CoQ-trol Plus,  Kehamilan,  Kesuburan,  Omega Guard,  Set Kesuburan,  Vita-E Complex,  Zinc Plus

Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Menurut kajian, 1 daripada 10 pasangan mengalami masalah kesuburan. Namun, masalah ini bukan sahaja berpunca daripada masalah kesuburan wanita. Malah, 4 daripada 10 masalah tersebut boleh disebabkan oleh faktor tahap kesuburan lelaki. Mungkin ramai tidak menyedari akan hakikat ini dan tidak bertindak dengan sepatutnya selepas sekian lama berkahwin dengan pasangan mereka.

Pasangan yang telah bernikah lebih dari 12 bulan, digalakkan untuk melakukan pemeriksaan selanjutnya bersama dengan pakar. Pemeriksaan ini perlulah dilakukan bersama, iaitu suami dan isteri. Dari pemeriksaan ini, pakar boleh mencadangkan rawatan yang terbaik untuk membantu anda meningkatkan kebarangkalian untuk hamil.

Tahap kesuburan lelaki terdiri daripada 3 kategori:

  1. Bilangan sperma sangat rendah berbanding normal
  2. Pergerakan sperma yang perlahan
  3. Bentuk sperma yang tidak normal

Ada beberapa tips yang boleh diamalkan oleh si lelaki untuk meningkatkan semula tahap kesuburan mereka. Sebelum ikhtiar perubatan moden seperti IVF dan sebagainya (yang menelan kos yang sangat tinggi), anda masih berpeluang untuk mendapatkan zuriat jika amalkan tips ini.

Tips 1: Tangani Stress

Stress merupakan radikal bebas yang boleh menjadi punca untuk setiap masalah kesihatan kita. Sekiranya kita tidak pandai untuk menangani stress dengan baik, ia boleh merosakkan sel dalaman kita, termasuklah sperma anda. Oleh itu, lakukan sesuatu aktiviti yang boleh menenangkan dan membantu anda untuk menangani stress.

Tips 2: Lakukan Senaman

Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap keyakinan anda dan juga tahap fizikal anda, malah ia juga dapat membantu meningkatkan tahap testosterone. Kajian menunjukkan lelaki yang melakukan senaman secara berkala mempunyai tahap testosterone yang tinggi dan juga kualiti semen yang lebih baik daripada mereka yang tidak aktif.

Tips 3: Berhenti Merokok

Merokok dapat membahayakan kesihatan. Ia juga dapat memberi kesan negatif pada tahap kesuburan kaum lelaki. Selain itu, risikonya kepada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan adalah sangat tinggi.

Tips 4: Dapatkan Tidur Mencukupi

Bukan hanya wanita, tetapi lelaki juga memerlukan waktu tidur yang mencukupi. Ini dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan anda. Tidur yang tidak berkualiti dan tidak mencukupi juga boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan sperma anda.

Tips 5: Amalkan Supplement

Supplement membantu memberikan nutrisi seimbang yang diperlukan untuk penghasilan sperma yang sihat, berkualiti, serta mempunyai kuantiti yang banyak. Antara nutrisi yang diperlukan oleh seorang lelaki ialah Vitamin C, Vitamin D, Zinc, Coenzyme Q10, juga Vitamin E. Supplement anti oksidan iaitu vitamin ACE juga dapat meningkatkan kualiti kesuburan anda.

Supplement Shaklee Untuk Kesuburan Lelaki

Omega Guard – membantu meningkatkan kepekatan sperma serta memainkan peranan utama untuk membantu menghasilkan sperma yang sihat.

Vita-E Complex – membantu menyokong pengeluaran sperma dan juga membantu mencegah kerosakan pada sperma.

CoQ-Trol Plus – mengandungi Coenzyme Q10 (CoQ10) yang terbukti dapat membantu menguatkan kualiti sperma. Ia juga dapat membantu meningkatkan tenaga.

Zinc Plus – membantu memberikan kekuatan pada sperma dan menghasilkan pengeluaran sperma yang berkualiti.

Ingin mendapatkan supplement Shaklee anda? Hubungi KakMah sekarang.

Dapatkan penjimatan lebih 10-20% untuk setiap produk Shaklee apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran pendaftaran hanyalah Rm75  sahaja. Dan, anda juga boleh mendaftar secara percuma dan berpeluang untuk mendapatkan cashback bonus. Nak tahu caranya? Hubungi KakMah.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *