Jerawat,  Masalah Kulit,  Penjagaan Kulit,  Set Kecantikan

Tips Untuk Menghilangkan Jerawat

Tidak! Stress tak bila bangun pagi, tiba-tiba jerawat muncul kat muka. Kadang satu, kadang 2 terus naiknya. Aduh! Geram pun ada juga kan? Dah lah hari ni nak jumpa client, ada meeting sini sana, tapi jerawat kadan tu betul-betul dekat tengah dahi. Sememangnya menjadi fokus pada orang yang kita sedang bercakap. Rasa segan kan?

Tambahan pula kalau tiba-tiba orang tegur. Geramnya rasa. Biasanya, apa yang anda akan lakukan bila jerawat mula timbul pada muka?

KakMah nak share dengan anda beberapa tips untuk bantu menghilangkan jerawat dengan cara yang semulajadi. Iaitu, dengan tidak menggunakan produk yang berada di pasaran, yang mungkin mengandungi bahan kimia. Sebab itu, kesannya cepat, tapi mungkin boleh merosakkan lagi kulit kita. Sangat penting untuk kita memilih produk skincare yang bebas bahan kimia, semulajadi, tapi masih boleh memberi kesan positif.

Selain penggunaan produk, sebenarnya, lebih banyak bahan semulajadi di sekeliling kita ni yang boleh bantu mengecutkan / menghilangkan jerawat dengan cepat.

TIPS 1: Buat pes kunyit

Macam nak masak, ambil sesudu serbuk kunyit, kemudian letakkan setitik atau 2 titik air pada serbuk tu. Lepas tu, sapukan dengan rata pada jerawat selama beberapa minit. Buat benda yang sama sehingga jerawat tu susut/hilang.

TIPS 2: Daun pudina

Kisarkan daun pudina bersama dengan sedikit air. Tapis air tersebut dan sapukan pada keseluruhan muka pada waktu malam sebelum tidur dan biarkan ia semalaman.

TIPS 3: Buah lemon

Buat jus lemon seperti biasa. Ambil kapas, basahkan dengan jus lemon ini dan perahkan. Kemudian, tekap dengan lembut pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan 2 atau 3 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.

TIPS 4: Bawang putih

Potong 2 untuk seulas bawang putih dan tekapkan pada jerawat sehingga terasa seolah-olah jus bawang putih tersebut dah melekat pada jerawat. Jus ini dikatakan mengandungi sulfur yang membantu mengecutkan jerawat dengan cepat.

TIPS 5: MADU

Gunakan kapas untuk ambil sedikit madu dan tekapkan pada jerawat.

TIPS 6: Ubat gigi

Ambil ubat gigi kita tu, picit sedikit dan sapukan pada jerawat sebelum tidur. Lepas tu biarkan semalaman. Biasanya, keesokan pagi jika ubat gigi tu masih ada kat situ, letak setitik air untuk lembutkan, ambil towel, dan lap pada bahagian tu tadi. Waktu tu, jerawat dah “masak” dan mudah untuk keluarkan. Yang ni, KakMah memang selalu buat dan sangat berkesan. Hehe.

 

Mudah je kan? Bahan-bahan ni pun memang selalu ada je kat rumah. So, boleh je nak buat. Simple je pun kan.

Jika anda ingin kulit bebas daripada jerawat, juga tidak mustahil. Penting untuk anda tahu dulu apa punca terjadinya masalah jerawat. Hormon ke, stress ke, salah skincare ke. Kemudian, cuba atasi masalah tersebut daripada puncanya. Bila dah tahu punca, lagi senang untuk rawat.

Paling penting juga, jaga kebersihan kulit. Pastikan kita cuci muka 2 kali sehari (pagi dan sebelum tidur). Bila kulit bersih, kita jaga pemakanan seimbang, amalkan nutrisi sihat, kulit pun semakin cantik, berseri, bebas jerawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *