supaya kulit anda tidak bertambah rosak akibat penggunaan skincare yang salah. Kekurangan nutrisi di dalam badan adalah antara penyebab…
-
Tips Atasi Masalah Kulit Kering
Selain daripada masalah kulit berminyak, salah satu masalah kulit yang sering dialami oleh orang Malaysia adalah kulit kering. Masalah kulit kering sering berlaku terutama pada mereka yang bekerja di ruang pejabat. Penggunaan penghawa dingin menyebabkan suhu yang rendah dan kelembapan di ofis menyebabkan kulit menjadi kering. Masalah kulit kering bukan hanya terhad pada kulit muka, malah juga boleh terjadi di mana-mana anggota badan seperti tangan, lengan. Faktor terjadinya kulit kering Kurang minum air Faktor genetik Faktor usia Keadaan cuaca Penggunaan skincare yang salah Gangguan kesihatan Adalah tidak mustahil untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Yang penting, anda fahami dulu apakah penyebab kulit anda menjadi kering, dan cuba atasinya. KakMah kongsikan…
-
Masalah Eczema – Simptom dan Tips Mengurangkan
Selalu kan dengar tentang masalah eczema ni? Eczema adalah masalah berkaitan dengan kulit, dimana kulit keradangan dan iritasi. Kulit menjadi kering, kemerahan, gatal-gatal, ada juga yang seakan kulit pecah. Masalah eczema ni boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Ada beberapa jenis eczema tapi yang paling biasa terjadi ialah atopic dermatitis atau atopic eczema. Atopic bermaksud penyakit yang boleh diwarisi dan boleh mencetuskan alahan lain seperti asma, demam. Ada beberapa situasi yang boleh trigger eczema ni untuk terjadi seperti stress, panas, berpeluh, kulit kering, terlalu sejuk, atau mungkin terdedah kepada persekitaran yang boleh mengakibatkan iritasi seperti kayu, kain synthetic, sabun. Ketahui Simptom Eczema Kulit kering, gatal, kelihatan seperti kulit tebal dan…