Ibu Menyusu,  Panduan Penyusuan,  Perkembangan Bayi

Tanda Awal Bayi Memerlukan Susu

Kami ingin berkongsi dengan anda sedikit tips tentang Penyusuan Susu Ibu. Dan kali ini, post kami berkaitan dengan tanda-tanda awal bayi anda memerlukan susu. Untuk berjaya dalam proses penyusuan susu ibu, seorang ibu perlu memberi sepenuh perhatian kepada perkembangan bayi dan tanda-tanda yang diberikan oleh bayi, bukannya bergantung kepada jam atau waktu (watch the baby, not the clock!).
Perhatikan pada bayi anda tanda-tanda awal berikut yang menunjukkan bahawa bayi anda bersedia untuk menyusu.
☀ Badan bayi anda mula bergerak-gerak (tidak tenang)
☀ Bayi anda menggerakkan tangan ke mulutnya, dan kadang-kadang menghisap tangan
☀ Mulut bayi terbuka dan seolah-olah sedang menghisap sesuatu
☀ Mulut bayi anda tercari-cari puting apabila anda menyentuh pipinya
Sekiranya bayi anda telah mula menunjukkan tanda-tanda ini, susukanlah bayi anda segera! Jangan diendahkan kerana bayi akan mula berasa gelisah, mengeluarkan bunyi, dan mula untuk menangis sekejap-sekejap (seakan merengek). Jika dibiarkan lama, bayi anda akan mula menangis dengan kuat!!
Apabila bayi anda telah mula menangis dengan kuat, pastinya sukar untuk anda menyusukan bayi anda. Oleh itu, ibu perlu memujuk dan menenangkan bayi anda sebelum meletakkannya semula ke posisi yang betul bagi meneruskan penyusuan.
Semoga tips kami ini dapat membantu ibu-ibu yang sedang menyusu!! 
Nantikan lebih banyak tips daripada kami, Supplement4all…
Jom like page kami!
Feel Free to SHARE | LIKE | TAG Supplement4all
———————————————————————————————————————————
Ingin mendapatkan supplement untuk membantu anda menambahkan susu badan?
———————————————————————————————————————————
✆ Hubungi kami untuk mendapatkan supplement Shaklee anda, juga untuk mendapatkan FREE CONSULTATION tentang penyusuan susu ibu secara exclusive daripada kami!!
✎ msg/whatsapp: 0196972866
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *