Kehamilan,  Kekeluargaan,  Kesihatan Wanita,  Kisah Seorang Ibu,  Set Berpantang

Infographic: Senarai Barang Keperluan Untuk Bersalin di Hospital

Senarai ni sebenarnya dah lama bertakuk kat KakMah punya folder, tapi lupa nak up kat blog. Haha. Asalnya, sebab cerita masa KakMah bersalinkan anak kedua September tahun lepas. Banyak benau barang lupa, especially barang baby. Mujurlah ada ibu lain bagi pinjam. Adei. Segan KakMah. Padahal anak kedua, tapi boleh lupa segala benda. So, KakMah fikir nak share kan dengan ibu-ibu di luar sana, yang tengah tunggu masa nak bersalin tu, bolehlah check dalam senarai ni, dah cukup belum barangnya. Kalau tak cukup, boleh terus g beli tau. Rasanya banyak expo baby dalam masa terdekat ni. Bolehlah shopping. Yeay!

Senarai ni, ibu-ibu boleh sesuaikan dengan keadaan masing-masing. Sekiranya dijangkakan bersalin secara caesarean (pembedahan), jadi keperluan seperti baju, seluar dan sebagainya tu perlulah lebih. Dan suami pun perlu standby keperluan asas sendiri, sekiranya boleh jaga isteri di hospital. Selalunya, hospital kerajaan memang tak boleh tunggu. Kalau hospital swasta tu, in shaa Allah, husband memang boleh tunggu. Cuma mungkin tengok juga jenis wad macam mana. Kalau sharing, mungkin tak kot. Boleh survey dulu di hospital yang anda jangkakan ingin bersalin.

Pastikan anda telah pun menyiapkan barang-barang ini seawal trimester ketiga, iaitu 28 minggu. Masa ni, BEG BERSALIN tu dah ada dan dah lengkap. Beg ni juga dah kena letak siap-siap dalam kereta yang akan bawa ibu ke hospital nanti. Kalau letak beg dalam kereta lain, g hospital bawa kereta lain, nanti haru juga jadinya kan? So, jangan berlengah. Sebab kita tak tahu bila baby ni nak keluar. Anytime je boleh “meletup”.

Paling asas, ibu kena pastikan barang PENTING ni jangan dilupakan ya.

  • Buku pink / buku pemeriksaan semasa hamil
  • Kad pengenalan
  • Surat GL dari Majikan (jika ada)

Barang keperluan lain, KakMah kongsikan melalui infographic ini.

  1. Untuk Ibu
    • Baju yang selesa dipakai, terutamanya untuk menyusukan anak.
    • Kain batik ataupun skirt yang selesa dan tak panas.
    • Stokin tebal untuk elakkan angin masuk ke dalam badan.
    • Selipar bersesuaian untuk ke tandas dan untuk pulang ke rumah.
    • Maternity pad (KakMah suka beli Pureen tu. Tebal dan selesa. Maklumlah, darah nifas memang banyak keluar selepas bersalin).
    • Nursing bra dan nursing pad untuk memudahkan ibu menyusukan anak.
    • Keperluan mandi ni jika perlu. Kebiasaannya, kalau bersalin normal, esoknya dah boleh balik. So, tak perlu mandi di hospital dulu.
    • Seluar dalam bawa lah lebih.
  2. Untuk Baby
    • Pampers ni penting sebab kita tak jangkakan berapa kali baby berak atau kencing.
    • Bawa baju bersesuaian (2-3 pasang). Selalunya di hospital, mereka bagi baju hospital. Jadi, siapkan baju untuk bawa baby balik je.
    • Mittens and booties untuk pastikan baby tak sejuk.
    • Kain bedung ni wajib.
    • Kain barut untuk perut baby tak kembung.
    • Wet tissue in-case kalau baby berak dan nak tukar pampers.
    • Topi baby pun bawa sebab cuaca panas, terutama masa nak bawa baby balik.
    • Minyak telon untuk perut baby, tapak kaki baby. KakMah suka jenama Mustika Ratu. Wangi bau dia.
  3. Lain-lain keperluan
    • Thermos untuk simpan air panas/suam di katil.
    • Air masak secukupnya.
    • Kurma untuk bantu memberikan tenaga.
    • Cawan, pinggan, sudu.
    • Bawalah biskut bersesuaian untuk alas perut.
    • Bawa minuman 3 in 1 seperti Milo, Horlicks, Nestum.
    • Charger telefon.
    • Supplement untuk ibu berpantang yang membantu memberikan ibu tenaga, mempercepatkan proses pemulihan luka bersalin.

 

Bolehlah buat senarai semak sekarang. Pastikan semua ada dan mengikut keperluan tau. Siapkan beg bersalin tu. Jangan tunggu last minit.

Jika inginkan supplement Shaklee yang memang best sangat untuk ibu berpantang, boleh juga dapatkan daripada KakMah ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *