Rahsia Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Bekerja
Ibu yang bekerja sentiasa mengalami dilema bagaimana untuk jayakan penyusuan susu ibu kepada bayi mereka, terutama apabila mereka telah mula melangkah masuk ke alam pekerjaan semula. Dah tentu, tiada masalah sepanjang tempoh berpantang kerana bayi sentiasa di depan mata ibu. Tapi bila dah masuk kerja, jadual kerja yang padat kadang tu buat ibu rasa stress dan tak tahu macam mana nak manage untuk pam dan sediakan stok semasa bekerja.
Tahu tak, bila ibu telah mula stress sepanjang tempoh cuti berpantang tu, production susu pun boleh menjadi semakin berkurangan. Nanti bekalan EBM untuk anak pun tak mencukupi bila ibu dah mula bekerja nanti. So, ibu perlu buat persediaan semasa hamil lagi. Siapkan mental, fizikal, dan emosi untuk menjadi seorang ibu.
Sentiasa Timba Ilmu
Orang kata, penuhkan ilmu di dada sebelum sesuatu tu. Sama jugalah dengan menyusukan anak. Tak boleh nak terjah macam tu je. Nanti lain pula jadinya kan? Sebab tu, semasa anda sedang hamil, belajar tentang ilmu penyusuan. Kalau tak boleh nak attend kelas, boleh dapatkan buku tentang penyusuan. Baca dan fahami isi kandungan tersebut. KakMah nak sarankan buku “Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu“. Ini antara buku yang KakMah baca masa KakMah hamilkan anak pertama. Buku ni lengkap memberikan info untuk jadi panduan ibu terutama ibu yang bekerja. Cara penyusuan yang betul, kenapa susu tak banyak, macam-macam lagi. Boleh dapatkan buku ni di kedai buku. KakMah tak jual. Hehe.
Permulaan Mesti Betul
Ibu yang melahirkan anak secara normal berpeluang untuk menyusukan anaknya selepas melahirkan (lepas semua prosedur selesai). Justeru, ambil peluang itu untuk belajar melekapkan puting breast anda pada bayi anda dan pastikan bayi menyusu dengan baik. Jika ada kekeliruan, dapatkan nasihat daripada nurse bertugas. Pengalaman KakMah semasa melahirkan anak pertama, nurse ajar posisi yang betul untuk menyusukan bayi. Walaupun masa tu dalam keadaan baring, nurse ajar macam mana cari ibu patut baring, macam mana cara nak pegang anak masa menyusu tu. KakMah pasti, setiap hospital pasti ada pakar laktasi. Dapatkan nasihat mereka. Belajar cara lekapan yang betul, posisi yang selesa untuk menyusukan bayi anda. Ingat, semua ni memainkan peranan untuk membantu penghasilan susu yang baik.
Simpan Stok Susu
KakMah mula pam untuk simpan stok susu seawal bayi berusia seminggu. Seminggu pertama tu KakMah menyusukan bayi secara exclusive iaitu direct breastfeeding. Sebab colostrum susu ibu tu sangat berkhasiat untuk bayi. Selepas seminggu, KakMah akan cuba untuk pam paling tak sekali sehari. Biasanya waktu pagi, semasa subuh. Masa tu hormon nak hasilkan susu ibu tu tengah tinggi. So, ambil peluang tu untuk pam dan buat stok EBM.
Sediakan Peralatan Penyusuan Yang Baik
Masa hamil, jangan hanya sediakan keperluan bayi sahaja seperti baju, pampers, toiletries. Pastikan ibu juga menyiapkan diri untuk jayakan penyusuan susu ibu sebelum melahirkan. Beli pam bersesuaian, beli botol untuk simpan stok EBM, beli cooler bag, ice pack, milk storage bag. Dan tak lupa juga, ibu perlu menyediakan bra menyusu yang bersesuaian. Pergilah ke butik kanak-kanak yang mesra penyusuan susu ibu untuk dapatkan nasihat dan pandangan. Pertama kali dulu, KakMah ke butik Fabulous Mom. Butik ni lengkap dengan segala keperluan yang diperlukan ibu. Kira macam one stop centre la. Hehe.
