Shaklee National Convention 2018
Alhamdulillah, KakMah berkesempatan untuk hadirkan diri ke Shaklee National Convention 2018 pada Sabtu, 7 Julai yang lalu. Ia merupakan salah satu event Shaklee yang sangat dinantikan oleh semua pengedar Shaklee (SID) di Malaysia. SID datang dari setiap pelusuk negara. Ada yang dari Johor, Penang, Terengganu, malah Sabah dan Sarawak pun turut sama hadir tau. So, semestinya satu kerugian besar bila tak join Shaklee NC ni.
Seperti tahun-tahun sebelum ni, KakMah juga tidak melepaskan peluang untuk hadir. Walaupun belum ada rezeki lagi untuk naik ke atas pentas untuk terima awards, but aura dan sharing yang sangat bermakna dan bermanfaat tu, sangat menginspirasikan. Tinggal nak bangkit dan buat je. So, to those SIDs yang rasa down, rasa macam tak tahu apa nak buat dah, rasa macam stuck, digalakkan sangat untuk hadirkan diri ke NC. Join upline, sideline anda. Bawa downline sekali.
Antara barisan speakers yang buat sharing semasa NC lepas. Kalau dengar satu-satu bait perkataan mereka tu, memang kadang tu rasa “Eh! Kenapa aku tak boleh jadi macam dia. Apa beza dia dengan aku?”. Jawapan dia, semangat dan nilai bisnes ni.
Berapa nilai bisnes anda? Kalau hanya sekadar cukup makan, maka kita pun tak semangat nak buat bisnes ni betul-betul.
Keluar daripada comfort zone. Realisasikan impian. Kena kejar impian. Jangan biarkan impian sekadar menjadi mimpi.
Kalau kita tak ubah diri kita, siapa nak ubah diri kita? Kita pilih kehidupan kita sendiri. Pedulikan orang lain. Kita corak langkah kita supaya berjaya. Alang-alang buat Shaklee, biar sampai jadi Master.
Antara kata-kata yang KakMah ingat dan semat dalam diri.
Menghadirkan diri ke NC kali ni sebenarnya adalah satu kejayaan untuk KakMah. Sebab apa? I go there alone. Means, upline KakMah tak dapat hadirkan diri. Yang ada, nanny-nanny (uplines kepada upline) dan sidelines yang lain. Pada asalnya, memang segan nak pergi. Sebab takde kawan. Haha. Alasan apakah itu?
Bila dijentik dan dipetik nama oleh salah seorang Master ni, terus kata, “Ok, kena pergi.”.
Antara koleksi gambar di NC 2018. Hehe. Best kan?
Nak lagi best? Jom dengar video exclusive ni. Confirm semakin bersemangat nak buat bisnes Shaklee ni betul-betul.
Jika impian sebesar gajah, halangan menjadi sebesar kuman
Alhamdulillah, memang lain macam bila dapat pergi. Balik, tengok wajah anak-anak dan suami, rasa semakin bersemangat. Kena buat betul-betul. Kena fokus dan keep up the momentum. In Shaa Allah.
Doakan KakMah juga turut sama berjaya seperti SID yang lain ya. Nak juga naik pentas pegang award, dapat replika kunci kereta. Seronok sangat dan bangga rasa. In Shaa Allah, one fine day. Ameen.
Ikhlas menulis, SID yang ingin berjuang.