Tips Breastfeeding: Susu Drop Semasa Datang Haid
Berapa ramai ibu menyusu yang mempunyai masalah yang sama seperti ini? Di awal selepas bersalin tu, Alhamdulillah, susu sangat meriah. Berbulan-bulan meriah, consistent je setiap kali pam. But one day, bila ibu mula datang haid (period), tiba-tiba je, susu drop. Ada yang nampak ketara sangat beza apabila sedang haid. Kalau sebelum ni boleh dapat 8 oz setiap kali pam, tapi bila haid, susu boleh drop ke 5-6 oz. Kenapa jadi macam tu? Normal ke tidak?
Bermula daripada saat ovulasi (iaitu pertengahan period cycle) sehingga ke hari pertama atau kedua next period cycle, sesetengah ibu akan mula mengalami masalah susu berkurangan (drop). Ini ada kaitan dengan pengurangan kalsium di dalam badan ibu.
Semasa ibu datang haid, kalsium dalam badan ibu juga berkurangan. Malah, bukan hanya kalsium, tapi kebanyakan nutrisi dalam badan ibu juga berkurangan semasa datang haid. Disebabkan itu, ibu amat digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi, terutamanya kalsium seperti susu.
Jika ibu tak boleh nak minum susu, boleh amalkan pengambilan kalsium dalam bentuk pil. Pengambilan kalsium bukan hanya dapat membantu mencukupkan nutrisi yang diperlukan ibu, malah ia juga dapat mengurangkan masalah kekejangan rahim dan beberapa simptom senggugut atau PMS.
Mulakan pengambilan kalsium bermula seawal hari pertama ovulasi sehingga ke hari-hari pertama next period cycle. Paling baik jika anda amalkan je terus setiap hari sebab kalsium sangat baik untuk tulang, sendi, saraf kita. Bila tulang mempunyai cukup bekalan kalsium, maka risiko terdedah kepada osteoporosis juga berkurangan.
Dapatkan supplement kalsium dari Shaklee yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dengan baik.
Hubungi KakMah jika anda ingin dapatkan supplement kalsium anda dan juga supplement lain yang boleh membantu nutrisikan terbaik yang diperlukan oleh ibu menyusu. Khasiat nutrisi bukan hanya untuk ibu, malah juga dapat diberikan pada bayi yang menyusu.