#tsunamishaklee,  Kekeluargaan,  Kesihatan,  Panduan Kesihatan,  Tips

Tips Untuk Recharge Diri

RELAX, RECHARGE, REFOCUS

Kita ni manusia biasa. Kadang-kadang memang sampai masanya kita rasa letih sangat. Penat sampai boleh timbul rasa “malas” nak buat apa-apa. Betul tak? Tapi, cuba kita fikir balik, perlu ke kita layan rasa penat, letih, malas, down kita tu berhari-hari, berminggu-minggu? Kalau asyik layan, memang tak kemana lah kita ni kan. Sama juga la dengan KakMah. Ada masanya, rasa penat sampai nak menangis je. Rasa nak jerit kuat-kuat bagi keluar rasa “serabut” dalam kepala, badan KakMah ni.

Pernah tak rasa macam tu? Kalau pernah, KakMah nak share sedikit tips untuk recharge semula diri kita ni supaya boleh kembali fokus pada kerja, tanggungjawab, dan target kita.

  1. Solat
    • Solat wajib memang tak boleh tinggal. Itu tanggungjawab kita sebagai umat Islam.
    • Cuba amalkan juga solat sunat lain seperti solat Dhuha, Tahajjud, Istikharah, Hajat. Minta pada Allah, mohon ditenangkan hati dan dipermudahkan segala urusan kita dan dapat capai target yang kita inginkan.
  2. Relax
    • Tarik nafas dalam-dalam, tenangkan hati, rilex.
    • Fikir semula kenapa kita pilih jalan ni. Kenapa kita nak sangat buat benda ni sampai jadi. Ingat “big why” dan “push factor” yang membuatkan anda ambil keputusan untuk buat semua ni.
  3. Staycation
    • Selalu dengar vacation je kan? KakMah nak introduce perkataan baru iaitu “staycation”.
    • Tak perlu pergi jauh sampai kena drive 3,4 jam. Tak perlu naik flight.
    • Cari je hotel berdekatan dengan rumah, stay semalam.
    • Staycation dapat buat kita rehat, ceburi environment dan routine lain daripada biasa.
  4. Keluar
    • Kalau tak boleh nak staycation, at least keluar rumah.
    • Buat sesuatu di luar routine harian kita. Contoh seperti beriadah ke, panjat gunung ke, mandi pantai ke, or at least jalan di taman.
  5. Exercise
    • Senaman juga dapat membantu kita relax sebab keluar peluh, badan rasa ringan.
    • At least, buat senaman ringan. 20 minit sehari. Naik tangga pun kira senaman tau.

Ingat, RELAX, RECHARGE, REFOCUS.

Bila kita dah recharge, lebih mudah nak fokus semula pada apa kita nak buat. Time kerja pun kalau rasa dah serabut sangat tu, relax jap, istighfar, zikir dan continue balik buat kerja. In Shaa Allah, kerja anda jadi lebih mudah dan cepat siap. Boleh la balik sharp. Hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *