• Nutrisi Untuk Sistem Penghadaman

    Pernah mengalami masalah penghadaman / pencernaan? Macam-macam simptom yang menunjukkan kita mungkin mengalami masalah penghadaman. Cuma, antara kita sedar atau tidak sedar sahaja. Ada masanya bila kita terlalu banyak makan, perut rasa sebu. Itu adalah salah satu simptom bahawa kita mungkin mengalami masalah tersebut. Pencernaan atau penghadaman adalah satu proses yang sangat kompleks, dimana proses ini menukarkan makanan yang kita makan menjadi nutrien, yang seterusnya digunakan oleh tubuh badan kita untuk memberikan kita tenaga, pertumbuhan, dan pembaikan sel untuk kita survive. Proses ini juga termasuk dengan menyingkirkan bahan yang badan kita tidak perlukan. Saluran pencernaan kita adalah tiub panjang yang berpusing-pusing bermula daripada mulut dan berakhir di bahagian dubur kita.…