Kehamilan,  Kesihatan Wanita,  Kesuburan

Tips Untuk Mengesan Waktu Subur Anda

Salah satu tips untuk meningkatkan kebarangkalian kehamilan adalah bersama dengan suami anda sewaktu anda dalam tempoh subur. Ini kerana telur isteri hanya bertahan selama 24 jam sahaja. Oleh itu, penting untuk anda mengetahui dan mengesan bilakah waktu subur anda. Kami akan share dengan anda tips untuk mengesan waktu subur anda.
PERHATIKAN PERUBAHAN MUKUS SERVIKS ANDA
Mukus serviks anda akan berubah, terutama apabila sampai masa untuk subur. Pada awalnya, mukus serviks anda adalah melekit atau tiada. Apabila tiba tempoh anda subur, mukus serviks anda akan lebih banyak dan berbentuk seperti putih telur yang mampu meregang sehingga 1 inci atau lebih. Kerap bersama dengan suami apabila mukus serviks anda berubah seperti dinyatakan.
PERUBAHAN SUHU TUBUH BASAL ANDA
Suhu Tubuh Basal (BBT) akan meningkat apabila tibanya waktu subur anda. Ini kerana hormone progesterone mula hadir dan meningkat sejurus selepas tempoh pengovulan berlaku. Ambil suhu badan sejurus selepas bangun pagi, sebelum anda ke tandas. Anda akan mendapat satu bentuk carta apabila anda terus memantau BBT anda setiap bulan. Oleh itu, anda boleh menjangkakan bilakah waktu subur anda.
KEINGINAN SEKS MENINGKAT
Menurut kajian, wanita mempunyai keinginan seks yang tinggi dalam tempoh subur. Kebiasaannya, keinginan ini meningkat beberapa hari sebelum pengovulan. Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk melakukan seks jika ingin hamil. Namun, jangan terlalu stress. Kerana stress boleh mengganggu kesuburan anda.
PAYUDARA LEMBUT
Segelintir wanita mengalami tanda payudara lembut sebelum ovulasi. Ia adalah kerana hormon dalam badan sedang bersiap sedia untuk kehamilan yang mungkin terjadi. 
PERUBAHAN KEDUDUKAN SERVIKS
Kedudukan serviks anda juga akan berubah apabila tiba tempoh subur. Apabila telah tiba waktu subur, kedudukan serviks anda akan lebih tinggi, lembut, dan terbuka.
GUNAKAN UJIAN PETUNJUK KESUBURAN
Dapatkan kit ujian petunjuk kesuburan yang dipasarkan di farmasi. Kaedahnya sama seperti Pregnancy Test Kit. Seminggu sebelum anda menjangkakan tempoh kesuburan anda, anda boleh melakukan ujian urin sekali sehari, pada waktu yang sama, untuk mengenalpasti bilakah waktu subur anda.
Itu sahaja tips yang kami kongsikan untuk anda. Cari tips yang bersesuaian dengan anda, in shaa Allah, anda dapat mengetahui bilakah waktu subur anda. 
Kami doakan agar anda berjaya hamil. Ameen. 
Dapatkan SET KESUBURAN SHAKLEE untuk meningkatkan lagi tahap kesuburan anda. Anda juga boleh beli secara online di LINK ini! Hubungi kami untuk dapatkan consultation percuma jika menjadi customer kami.
———————————————————
Puan Shima (SID # 885670)
msg/whatsapp: 0196972866
pm fb:
Pengedar Shaklee di Seremban / Damansara
———————————————————

****

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *