Parenthood,  Pembesaran Anak-Anak,  Tips

Tips Lulus Peperiksaan (Istimewa Untuk Pelajar SPM 2017)

Diam tak diam, masa terus berlalu, setelah 5 tahun belajar dan berhempas pulas, akhirnya esok, 6 November 2017, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar Tingkatan 5 di Malaysia ini, iaitu peperiksaan utama mereka, SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Dah bersediakah adik-adik? Bagaimana dengan persiapan? Tenangkan hati, kuatkan iman, banyakkan berdoa. In Shaa Allah, mudah untuk adik-adik menerima pelajaran dan bersedia untuk peperiksaan nanti.

Antara surah yang boleh diamalkan untuk rezeki dan mudah menerima pelajaran ialah…

  • Surah Al-Waqiah
  • Surah Ad-Dhuha
  • Surah Al-Mulk

Amalkan doa-doa yang membantu menenangkan hati, dan memudahkan anak-anak untuk menjawab peperiksaan…

Amalkan tips ini pada mereka yang menghadapi peperiksaan…

  • Sebelum masuk ke dewan, banyakkan selawat, zikir, istighfar.
  • Masuk ke dalam dewan dengan kaki kanan.
  • Duduk di tempat duduk disediakan dengan keadaan selesa.
  • Keluarkan alat tulis yang diperlukan, susun dengan kemas di atas meja.
  • Sementara menunggu arahan Penjaga Peperiksaan dan sebelum kertas peperiksaan diedarkan, banyakkan selawat dan berdoa agar hati tenang dan dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
  • Jika tidak dapat menjawab soalan, tandakan soalan tersebut dan beralih ke soalan seterusnya. Jangan termenung/berfikir lama di soalan yang sama kerana ini membazirkan waktu yang terhad.
  • Setelah selesai semua soalan, berbalik kepada soalan yang ditandakan awal tadi. Baca doa, zikir, dan jawab dengan tenang.
  • 15 minit terakhir, semak semua jawapan. Pastikan tiada kesalahan cuai (careless mistakes) seperti tersilap ejaan, tersilap simbol, tersilap cara kira.
  • Masa tamat, susun semua kertas jawapan dan letakkan di tepi kanan/kiri meja. Sementara menunggu Penjaga Peperiksaan mengambil kertas jawapan, berdoalah. Tawakal, redha, banyakkan berzikir, istighfar.
  • Selepas Penjaga mengambil kertas jawapan, berdoalah semoga Pemeriksa kertas peperiksaan adalah dalam keadaan yang baik, tenang, sihat. Berdoa semoga segala jawapan adalah betul dan diterima dengan baik oleh Pemeriksa.
  • Selesai semua peperiksaan, sementara menunggu keputusan, banyakkan Solat Hajat, berdoa, berzikir, istighfar.

Semoga anak-anak berjaya dalam peperiksaan SPM tahun ini dan memperoleh kejayaan straight A’s. Ameen.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *