• Mujur Bertemu Doktor Percaya pada Vitamin

    Benar, orang kata anak ni pengikat kasih sayang suami isteri. Anak ni juga rezeki tak ternilai dari Allah. Tapi, tak semua pasangan suami isteri yang dikurniakan rezeki anak seawal usia perkahwinan. Ada yang menanti setahun, ada yang menanti berpuluh tahun. Contoh paling popular dan latest sekali ialah, Dato’ CT. Hampir 11 tahun bernikah, barulah diizinkan Allah untuk hamil anak pertama mereka. KakMah dan suami juga antara pasangan yang lewat dikurniakan zuriat. Hampir 3 tahun kami menunggu. Alhamdulillah, kini dah 2 anak kami. Perjalanan kami bermula pada tahun 2011, dimana kami bernikah pada bulan Disember 2011. Syukur, masuk 2 bulan bernikah, KakMah disahkan hamil. Namun rezeki kami tak lama dan kandungan…