• Ambil Tahu: Alopecia Areata

    Pernah tak dengar tentang masalah tompokan pada bahagian rambut? Mungkin pada mulanya kita rasa ianya adalah sesuatu masalah yang tidak serius, tapi sebenarnya anda perlu ambil perhatian sangat penting sekiranya anda menyedari ada tompokan pada rambut, iaitu botak di sesetengah bahagian rambut sahaja, dan kelihatan seperti separa botak. Simptom ini menunjukkan anda mungkin mengalami masalah Alopecia Areata. Apa Itu Alopecia Areata? Ia merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keguguran rambut dalam bentuk tompokan kecil, yang mungkin ada kalanya kita tidak sedar atau tidak dapat dikesan. Namun, semakin lama tompokan ini akan kelihatan semakin ketara sebab ia boleh “bersambung”. Penyakit ini berlaku disebabkan sistem imun dalam badan kita menyerang folikel rambut…