-
Kenal Shaklee Sebab Ikhtiar TTC
Setiap orang menginginkan zuriat selepas mendirikan rumahtangga dengan pasangan. Setuju? Walaupun ada pasangan yang “merancang”, namun pastinya keinginan untuk mendapatkan zuriat itu tetap ada. Sebab memang dah lumrah berpasangan, berumahtangga, kehadiran zuriat adalah sesuatu yang dinanti-nantikan. Namun begitu, bukan semua pasangan diizinkan Allah untuk memperoleh zuriat dalam waktu yang singkat selepas berkahwin. Ada yang perlu menanti setahun, 5 tahun, 10 tahun, lebih 20 tahun pun ada juga. Allah mengizinkan sesuatu itu apabila Allah tahu kita telah pun bersedia untuk menerimanya. Tapi, tidaklah bermaksud, kita perlu duduk sahaja dan tunggu kan. Perlulah sentiasa berusaha dan jangan pernah putus asa dengan keajaiban Allah. Pernah Gugur Pengalaman KakMah sendiri, KakMah pernah mengalami masalah…
-
8 Sebab Kesuburan Suami Isteri Boleh Terganggu
Pasangan berkahwin ni ada masanya dikurniakan rezeki zuriat awal, ada yang lewat. Tapi kita sebagai manusia, perlu ikhtiar bersungguh-sungguh untuk capai sesuatu. Selain daripada doa, tawakal pada Allah. Bab zuriat ni, bergantung juga pada tahap kesuburan kita. Ada pasangan yang tiada masalah. Sebab tu rezeki mereka, dapat zuriat awal. Namun ada juga di antara pasangan yang diuji dengan masalah kesuburan. Dan ini menyebabkan isteri sukar untuk hamil. Masalah kesuburan bukan hanya pada wanita. Lelaki juga ada tahap kesuburan mereka. Malah, kesuburan lelaki adalah sangat penting sebab sperma mereka berjuang untuk sampai ke ovum isteri dan bersatu. Jika sperma suami lemah, kuantiti tidak mencukupi, maka kebarangkalian untuk isteri hamil juga tipis.…
-
Supplement Bantu Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri
Semasa KakMah dikenalkan dengan supplement Shaklee, kawan KakMah suggests beberapa supplement untuk bantu tingkatkan tahap kesuburan sebagai ikhtiar untuk hamil. Masa tu KakMah baru sahaja beberapa minggu selepas keguguran kandungan pertama. KakMah terima dengan hati yang terbuka sebab kawan tu pun, kawan baik KakMah juga. Takde la kata terasa hati ke, makan hati ke. Kan? Hehe. Sebab KakMah tahu niat beliau sebab nak bantu KakMah. KakMah sebenarnya bermula dengan full set untuk kesuburan. Lengkap dengan protein, vitamin c, multivitamin. Sebab kebanyakan testimoni yang KakMah jumpa, mereka amalkan full set. So, KakMah pun samalah cuba supplement yang sama. Tapi disebabkan tak consistent dan tak yakin, Allah tu belum beri keizinan lagi…
-
Set Kesuburan Mengikut Bajet (Lelaki + Wanita)
KakMah faham ramai antara anda yang inginkan supplement yang membantu untuk meningkatkan kesuburan. Ada dikalangan anda mampu untuk membeli 1 set lengkap, ada juga tidak. KakMah dulupun mulakan pengambilan supplement Shaklee dengan set bajet sahaja. Tapi, bila dah mula rasa kebaikan dan shaklee effect yang mengagumkan, KakMah dan suami decided untuk ambil full set. Sel badan kita memerlukan nutrisi mencukupi untuk supaya dapat berfungsi dengan baik. Ini termasuk juga dengan sel telur kita (sperma dari suami, ovum dari isteri). KakMah ingin cadangkan set asas untuk membantu anda. Set asas kesuburan ini masih mampu untuk membantu anda. Yang penting, perlu amalkan dengan yakin dan consistent. Doa dan usaha juga perlu seiring.…