
5 Cara Untuk Tahu Waktu Subur (Wanita)
Selain ikhtiar dengan menjaga pemakanan seimbang, menjaga kesihatan, adalah penting untuk isteri tahu bilakah waktu yang sesuai untuk bersama. Atau pun, juga dikenali sebagai “waktu subur”.
Salah satu usaha untuk hamil adalah dengan mengetahui bilakah waktu subur. Sesetengah wanita tak perlu tahu pun bila waktu subur, mudah untuk hamil. Alhamdulillah, rezeki buat mereka. Tapi sesetengah wanita yang mungkin lambat memperoleh zuriat, perlu tahu bilakah waktu subur. Wanita hanya subur selama 24 jam (1 hari). Dan peratusan untuk hamil sangat tinggi pada waktu subur, berbanding dengan waktu-waktu lain. Ini kerana masa subur ni lah, ovum isteri telah matang dan bersedia untuk disenyawakan.
- Pertama perlu tahu samada kitaran haid anda normal atau sebaliknya. Normal period cycle adalah 28 hari. Ada juga yang 29, 30.. Asalkan setiap period cycle tu tempoh nya sama, maka ia dikira normal. Tapi kalau bulan ni 28, bulan depan 31, bulan berikutnya 27, itu dikira tidak normal dan amat sukar untuk ketahui bila waktu subur. Jadi, amat penting untuk anda merekodkan bila waktu anda mula period dan habis period. Rekodkan dalam smartphone ke, rekod kat calendar peribadi ke. Asalkan consistent rekod setiap kali datang period. Sekurang-kurangnya untuk 3-5 cycle.
- Perubahan suhu badan juga boleh menjangkakan bilakah waktu subur. Kebiasaannya, bila dah 2-3 hari tamat tempoh ovulasi (subur), suhu badan akan meningkat 0.4 – 1.0 °C dalam bacaan BBT anda. BBT ni ialah “Basal Body Temperature”. Setiap pagi, sebelum anda duduk atas katil, ambil suhu badan anda. Seeloknya guna Basal thermometer, dimana ia lebih sensitif terhadap perubahan suhu badan setiap minit. Setiap hari, pada waktu yang sama, sebelum anda duduk di atas katil (atau terus bangun ke toilet), ambil dulu suhu badan anda dan catatkan pada BBT chart (contoh seperti di bawah). Bulan pertama mungkin tak berapa membantu sebab BBT hanya nampak bila dah subur, tapi jika anda consistent amalkan untuk 3-4 bulan, anda akan nampak pattern dan boleh menjangkakan waktu subur anda.
-
sumber dari: http://www.babycenter.com/0_blank-bbt-chart_7069.bc
-
- Pantau cervical mucus (CM) anda. CM ni adalah lendiran yang keluar di bahagian vagina. Pantau tahap kelekitan, warna, kuantiti setiap kali period cycle anda. Bermula daripada 3-4 hari selepas tamat tempoh period anda, anda boleh mula merasakan ia sedikit kering. Semakin dekat dengan tempoh ovulasi, CM anda akan semakin melekit, jernih (macam telur putih tu). Catatkan kondisi CM anda setiap bulan, dan anda boleh jangkakan bilakah waktu subur anda.
- Macam ujian pregnancy, ada pregnancy kit. Sama juga dengan ujian ovulasi, ada juga ovulation kit. Anda boleh dapatkan di mana-mana farmasi. Ada yang jual banyak, ada yang jual satu-satu. Kalau dapat yang banyak lagi jimat, sebab ujian ovulasi ni kena buat setiap hari pada waktu yang sama bermula daripada hari ke-10 period cycle, sehinggalah anda “jumpa” positif ujian ovulasi. Sebaiknya, lakukan ujian ovulasi bermula jam 12 – 6 petang. Setiap hari, pada waktu sama. Kalau jam 2 tengahari, setiap hari anda buat ujian ovulasi pada jam 2 tengahari. Bila positif, anda digalakkan untuk bersama suami anda pada malam tersebut atau malam keesokannya.
- Zaman canggih ni, ada banyak aplikasi yang memantau kesemua 4 perkara di atas di dalam smartphone kita. Anda boleh search dan install aplikasi tersebut dan catatkan BBT anda, CM anda, perubahan pada diri anda ke dalam aplikasi tersebut. Aplikasi itu akan bantu anda untuk menjangkakan bilakan waktu anda subur. Seperti cara yang lain, consistent untuk catatkan perubahan anda selama 2-3 bulan untuk dapatkan waktu subur yang tepat.
Semoga berjaya, semua. Ingat, jangan sesekali putus asa. Sentiasa berdoa pada Allah, Dia akan membantu kita. Yakin akan ketentuan Allah. Dia sebaik-baik perancang. In shaa Allah… amiin..
Jika ingin ikhtiar dengan supplement Shaklee, anda boleh hubungi ummi. In shaa Allah, ummi akan bantu.


One Comment
Pingback: