-
Promosi Raya 2019
Alhamdulillah, raya sudah. Maaf KakMah lambat pula update apa promosi bulan ni. Hehe. Busy sikit, disebabkan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidup kami. Kehilangan Ayah tersayang pada hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan, 31 Mei 2019. Sangat terkesan kehilangan itu. Al-Fatihah untuk arwah Ayah. Ok, tak nak cerita panjang. Sebab uolls mesti dah tak sabar nak tahu apa promosi sepanjang bulan Jun ni kan. Bulan kelahiran KakMah tau. Hehe. Selain promosi sepanjang bulan, promosi Flash Sales pun ada. Hanya untuk 8 hari sahaja, bermula 19 Jun sehingga 26 Jun. So, wajib grab ni sebab sangat murah. Promosi Omega Guard & Zinc Plus Bila dah raya ni, confirm lah semua pun…
-
Kenal Shaklee Sebab Ikhtiar TTC
Setiap orang menginginkan zuriat selepas mendirikan rumahtangga dengan pasangan. Setuju? Walaupun ada pasangan yang “merancang”, namun pastinya keinginan untuk mendapatkan zuriat itu tetap ada. Sebab memang dah lumrah berpasangan, berumahtangga, kehadiran zuriat adalah sesuatu yang dinanti-nantikan. Namun begitu, bukan semua pasangan diizinkan Allah untuk memperoleh zuriat dalam waktu yang singkat selepas berkahwin. Ada yang perlu menanti setahun, 5 tahun, 10 tahun, lebih 20 tahun pun ada juga. Allah mengizinkan sesuatu itu apabila Allah tahu kita telah pun bersedia untuk menerimanya. Tapi, tidaklah bermaksud, kita perlu duduk sahaja dan tunggu kan. Perlulah sentiasa berusaha dan jangan pernah putus asa dengan keajaiban Allah. Pernah Gugur Pengalaman KakMah sendiri, KakMah pernah mengalami masalah…
-
Punca Letih dan Mengantuk. Bagaimana Atasi?
Pernah tak kita mengalami masalah rasa terlalu penat, mengantuk. Padahal tidur cukup dah 8-10 jam setiap malam. Rasanya malam takde la kena berjaga atau tidur tak lena. Kebiasaannya kalau wanita, terutama baru ada baby tu, fahamlah kenapa letih. Sebab setiap 2 jam mesti kena bangun nak menyusukan anak. Betul? Tapi yang bujang, lelaki, kenapa masih rasa keletihan dan mengantuk yang melampau di siang hari? Kadang tu sampai tertidur kat meja di ofis sebab mengantuk sangat. Tengah khusyuk buat kerja pun, boleh rasa letih teramat sangat. Kenapa begitu? Adakah ia kebetulan atau ada sebab kesihatan tertentu yang anda tidak tahu? Sebab 1: Tak cukup tidur Dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur…
-
Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki
Menurut kajian, 1 daripada 10 pasangan mengalami masalah kesuburan. Namun, masalah ini bukan sahaja berpunca daripada masalah kesuburan wanita. Malah, 4 daripada 10 masalah tersebut boleh disebabkan oleh faktor tahap kesuburan lelaki. Mungkin ramai tidak menyedari akan hakikat ini dan tidak bertindak dengan sepatutnya selepas sekian lama berkahwin dengan pasangan mereka. Pasangan yang telah bernikah lebih dari 12 bulan, digalakkan untuk melakukan pemeriksaan selanjutnya bersama dengan pakar. Pemeriksaan ini perlulah dilakukan bersama, iaitu suami dan isteri. Dari pemeriksaan ini, pakar boleh mencadangkan rawatan yang terbaik untuk membantu anda meningkatkan kebarangkalian untuk hamil. Tahap kesuburan lelaki terdiri daripada 3 kategori: Bilangan sperma sangat rendah berbanding normal Pergerakan sperma yang perlahan Bentuk…
-
Ambil Tahu: Rheumatoid Arthritis (RA)
Pernah dengar tentang Rheumatoid Arthritis atau perkataan singkatnya ialah RA? Ia merupakan salah satu kondisi sistem imun iaitu “autoimmune disorder”, dimana terjadinya keradangan pada lapisan sendi. RA juga boleh menjejaskan kesihatan kulit, mata, paru-paru, jantung, darah, dan juga saraf. Simptom RA ada kalanya terjadi dan tidak, namun jika tidak dirawat dengan cepat dan pantas, ia boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan seseorang itu. Simptom RA Keradangan sendi yang berpunca daripada RA, menyebabkan seseorang itu mengalami rasa sakit, hangat, dan bengkak pada bahagian sendi. Keradangan yang bersifat simetri, iaitu berlaku pada kedua-dua bahagian pada masa yang sama seperti pergelangan tangan, lutut, atau tangan. Sendi kaku terutama pada waktu pagi atau selepas beberapa…