Kekeluargaan,  Kesuburan,  Panduan Kesihatan,  Tips

Tips untuk Mudah Hamil – Fahami Ovulasi dan Kesuburan

Sebenarnya, sebelum kita betul-betul bersedia untuk hamil, kita perlu fahamkan dulu tentang konsep ovulasi dan kesuburan wanita, terutamanya. Terutama bagi mereka yang mungkin ada masalah lambat hamil, sukar hamil. Jika kita tak faham konsep sebenar ovulasi dan kesuburan ni, memang sukar kita nak jangka bila sebenarnya waktu ovum kita mudah disenyawakan dengan sperma suami.

Tempoh Period

Benda paling kena buat dan ambil tahu ialah period cycle kita setiap bulan. Tetap atau tidak. Period cycle ni bermula daripada hari pertama sehinggalah ke hari pertama cycle seterusnya. Contoh, 30 March anda datang period dan ini adalah hari pertama. Kemudian 30 April, anda datang period sekali lagi. Jadi, tempoh period anda adalah daripada 30 March sehingga 29 April iaitu 31 hari.

Tempoh Ovulasi

Biasanya tempoh period yang normal adalah antara 28 – 35 hari. Ovulasi terjadi pada minggu kedua, iaitu sekitar hari ke 11 hingga 21 dalam cycle tu. Masa ni, ada hormon luteinizing hormone (LH) keluar, untuk melepaskan ovum yang hampir matang. Dalam masa yang sama, cervical mucus jadi semakin licin untuk membolehkan pergerakan lancar sperma kepada ovum.

Perfect Timing

Kita ni ada ada 1 hingga 2 juta ovum, tapi hanya 300 – 400 sahaja dilepaskan semasa proses ovulasi. Normal is sebulan sekali. Kesuburan wanita ni hanyalah 24 jam sahaja. Bila ovum dilepaskan dari tube fallopio ke uterus, masa ni lah sperma berjuang untuk bertemu dengan ovum, sebelum ovum sampai ke uterus. Jika dalam tempoh 24 jam ini ia tidak disenyawakan, ovum keluar dari ovari dan terlarut (dissolves). Kena faham juga, sperma hanya bertahan 3-5 hari sahaja. So, kena tahu bila waktu subur untuk plan sebaiknya.

Ketahui bila Waktu Subur

Terbaik adalah bersama dengan pasangan 1-2 hari sebelum tempoh subur. Kitaran yang normal iaitu 28 hari, boleh menjangkakan waktu subur ialah hari ke-14. Plan bersama dengan pasangan anda selang 1,2 hari. Jika bersama setiap hari boleh melemahkan kuantiti sperma. Jika kitaran period tidak normal, kena keep track kitaran haid beberapa bulan dan buat test.

Track waktu Subur dengan Ukur Suhu Badan

Bila badan kita dah lepaskan ovum, hormon progesterone muncul untuk membina dan mengekalkan lapisan uterus yang bersesuaian. Ini menyebabkan suhu badan sedikit meningkat. Ambil suhu badan anda dengan basal thermometer setiap pagi, sebelum anda bangkit daripada katil. Rekod suhu anda setiap cycle. Anda boleh menjangkakan bila waktu subur anda.

Ovulation Test

Bukan hanya ada pregnancy test tau. Ovulation test pun ada. Caranya sama seperti pregnancy test. Lonjakan LH menandakan ovari nak melepaskan ovum. Kebiasaannya, hal ini berlaku 36 jam sebelum ovum dilepaskan. Lakukan ovulation test setiap hari pada waktu yang sama untuk check LH. Mulakan 3-4 hari selepas period anda tamat.

Berat badan Ganggu Kesuburan

Kajian menunjukkan wanita yang mengalami masalah obestiti, dimana BMI nya lebih daripada normal mengambil masa 2 kali ganda lebih lama dari average wanita normal. Kurangkan berat badan anda sebanyak 5-10% dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan. Opss, kurang berat badan pun ada risiko tau. So, cuba dapatkan berat badan ideal.

Faktor Usia

Tahap kesuburan semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat. Terutama bila dah mencecah pertengahan 30-an. Jika anda berumur kurang daripada 35 tahun dan telah ikhtiar hamil selama 12 bulan tapi belum ada rezeki, segera berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan lanjut. Jika lebih daripada 35 tahun dan usaha lebih daripada 6 bulan, rujuk pakar segera.

Lelaki juga ada tahap kesuburan tersendiri. Dan, ia juga boleh berkurangan apabila usia meningkat. Jadi, jika dah berusaha lebih dari 6-12 bulan, buat pemeriksaan lanjut dengan pakar.

Bagaimana Lelaki boleh Tingkatkan tahap Kesuburan?

  • Tangani stress
  • Jauhi alcohol, rokok
  • Dapatkan berat badan ideal
  • Makan makanan seimbang yang kaya dengan zinc, selenium dan vitamin E
  • Kurangkan atau elakkan sauna, hot baths sebab boleh mengurangkan kuantiti sperma

5 Petanda anda Hamil

  • Lewat datang period
  • Kerap membuang air kecil
  • Mudah penat
  • Mual di pagi hari
  • Payudara membesar dan lebih sensitif

Jangan khuatir jika anda lewat hamil. Orang putih kata, “go with the flow”. Jangan terlalu berfikir, teruskan berdoa. Kadang tu, Allah memang uji kita. Ingat, Allah berikan kita sesuatu apabila Allah tahu kita boleh dan bersedia mendapatkannya. Sentiasa bersangka baik, sentiasa positif. In shaa Allah, rezeki itu akan datang.

Anda juga boleh ikhtiar dengan mengamalkan set kesuburan Shaklee. Set ini untuk suami dan juga isteri.

SUAMI

  • Vitamin E untuk membantu menyokong pengeluaran sperma yang berkualiti serta membantu mencegah daripada kerosakan sperma.
  • CoQ-Trol Plus untuk membantu meningkatkan mobiliti sperma dan juga kualiti sperma, serta dapat meningkatan kuantiti sperma.

ISTERI

  • B complex lengkap dengan asid folic, serta dapat membantu mengawal stress.
  • GLA complex membantu menstabilkan hormon dan menghasilkan lendir serviks yang bantu meningkatkan kesuburan.

Hubungi KakMah untuk mendapatkan set kesuburan Shaklee anda. KakMah ada pengalaman 3 tahun ttc. Alhamdulillah, kini telah mempunyai 2 cahaya mata, pinjaman Allah. Asbab amalkan supplement Shaklee, KakMah hamil. Dan masih setia mengamalkannya sehingga sekarang.

*Disclaimer*

sumber daripada WebMD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *