Tips Galakkan Suami Sokong Breastfeeding
Seorang ibu yang ingin menyusukan anaknya perlukan sokongan, dorongan, dan semangat daripada orang di sekelilingnya, terutama suami. Ya, suami amat memainkan peranan penting untuk memastikan ibu berjaya dalam penyusuan susu ibu (breastfeeding). Ramai ibu cepat mengalah, putus asa, penat sebab orang sekeliling asyik kata, “susu tak cukup tu, bagilah susu botol”, bila tengok baby selalu menangis. Dan si suami yang tak faham konsep breastfeeding pun, mulalah sokong kata-kata tu, dan belikan susu formula.
Suami memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu isteri berjaya menyusukan anaknya, sehingga sekurang-kurangnya usia anak ialah 6 bulan. Paling digalakkan ialah sehingga usianya 2 tahun. Penyusuan susu ibu ini pasti berjaya jika ada sokongan suami.
Bagaimana peranan seorang suami boleh bantu ibu untuk breastfeeding?
- Berikan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada baby yang baru dilahirkan.
- Kajian membuktikan bahawa kasih sayang, perhatian, serta sokongan yang suami berikan pada isteri dapat membantu memastikan penyusuan susu ibu berjalan dengan lancar dan dapat dijayakan untuk suatu tempoh masa yang lama.
- Tahu tak, 98% ibu berjaya dalam breastfeeding secara eksklusif kerana mereka mempunyai suami yang ambil tahu, sokong, dan hargai perjalanan breastfeeding.
- Seorang isteri juga memerlukan nasihat dan bimbingan dari suami, terutama pada awal peringkat breastfeeding (selepas baby baru lahir).
Tips untuk menggalakkan suami sokong breastfeeding.
- Suami dan isteri perlu belajar tentang ilmu breastfeeding sejak dari hamil lagi. Isteri boleh memulakan dengan baca buku-buku tentang breastfeeding, fahamkan tentang konsep breastfeeding. Apa yang perlu, dan tak perlu. Kemudian, ceritakan dengan suami agar suami boleh belajar. Suami pun, pastikan tumpukan perhatian. Jangan berangan pula. Ketahui posisi untuk breastfeeding yang baik, cara menyusu yang betul, dan sebagainya.
- Isteri kadang-kadang jadi pelupa lepas bersalin. Suami perlu memainkan peranan untuk menjadi pakar laktasi untuk isteri. Ingatkan semula cara menyusu yang betul, posisi yang betul dan selesa untuk ibu dan baby.
- Suami dinasihatkan untuk menemani isteri ketika bersalin supaya suami dapat turut sama melihat kepayahan, kesakitan, pengorbanan seorang isteri untuk melahirkan zuriat mereka ke dunia ini.
- Emosi isteri sentiasa tidak stabil, mudah terganggu disebabkan perkara-perkara kecil. Suami perlu menjadi seorang pendengar yang setia. Dengar luahan hati isteri. Jangan biarkan isteri stress, tertekan kerana ini boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Dan suami perlu mendengar dan sentiasa berikan nasihat, kata-kata semangat pada isteri agar isteri tidak terganggu emosinya sehingga tahap “meroyan”.
- Suami perlu memastikan isteri diberi makanan yang sihat, berkhasiat yang penting untuk ibu dan juga baby. Pemakanan yang betul dapat membantu menghasilkan susu yang lebih banyak dan berkualiti.
- Suami perlu lebih peka daripada isteri, terutama untuk mengetahui tanda-tanda awal apabila baby perlukan susu. Jangan biarkan baby menangis sekuatnya untuk diberikan susu. Nanti baby “merajuk” dan isteri perlu tenangkannya dulu sebelum diberikan susu.
Senang sangat untuk suami menjadi penyokong setia isteri, untuk jayakan proses penyusuan susu ibu ni. Breastfeeding bukan sahaja penting untuk ibu, tapi suami juga memainkan peranan besar untuk isteri. Apabila mendapat sokongan suami, isteri dengan rela hati gembira menyusukan anaknya. In Shaa Allah, 6 bulan ke 2 tahun tu sangat mudah untuk isteri tempuhi untuk jayakan proses breastfeeding.
Adalah digalakkan untuk isteri mengamalkan pemakanan sihat semasa menyusukan baby, supaya isteri tidak cepat penat, lebih bertenaga, dapat mengawal emosinya dengan baik. Selain menjaga pemakanan, suami juga boleh berikan isteri supplement yang boleh bantu menjayakan lagi penyusuan susu ibu.
Set Breastfeeding Shaklee lengkap dengan nutrisi yang seorang ibu perlukan untuk kekal bertenaga, dapat mengurangkan stress, meningkatkan sistem pertahanan badan. Bonus, kulit juga menjadi semakin berseri-seri, dan boleh menurunkan berat badan dengan cepat, jika kena dengan gayanya.
Para suami boleh menghubungi KakMah untuk mendapatkan supplement ini.
Lebih penjimatan antara 10-20% apabila suami registerkan isteri sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM75 sahaja. Isteri juga boleh menjana income sampingan setiap bulan dengan buat bisnes Shaklee ni. Bisnes yang sangat mudah dan proven. Ramai berjaya dalam bisnes ni.
Hubungi KakMah untuk keterangan lanjut tentang produk, keahlian Shaklee, dan untuk dapatkan supplement anda.