Beritahu Majikan
Ada ibu yang malu nak beritahu dengan majikan. Pada KakMah, semua majikan ni memang dah bapa-bapa orang. Or at least, dah cukup dewasa untuk faham masalah orang perempuan. Kalau tak faham tu, tak tahu nak cakap apa. Awal masuk kerja tu, biasanya KakMah beritahu yang KakMah akan “hilang” 30 minit, 2 kali sehari untuk ke nursing room sebab nak pam. Alhamdulillah, setakat ni bos faham. Asalkan kerja siap. Hehe.
Alhamdulillah, di ofis KakMah, ada disediakan nursing room di in-plant clinic, untuk ibu-ibu pam. Sangat selesa dan memudahkan ibu untuk simpan stok sementara tunggu waktu balik. Biasalah kerja kilang. Ada ibu yang 12 jam bekerja. Jadi di situ, ada disediakan peti ais untuk ibu simpan stok mereka. Jadi, KakMah sarankan anda yang menyorok di stor, bilik terpencil untuk pam, supaya bawa berbincang dengan majikan. KakMah pasti, anda bukan seorang. Ajak teman anda untuk buat cadangan pada majikan. Bilik dan environment yang selesa sangat penting untuk bantu menghasilkan susu yang baik.
Perah atau Pam Susu di Pejabat
Bila dah mula bekerja pun, pastikan anda set masa anda untuk pam di pejabat. Paling minima 2 kali sehari. Of course, the best is 3 kali sehari terutama kalau 6 bulan pertama tu. Sebab bayi kan kerap menyusu. Jadi, walaupun ibu sedang bekerja, cuba ikut timing yang sama bayi menyusu dengan anda secara direct. Setiap sesi itu, pastikan pada waktu yang sama. Contohnya setiap hari jam 9.30 pagi sesi pertama, 1 tengahari sesi kedua, 5 petang sesi ketiga. Follow waktu tu setiap hari. In shaa Allah, penghasilan susu sentiasa cukup untuk anda simpan stok. Pilih breastpump yang bersesuaian dengan anda. Jangan ikut trend.
Jaga Emosi
Ibu ni sebenarnya sangat sensitif. Jaga emosi ibu. Pastikan tiada tekanan sebab ini boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Semasa anda nak pam atau menyusukan bayi anda, pastikan emosi anda masa tu tenang. Please, jangan stress. Kalau di ofis tu, masa nak mula pam tu rasa stress sangat kan, ambil beberapa minit untuk istighfar (bagi muslimah) dan tenangkan fikiran. Lihat kembali moment ibu dengan anak-anak. Tatap gambar anak-anak. Buang semua stress tu. Bila dah tenang, baru mulakan sesi pam. Minum air dulu tau. Istimewanya lagi ibu ni, semasa kita sedang pam atau susukan bayi, ada satu hormon yang dirembeskan yang mampu beri ketenangan pada anda.
Jaga Pemakanan
Makan makanan yang sihat, seimbang, berkualiti, dan penuh nutrisi. Bukan masa hamil je kena jaga pemakanan tau. Jangan abaikan waktu makan utama iaitu sarapan, lunch, dinner. Bimbang berat badan naik? Ish. Biar makan kerap, tapi dalam kuantiti sedikit dan terkawal. Takde la suruh melantak gitu. Lagi pun, ibu ni senang nak bakar kalori. Sebab masa pam/susukan bayi, kalori badan kita dibakar tau. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran.
Konsep Supply and Demand
Susu ni terhasil (supply) bila ada demand (bayi menyusu). Jadi, bila anda rasa susu anda mula merundum, cuba kerapkan lagi menyusukan bayi anda secara exclusive. Bermakna direct breastfeeding. Masa weekend tu, pastikan bayi menyusu dengan baik dan kerap. Ambil cuti jika perlu dan dapatkan exclusive moment dengan bayi anda. Bila bayi kerap menyusu atau ibu kerap pam semasa di tempat kerja, in shaa Allah, susu semakin banyak.
Ibu jangan pernah give up. Jangan pernah putus asa. Setiap ujian pasti ada jalan penyelesaian. Banyakkan doa, zikir. In Shaa Allah, ibu pasti berjaya menyusukan anak ibu secara exclusive selama 6 bulan minimum dan sehingga 2 tahun. Ingat, susu ibu sangat bernilai dan berkhasiat untuk bayi anda.
Good luck, ibu. KakMah doakan semoga ibu dapat menjayakan proses penyusuan susu ibu ini. Jika ibu inginkan supplement untuk membantu ibu lebih bertenaga, emosi terkawal, sentiasa sihat, boleh hubungi KakMah.
One Comment
Pingback: