• Nutrisi Lengkap untuk Ibu Hamil

    Setiap ibu yang hamil memerlukan nutrisi sihat dan seimbang sepanjang kehamilan. Dan sebenarnya, wanita yang ingin hamil perlu memulakan diet sihat ini beberapa bulan sebelum merancang kehamilan. Ini untuk memastikan ibu telah benar-benar bersedia untuk kehadiran janin di dalam rahim mereka. Nutrisi sihat ini bukan hanya untuk kebaikan ibu. Malah, ia juga membantu dalam tumbesaran bayi di dalam kandungan. Seringkali kita dengar, bayi mendapatkan “makanan”nya daripada ibu, melalui tali pusat. Oleh itu, ibu perlu pastikan pemakanan hariannya adalah sihat supaya bayi juga sihat dan membesar dengan baik. Banyak risiko boleh berlaku sekiranya kekurangan nutrisi. Antaranya ialah risiko kelahiran pramatang, bacaan hemoglobin yang rendah, tekanan darah yang tidak stabil, risiko bayi…