• Tips Hilangkan HFMD Dengan Cepat

    HFMD kembali menyerang. Angka pesakit semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh, taska, tadika, sekolah, dah pastinya risau akan cepatnya merebak virus HFMD ni kan. Sebab once anak dah disahkan mengalami HFMD, anak kena kuarantin. Tidak boleh bercampur dengan kanak-kanak lain di luar untuk mengelakkan daripada mudah terjangkit pada orang lain. HFMD adalah disebabkan oleh Enterovirus iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71)*. HFMD sangat mudah merebak dari individu ke individu yang lain. Dengan hanya bersentuhan dengan persekitaran yang telah pun dijangkiti virus tersebut seperti lelehan hingus, air liur, najis, serta cecair lepuh daripada mereka yang telah pun dijangkiti. Jika anak…