• Anak Kecil Sembelit, Menangis Sampai Keletihan

    Baru-baru ni, anak kedua KakMah yang baru sahaja berusia setahun mengalami masalah sembelit. KakMah seperti biasa ambil Ayra dari babysitter. Mula-mula tak perasan sangat pun yang Ayra alami sembelit. Tapi bila tengok dia tak nak duduk untuk tempoh masa yang lama, buat KakMah jadi risau. Selalunya kalau dia leka dengan satu-satu mainan tu, dia akan duduk dan main. Tapi masa tu, Ayra mencangkung aje. Tak nak duduk. Dan KakMah perasan, riak mukanya seperti menahan sakit. Ayra tak seceria kebiasaannya. KakMah pun buka pampers dan check jika ada apa-apa yang tidak normal. Masa tu, masih lagi tak conclude yang Ayra sebenarnya ada masalah sembelit. Ingatkan dia melecet sebab nampak sedikit kemerahan…