Garlic,  Kekeluargaan,  Kesihatan,  Kisah Seorang Ibu,  Meal Shakes,  Nutriferon,  Panduan Kesihatan,  Parenthood,  Pembesaran Anak-Anak,  Sistem Imun,  Vitamin,  Vitamin C

Selsema Berlarutan Jangan Dibiarkan

Baru-baru ini, anak sulung KakMah, Aisy, dimasukkan ke wad kerana demam panas. Sebenarnya dah hampir sebulan lebih Aisy selsema. Dan selsemanya tak kebah mana pun. Pernah surut sebab ambil antibiotic Augmentin, tapi bertahan seminggu aje. Lepas tu, Aisy selsema semula. Selepas balik dari Ipoh, Aisy mula demam semula. Kali ni, panas sungguh badannya. Dah makan ubat demam, tapi tak kebah sangat pun. Lantas, KakMah pun bawa Aisy berjumpa panel dan minta reference letter untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Swasta. Suhu badan Aisy masa ni 39.0°C.

Sampai di hospital, doktor dengar paru-paru, takde pula kahak atau abnormal yang lain. Tapi disebabkan Aisy dah pernah ambil antibiotic, doktor pun minta Aisy dimasukkan ke wad sebab nak check x-ray, darah. Khuatir ada jangkitan kuman pada paru-paru. Maka, “check-in” lah kami di hospital tersebut.

Bila dah masuk wad, bawa Aisy buat x-ray, ambil sample darah, pasang jarum kat tangan dia tu (sebab tu berbalut). Alhamdulillah, sungguhpun Aisy selsema dan demam, tapi dia tetap ceria. Bila badan tu rasa sedap sikit, mulalah mulut bising ajak berborak, menyanyi lagu Didi and Friends, main Lego kesukaan dia tu.

Aisy diberikan antibiotic melalui jarum (bukan makan). Sebab antibiotic ni tinggi sikit berbanding ubat makan yang ada. Selain tu, Aisy juga diberikan ubat demam, selsema, batuk. Alhamdulillah, keadaan kesihatan Aisy semakin baik. Demam pun dah kebah sangat. Selsema pun semakin kering. Setiap 4 jam kena ambil nebulizer.

Hari kedua, barulah result keseluruhan darah keluar. Aisy ada jangkitan virus, dikesan daripada sample darahnya. Nama virus tersebut ialah Mycoplasma. Itu yang menyebabkan selsema Aisy berlanjutan dan jadi semula. So, doktor menambahkan satu lagi antibiotic untuk diminum.

MYCOPLASMA

Mycoplasma ni adalah seperti bakteria lain yang kecil je saiz nya. Bezanya, mycoplasma ni tak ada dinding sel. Antibiotic ni membunuh bakteria dengan cara melemahkan dinding sel. Tapi oleh kerana mycoplasma ni tak ada dinding sel tu, maka tak semua antibiotic berkesan untuk membunuhnya.

Ada 5 jenis utama bakteria mycoplasma yang perlu kita tahu. Dalam kes Aisy, Aisy mengalami Mycoplasma Pneumoniae.

MYCOPLASMA PNEUMONIAE

Jenis ni boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru. Ia juga dikenali sebagai “walking pneumoniae”. Bakteria ni boleh menjangkit apabila seseorang batuk atau bersin dan membawa bakteria tersebut melalui udara. Antara simptom nya ialah:

  • sakit tekak
  • demam
  • batuk
  • penat
  • sakit kepala

Alhamdulillah, selepas diberikan antibiotic yang betul, Aisy dapat discharged pada hari ketiga. Sambung minum antibiotic di rumah, untuk sekali lagi. Syukur, Allah permudahkan semuanya. Walaupun 2 malam stay kat wad bersama dengan si adik Ayra, namun semuanya berjalan dengan lancar. Aisy pun behave. Senang makan ubat dan senang ambil neb.

JANGAN SEBARKAN VIRUS

Sekiranya anak-anak anda turut mengalami simptom yang sama seperti Aisy, jangan biarkan terlalu lama. Kesian anak kecil seperti Aisy, yang baru berusia 2 tahun 8 bulan, perlu disuntik, perlu ambil neb. So, kalau boleh kita elakkan, kita perlu elakkan. Kalau kita mengalami masalah selsema, batuk, pastikan pakai penutup muka. Jangan sebarkan virus/bakteria pada anak kecil, terutama bayi baru lahir.

Sebagai ikhtiar, boleh berikan anak-anak supplement untuk bantu menguatkan ketahanan badan mereka. Dewasa juga perlu amalkan supplement. Hidup kita seharian sememangnya terdedah dengan pelbagai virus/bakteria/radikal bebas.

Untuk info lanjut mengenai supplement ini, boleh hubungi dan order dari KakMah ya. In Shaa Allah, kita ikhtiar. Selebihnya kita tawakal. Tapi jangan sampai tak refer ke doktor jika penyakit berterusan ya. Sebab supplement bukan ubat. Ingat tu.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *