Tambah Berat Badan

Tips Tambah Berat Badan

Bukan semua orang mahu kurus. Ada juga di antara mereka yang ingin menambahkan berat badan kerana TERLALU KURUS. Ada caranya untuk menambahkan berat badan atau sekurang-kurangnya mempunyai bentuk badan yang ideal. Selain mengamalkan pengambilan supplement, kami akan berkongsi dengan anda, beberapa tips menarik untuk tambah berat badan anda.

Ada 5 tips / langkah yang boleh membantu anda menambahkan berat badan!

LANGKAH ➀
Makan banyak untuk tambah kandungan kalori
☞ Sekiranya anda ingin menambahkan berat badan, anda perlu menambahkan jumlah pengambilan kalori. 
☞ Cuba makan 6 kali sehari, dan daripada 1 atau sebaiknya 3 kali itu, pastikan makanan anda penuh dengan khasiat PROTEIN, KANJI, SAYUR-SAYURAN, dan LEMAK!
☞ Makan dengan kerap dan pilih makanan dengan bijak!

LANGKAH
Pilih makanan yang tinggi kandungan nutrisi, bukan hanya tinggi kalori
☞ Penambahan jumlah kalori dalam pemakanan kita merupakan salah satu cara untuk kita menambahkan berat badan, tetapi perlu diingatkan agar anda juga memantau jumlah nutrisi yang anda ambil seharian.
☞ Matlamat anda bukan sahaja memilih makanan tinggi kalori bahkan anda juga perlu memilih makanan yang kaya dengan VITAMIN, MINERAL, NUTRIEN.

LANGKAH
Bina otot melalui pengambilan protein
☞ Salah satu tips untuk menambahkan berat badan anda adalah dengan cara membentuk otot (muscle) anda. Bagaimana? Pengambilan protein dapat membantu.
☞ Pastikan anda juga mengambil makanan yang tinggi kandungan protein terutama selepas melakukan senaman berat bagi membina otot. Ini juga dapat membantu meningkatkan berat badan selain daripada mengamalkan pemakanan yang tinggi kalori. 

LANGKAH
Amalkan pemakanan seimbang dan lengkap nutrisi semasa anda tidak sihat
☞ Sepertimana yang kita semua memang sudah sedia maklum, berat badan kita akan berkurangan terutama apabila kita tidak sihat / sakit. Ini kerana kita kurang selera makan atau pun disebabkan keadaan penyakit itu. 
☞ Namun begitu seeloknya pada waktu inilah anda makan benda yang berkhasiat dan penuh dengan nutrisi untuk mengembalikan kandungan PROTEIN, KALORI, VITAMINS dan MINERAL yang mungkin kita abaikan semasa keadaan kesihatan kita tidak menentu.
☞ Pilih makanan yang mudah dihadam seperti smoothie, meal replacement (supplement), makanan berasaskan telur, tenusu, kekacang. Diet anda juga perlu mempunyai protein yang mencukupi.

LANGKAH
Berjalan kaki sebelum makan untuk bangkitkan selera makan anda
☞ Seseorang itu mempunyai masalah kurang selera makan dan ini tidak membantu seseorang itu untuk menambahkan berat badannya. Satu tips yang menarik untuk membantu meningkatkan selera makan anda adalah dengan cara ini iaitu BERJALAN sebelum masa anda untuk makan.
☞ Selain itu, semasa anda berasa kenyang (tidak lapar), anda juga boleh memakan makanan yang mengikut selera anda untuk kembalikan selera anda.

Semoga tips kami ini dapat membantu anda!
Sekiranya anda ingin mendapatkan supplement Shaklee untuk menambahkan berat badan, anda boleh rujuk link ini http://bit.ly/GSuVsv

Hubungi kami untuk ketahui lebih lanjut tentang tips menarik dari kami!
Pembelian supplement Shaklee akan disertakan dengan FREE CONSULTATION! 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *