Penjagaan Kulit,  Set Kecantikan

Tips Untuk Kurangkan Masalah Kulit Berminyak

Masalah kulit berminyak adalah sesuatu yang sering kita dengar terutama di kalangan wanita. Kulit yang berminyak akan menyebabkan permukaan kulit kita kelihatan seakan berkilat disebabkan oleh tekstur kulit yang telah mula berminyak walaupun baru sahaja bermekap. Kami ingin berkongsi tips dengan anda langkah-langkah untuk mengurangkan masalah kulit berminyak.
Sebelum itu, jom kita fahami dahulu apakah antara penyebab kepada masalah kulit berminyak.
✔ Daripada keturunan
✔ Penggunaan produk penjagaan kulit yang berlebihan
✔ Perubahan musim (kenaikan haba dan kelembapan)
✔ Ubat-ubatan yang tidak bersesuaian
✔ Penggunaan produk yang tidak betul (tidak bertetapan dengan jenis kulit)
✔ Perubahan hormone
✔ Tekanan
✔ Penggunaan alatan penjagaan kulit yang tidak bersesuaian
✔ Berjemur di bawah sinaran Matahari
Apakah tips untuk kurangkan masalah berminyak?
✿ Limitkan frekuensi mencuci muka kepada 2 kali sehari, dan tidak lebih. Ini kerana kulit akan menjadi kering apabila pencuci muka digunakan secara berlebihan dan akan menyebabkan sel kulit lebih bekerja keras untuk melembapkan kulit dan akhirnya akan jadi lebih berminyak.
Kertas minyak untuk muka boleh digunakan sekiranya kulit muka telah mula berpeluh.
✿ Gunakan pelembap yang bebas minyak sebelum mekap supaya kulit menjadi lebih lembut dan sekata.
✿ Pilih produk yang bersesuaian dengan jenis kulit berminyak seperti produk yang bebas minyak dan anti kering, produk yang menyerap minyak berlebihan, mengandungi SPF20.
✿ Amalkan pemakaian masker tanah liat sekurang-kurangnya seminggu sekali. Masker tanah liat ini membantu untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan membantu menyeimbangkan pH kulit.
✿ Kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan berlemak. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
 ✿ Sapukan timun yang telah pun dikisar pada muka dan biarkan ia sehingga kering (dalam 15-20 minit). Bilas dengan air bersih.
✿ Sapukan campuran sengkuang dan kentang yang telah pun dikisar pada muka sebelum tidur. Cuci muka dengan air suam sebaik sahaja bangun pagi.
Semoga tips kami kali ini dapat membantu anda!
Hubungi kami untuk mendapatkan supplement Shaklee yang bersesuaian dengan jenis kulit dan masalah anda.
————————————————————-
msg/whatsapp: 0196972866
 ————————————————————-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *