Tanda Awal Bayi Memerlukan Susu
Ibu perlu tahu bila baby perlukan susu. Sebab bila baby dah menangis kuat dan teresak-esak, baby seakan merajuk dan susah nak minum susu lepas tu. Ibu kena cool down kan baby, tunggu dia berhenti menangis, tenangkan baby, barulah boleh menyusukan anak dengan tenang. Sebab tu penting untuk ibu tahu tanda awal baby perlukan susu. Semasa dalam pantang, ibu sebenarnya perlu fokus dengan baby. Lihat pola tidurnya, pola menyusunya. Setiap pergerakan baby, pasti ada sebab dan dari pergerakan tu la ibu boleh tahu bila sebenarnya waktu yang tepat untuk menyusukan anak.
Ini dipanggil “Watch the Baby, not the Clock!”. Jangan set kan masa untuk susukan baby. Baby sendiri akan bagi hint pada ibu bila dia perlukan susu. So, bila dah nampak tanda awal ni, cepat-cepat dukung baby dan susukan baby. Pilih posisi yang ibu dan baby selesa. Pastikan juga ibu dalam keadaan yang tenang, baru susu mudah nak produce. Jangan tunggu baby teriak tau.
Opss. Tapi kalau newborn tu, biasakan beri susu ibu setiap 2,3 jam. Terutama jika baby ada jaundice tau. Sebab baby kalau ada jaundice, memang suka tidur. So, kena kejutkan baby dan berikan baby menyusu dengan kerap. Barulah bacaan jaundice baby cepat turun.
- Badan baby mula bergerak-gerak, kelihatan seperti resah dan tidak tenang.
- Baby mula menggerakkan tangan, mulutnya. Jika baby dah pandai hisap tangan, baby akan mula hisap tangan.
- Mulut baby mula terbuka dan seolah-olah cuba untuk menghisap sesuatu.
- Mulut baby mula mencari-cari puting apabila ibu menyentuh pipinya.
Haaa. Senang je kan tips nya? So, masa pantang dan sepanjang anda bersama dengan baby tu, sentiasa lihat corak pergerakan baby. In Shaa Allah, kalau ibu cepat susukan anak, ibu pun dalam keadaan tenang, baby tu tenang dan lancar menyusu.
Nak tahu tips untuk ibu bekerja agar juga dapat menjayakan penyusuan susu ibu? Boleh ke Post Ini.
Jika ibu ingin ketahui tips lain dan ingin suarakan pendapat, boleh komen di blog KakMah ini. In Shaa Allah, KakMah akan kongsikan dengan anda lebih tips menarik tentang penyusuan. Hubungi KakMah jika ibu ingin mendapatkan supplement Shaklee untuk berikan khasiat pada ibu dan baby.
Khasiat Pada Ibu
- Bantu memberikan tenaga
- Bantu mengawal emosi dan mengurangkan stress
- Bantu mengurangkan sakit pinggang
- Bantu mengurangkan masalah sembelit/buasir
Khasiat Pada Baby
- Bantu menggalakkan perkembangan minda baby
- Bantu menguatkan tulang dan tunas gigi baby
- Berikan nutrisi yang ada pada ibu kepada baby
Hubungi KakMah untuk dapatkan Set Menyusu Shaklee anda.
One Comment
Pingback: