• Rabun Selepas Bersalin – Betul ke?

    Jujur kata, memang orang tua ni banyak sangat pantang larang terutama ketika berpantang. Biasalah, ibu-ibu baru lepas bersalin, memang kena jaga betul-betul kesihatan mereka, badan mereka. Supaya apa yang kita lakukan semasa pantang tu, tak memudaratkan di kemudian hari. Kadang tu, kesan tak nampak pada jangkamasa pendek, tapi mula kelihatan bila dah bertahun-tahun. Contoh seperti angkat benda berat, ibu jari kaki terlanggar benda keras, pemakanan tak dijaga dengan baik. Pernah dengar tak orang tua selalu berpesan juga, kurangkan membaca semasa berpantang. Kalau dia nampak kita membaca, atau zaman sekarang ni mengadap laptop atau smartphone, confirm kena ceramah. Kononnya, kalau membaca ni, boleh buat kita pening, sakit kepala, rabun. Tapi, sejauh…