Breastfeeding,  Ibu Menyusu,  Kekeluargaan,  Memerah Susu,  Panduan Penyusuan,  Perkembangan Bayi,  Set Menyusu,  Tips

Tips Susu Meriah Semasa Pam / Perah Susu

Antara dilema atau kesukaran ibu yang bekerja dan menyusukan anak adalah semasa pam susu di tempat kerja. Semakin lama ibu bekerja, hasil perahan susu semakin berkurangan. Sehinggakan ibu risau dan menjadi stress sebab susu berkurangan dan tak banyak seperti sebelumnya. Betul kan? KakMah nak share tips macam mana untuk bantu ibu yang pam atau perah di tempat kerja, untuk mendapat hasil yang meriah. Mudah-mudahan, Allah mengizinkan dan mempermudahkan urusan ibu-ibu.

Tips / Faktor Berjaya Pam Susu

  • Waktu terbaik untuk pam susu adalah awal pagi, sebelum subuh. Ini kerana hormon prolaktin adalah tinggi dan dapat membantu menghasilkan lebih banyak susu.
  • Adalah penting untuk ibu stress-free semasa pam. Ibu yang berada dalam keadaan tenang dan tidak stress dapat merangsang pengeluaran susu. Sebaliknya terjadi kalau ibu stress. So, pastikan ibu tenang sebelum pam.
  • Ibu perlu faham alatan pam ibu dan mahirkan penggunaannya supaya ibu boleh mendapat hasil yang optimum. Begitu juga jika ibu menggunakan kaedah marmet (perah susu menggunakan tangan).
  • Berikan sedikit tempoh antara 2 sesi pam/perah supaya susu baru boleh terhasil. Tapi dalam satu sesi tu, pam sehingga payudara kosong.

Tips Tambahan – Bagaimana Membantu Merangsang Pengeluaran Susu

  • Penting untuk ibu berada dalam keadaan tenang dan tidak tertekan.
  • Dapatkan posisi yang ibu selesa untuk pam.
  • Tekapkan tuala basah atau urut payudara untuk tujuan “mengejutkan” supaya dapat menghasilkan dan melancarkan pengeluaran susu.
  • Pastikan sepanjang tempoh pam, ibu dalam keadaan tenang. Zikir, dengarkan ayat suci Al-Quran, dapat membantu ibu relax.
  • Bayangkan baby berada dekat dengan kita. Lihat gambar-gambar baby, keletah video baby dapat membantu.
  • Lakukan urutan di belakang badan.

KakMah doakan ibu-ibu dapat follow tips ini dan dapat menghasilkan susu yang lebih meriah semasa pam. Ameen. Teruskan perjuangan ibu sehingga usia anak minima 6 bulan dan sebaiknya continue sehingga anak berusia 2 tahun. Ingat, keyakinan, niat adalah sangat penting. Dapatkan sokongan daripada keluarga, terutamanya suami.

Jika ibu inginkan supplement yang dapat membantu ibu untuk kekal bertenaga, kawal emosi, kurangkan stress, ibu boleh dapatkan supplement Shaklee daripada KakMah. Set ini juga lengkap dengan kalsium yang membantu menguatkan tulang ibu dan juga baby (melalui susu badan). Set ini turut mengandungi supplement yang mempunyai khasiat DHA, EPA, dan Omega-3 untuk membantu perkembangan minda bayi dan dalam masa yang sama dapat membantu membakar lemak ibu (menggalakkan ibu untuk kawal / turun berat badan).

Hubungi KakMah untuk dapatkan Set Breastfeeding anda. Konsultasi percuma diberikan berdasarkan pengalaman yang KakMah ada dengan 2 orang anak KakMah. In Shaa Allah.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *