Ahli Shaklee,  Coaching,  Event Shaklee,  Peluang Jana Income

Review MCC Seminar 2.0

Pada 26 Januari 2019 lalu, KakMah berkesempatan untuk menghadiri MCC Seminar buat kali kedua. Kali pertama diadakan di HQ Shaklee pada 28 Oktober 2018, dimana bilangan peserta hanyalah dalam lingkungan 100 orang sahaja. Tapi untuk MCC 2.0 lepas, jumlah peserta adalah sekali ganda daripada sebelum ini, iaitu seramai 200 orang mendaftar untuk menghadiri seminar ini. Mengikut Event Organizer iaitu Master Puteri Yusof, jumlah kehadiran pada hari tersebut adalah seramai 181 orang. 91% kedatangan! Memang kuat sangat aura kali ini.

MCC ialah My Champion Circle, digabungkan dengan 17 orang Master Shaklee yang bukannya daripada susur galur yang sama. Namun, mereka ini mempunyai misi untuk membantu semua SID yang mendaftar dengan MCC untuk berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Itulah menariknya ukhwah yang terjalin dalam bisnes Shaklee. Kerana kami semua bersatu dan berusaha untuk mencapai impian yang sama. Iaitu meraih income lumayan dan jadi seorang Master Coordinator.

Antara peserta dan Masters yang hadir pada seminar tersebut. Di hadapan adalah barisan Master Coordinator Shaklee yang bergabung menjadi MCC dan mempunyai 1 matlamat iaitu melihat anak didik mereka berjaya. Presiden MCC ialah Master Lyna Noh, iaitu founder kepada iReach, merupakan senior upline KakMah juga.

Program pertama dimulakan dengan Topik “Unlock Your Mind Power” daripada Master Zura Betty. Awal seminar dah mula menangis-nangis, refleksi diri, dengar luahan hati sendiri.

Adakah saya telah menggembirakan diri saya sendiri?

 

Adakah saya dapat membahagiakan dan membuat diri saya tersenyum?

Sebelum ingin menggembirakan orang lain, perkara pertama kita kena buat adalah gembirakan dan bahagiakan diri sendiri. Pastikan kita telah benar-benar berjaya, barulah orang sekeliling kita juga dapat merasakan kejayaan, kebahagiaan, dan kegembiraan yang kita telah capai. Sesi Master Zura memang tak pernah mengecewakan. Sentiasa buat kita “berfikir” kembali apa sebenarnya kita inginkan.

Diikuti dengan maksud sebenar RAS. Apa itu RAS? Bagaimana kita nak install benda positif dalam memory bank kita, yang memang dah tertanam (mungkin banyak) aura negatif sejak dari kita kecil lagi. Seperti, “duit buat kita bergaduh”, “duit menyusahkan”, dan macam-macam lagi. Sebab zaman kanak-kanak, otak kita bagaikan sponge. Menyerap segala apa yang diberikan oleh ibu bapa kita. Namun, kita tak boleh salahkan mereka. Justeru, kita kena kawal RAS kita dan lawan Amygdala daripada menghantui pemikiran positif dalam diri kita.

Topik kedua ialah “Master Your Mind, Master Your Destiny” daripada Master Lyna Noh. Seperti MCC 1.0 sebelum ini, satu perkara yang Master Lyna terapkan ialah semua orang memiliki masalah yang sama, atau mungkin lebih teruk daripada apa kita hadapi.

Master Lyna memberi peluang kepada setiap peserta untuk luahkan setiap apa masalah yang membuatkan kita tak “bergerak”, tak boleh nak capai target, tak boleh nak move on to next level. Tulis di dalam sehelai kertas dan kemudian kertas tersebut diberikan kepada orang lain. Dan apabila kita menerima kertas dari peserta lain dan baca masalah mereka, sebenarnya apa mereka lalui, kita juga lalui.

Cuma, bagaimana kita nak atasi masalah tersebut, itu yang membezakan kita dengan orang lain. Sebab itu, kita kena kawal perasaan, minda kita supaya kekal positif dan yakin dengan rezeki Allah.

Coordinator Siti Nurmie adalah speakar untuk Topik ke-3, iaitu “Shaklee sebagai pilihan kerjaya selepas tamat Universiti”.

Ya, beliau merupakan seorang pelajar universiti. Namun, memilih untuk jana income bersama Shaklee walaupun sedang belajar. Menurut beliau, student banyak sangat masa terbuang. Nurmie bijak kerana memenuhi masa tersebut untuk buat bersungguh-sungguh dan berjaya dalam bisnes Shaklee. Bayangkan beliau yang masih seorang student, dapat berikan wang saku pada Mek (ibu) beliau. Separuh daripada bonus beliau dapat, diberikan pada Mek. Beliau pernah dapat income RM7,000 sebulan, dan sebanyak RM3,500 beliau berikan pada Mek.

Beliau juga berjaya beli sebuah kereta Honda Jazz dengan menggunakan bank statement dan payslip Shaklee. Laku sangat tau payslip Shaklee ni. Ramai dah berjaya beli kereta cash, beli rumah mewah, beli tanah, buat rumah, dan macam-macam lagi.

So, pada student di luar sana. Penuhi masa terluang anda dengan buat bisnes Shaklee. Contact KakMah sebab KakMah boleh guide anda untuk berjaya seperti Nurmie. In Shaa Allah. Sungguhpun beliau buat bisnes ni, tapi pointer setiap sem lebih 3.5 tau.

Topik ke-4 adalah topik yang sangat menarik dari Master Hadhatina. Beliau merupakan upline KakMah juga. Lebih mesra dipanggil “Mami” di kalangan kami. Beliau merupakan seorang Presedential Master, seorang surirumah yang tiada orang gaji, tapi anak 5+1. Sedang hamil anak ke-6.

Sangat admire dengan Mami sebab beliau sangat passionate. Beliau jaga anak-anak dengan baik, dalam masa yang sama tidak mengabaikan group beliau iaitu Supermom. Beliau sentiasa memberikan idea dan galakan kepada downlines beliau.

Semasa seminar, beliau menghujahkan topik “The 7 Attitudes: Learn From Your Kids”. Sebenarnya, banyak benda kita boleh belajar dengan perkembangan anak-anak kita. Daripada apa mereka lakukan setiap hari, kita boleh praktikkan yang sama untuk grow business dan downlines kita. Kadang kita tak sedar benda tu, tapi lepas dengar apa intipati topik ni dari Mami, baru sedar yang hakikatnya, anak-anak banyak mengajar kita.

Topik ke-5 ialah BOUNCE daripada Master Raja Noor. Beliau sebenarnya dah kenal Shaklee sangat lama. Namun di awal perkenalan itu, beliau beli Shaklee untuk ibu beliau. Diri sendiri dan keluarga belum ada keinginan untuk amalkan produk Shaklee, sehinggalah anak keduanya menghidap leukimia. Sejak dari itu, beliau sedar bahawa masa beliau banyak dihabiskan di tempat kerja. Memang income beliau ketika itu cecah 5 angka, namun masa tiada bersama keluarga.

Sejak anaknya sakit, beliau dan seluruh ahli keluarganya mengamalkan Shaklee. Beliau invest untuk beli supplements. Then, beliau mula mencorak langkah dalam bisnes Shaklee. Sehinggalah beliau berjaya mencapai rank Master Coordinator. Beliau masih aktif bersukan, dalam masa yang sama mempelajari dan mendalami Al-Quran.

Alhamdulillah, anak-anak beliau juga sihat dan berjaya sekarang. Anak kedua beliau survived dan aktif bermain bowling untuk negara.

Itulah maksud BOUNCE. Jika anda “down”, jangan ambil masa lama untuk bangkit semula dan mencorak langkah untuk berjaya.

Topik terakhir adalah topik paling ringkas sekali daripada Master Laila Mukhtar. Setiap “Goal” kita, ada “Reality” kita perlu tempuh. Dan kita pasti ada “Options” yang boleh kita pilih dan tentukan perjalanan kita. Dengan pilihan kita buat, pasti ada “Way”. Itulah dia G.R.O.W.

Sungguh simple topik beliau dan masa juga sangat singkat. Tak puas rasanya dengar celoteh Master Laila. Sangat santai dan menarik.

Alhamdulillah, KakMah bersyukur kerana dapat menghadiri seminar ini bersama-sama dengan upline KakMah, iaitu ibu Siti Noriza. Beliau sebenarnya adalah “neni” KakMah, iaitu upline kepada upline KakMah. Beliau datang daripada Johor. Naik flight seawal pagi untuk ke seminar ini. Dan setelah selesai, beliau pulang semula ke tanah air beliau.

Kagum dengan semangat dan passion Ibu CT. Semoga beliau cepat naik Master Coordinator. Ameen.


Best kan aktiviti group KakMah. Dapat menghadiri seminar sebegini, dapat menghadiri kelas dari Shaklee atau upline lain. Best sangat.

Jika anda juga berminat untuk buat bisnes Shaklee ini, inginkan group yang sentiasa aktif dan banyak aktiviti bersama, anda boleh hubungi KakMah segera.

KakMah juga sedang mencari 5 orang protege yang benar-benar nak buat bisnes Shaklee ini sehingga berjaya. KakMah guide anda bagaimana untuk berjaya, dan selebihnya terpulang pada anda untuk “buat” sehingga berjaya.

Yuran keahlian hanyalah RM75 sahaja. Nak free membership pun boleh, KakMah ajar caranya.

Hubungi KakMah segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *